Assalamualaikum...

Tadi tengok berita macam2 kes sekarang ni. Bapak cederakan anaklah. Anak cederakan bapalah. Bapa bunuh anaklah. Anak bunuh bapalah. Sekarang ni nyawa tu macam dah tak penting je.

Mencederakan atau menyebabkan kematian orang paling dekat dengan diri sendiri tu macam perkara biasa je. Bagi aku tu bukan perkara biasa dan mungkin pihak tertentu wajar menjalankan research kenapa perkara sebegitu menjadi2 kat Malaysia ni semenjak dua menjak ni. Dah macam trend je jenayah berlaku, tapi yang tak syoknye trend tak sihat.

Orang normal sanggup ke cederakan orang tersayang? Macam kes yang bapa kelar leher salah sorang anak twins dia tu, polis dah sahkan si bapa positif dadah. Mungkin dia tengah khayal @ lalok sampai anak sendiri iaitu darah daging sendiri sanggup dicederakan. Mujurlah tidak sampai melibatkan kematian. Dan itu menunjukkan contoh yang tidak elok kepada anak2 yang kesannya mungkin trauma.

Ramai penduduk Malaysia ni sakit jiwa kot sampai sanggup buat perkara yang melanggar undang2 dan agama. Tahun ni keadaan ekonomi negara tak stabil sebenarnya (korang perasan ke?). Tapi ramai yang tak perasan kot. Mungkinkah itu puncanya?

Banyak lagi punca2 lain termasuklah  faktor dalaman diri sendiri. Bila didesak atau terdesak oleh faktor2 luaran yang lain seperti stress di tempat kerja, perbalahan dengan isteri@suami, kewangan yang tidak stabil, ianya mencetus satu revolusi yang sangat dasyat dan syaitan bersorak tanda berjaya mengkucar kacirkan anak2 Adam.

Nauzubillah min zalik... mintalah dijauhkan semua ni dari diri sendiri, keluarga serta rakan2.
Assalamualaikum...

Adeh cam lama je tak berblog. Ni semua gara2 internet yang hampagas, mana taknye asal nak bw je hang. Sempat la singgah satu blog pastu hang. Hang sampai terpaksa off laptop dengan cara paksa lak tu. Bulan2 posa ni sakit ati den. Mentang2 la bil lambat bayar, internet pun masalah problem la ye.

Kalau internet buat hal korang yang banyak masa free tu buat apa? Ye la kalau yang dah keje dan belum berfamily tu lepas waktu keje mesti ada masa senggang walaupun sekejap je. Yang student tu kalau takde kelas dan suma assignment dah setel haruslah banyak masa senggang.

Sejak internet buat hal, masa senggang aku layan game Virtual Villages 5. Nak berblog tak boleh sudahnya layan games la.

Aku suka games macam virtual village,westward,the sim dan sebagainya yang memerlukan strategic thinking. Kita kena fikir macam mana nak selesaikan task yang diberikan. Rasa macam best lak maen game macam tu.

Dulu2 punya sengal segala jenis game layan. Menggeleng kepala orang tengok budak yang gile games ni. Stok games sentiasa diupdate dengan games terbaru.

Tapi itu dulu la, sekarang masih gila games tapi bermusim. Setakat main farmville kat fesbuk tu biasa la sikit2 je dan bermusim. Dah takde stok games macam dulu dah. Dah tak gila cari crack untuk full version games dah.

Di sebalik keburukan bermain games, kalau dinilai dari sudut positif terselit kebaikannya. Tak semua games tak elok, games yang memerlukan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu dan memerlukan strategi sangat baik untuk otak kita.

Games seperti online scrabble mampu membina vocabulary pemainnya secara tidak langsung. Games seperti Virtual Village pula memerlukan penyelesaian masalah dan strategic planning yang efektif.

Diakui bermain games memang boleh melekakan, jadi berpada2lah dan pandai2lah kontrol kegilaan bermain games tersebut. Addicted terlampau pun bahaya jugakkan.

Selamat Berpuasa dan Selamat berbuka puasa in advance...:)


Kalau kita LAYAN dia baik semacam, dia akan cakap kita SUKA kat dia
Kalau sebaliknya, dia akan cakap kita ni BERLAGAK, PERASAN CANTIK

Kalau kita BERPAKAIAN cantik, dia akan cakap kita cuba nak PIKAT dia
Kalau sebaliknya, dia cakap kita ni perempuan KAMPUNG pulak

Kalau kita BERBALAH dengan dia, dia akan cakap kita ni KERAS KEPALA
Kalau kita SENYAP, dia akan cakap kita ni TAKDE OTAK lak

Kalau kita lebih BIJAK dari dia, dia akan rasa TERCABAR
Kalau dia lebih BIJAK dari kita, dialah yang TERHEBAT

Kalau kita tak CINTAKAN dia, dia akan cuba BUAT kita cintakan dia
Kalau kita dah CINTAKAN dia, dia akan cuba TINGGALKAN kita pulak

Kalau kita tak MENYERAHKAN DIRI kepada dia, dia akan cakap kita tak SAYANG dia
Kalau kita MENYERAHKAN diri kepada dia, dia akan cakap kita perempuan MURAHAN

Kalau kita berkongsi MASALAH dengan dia, dia akan cakap kita ni BERMASALAH
Kalau sebaliknya, dia akan cakap kita tak PERCAYAkan dia pulak

Kalau kita MEMBEBEL kat dia, kita akan dicop sebagai NENEK yang suka membebel
Kalau dia MEMBEBEL kat kita, tu sebab dia SAYANGKAN kita (ek boleh lak cam tu)

Kalau kita MUNGKIR JANJI, kita tidak boleh DIPERCAYAI
Kalau dia yang MUNGKIR JANJI, alasan dia KUKUH dan kita kena percaya

Kalau kita SAKITKAN hati dia, kita seorang yang KEJAM
Kalau dia SAKITKAN hati kita, kita ni terlalu SENSITIF
 Benda ni saje je suka suki...:)
walau apa dan macam mana pun bunyi slang kita bercakap, elakkan mengumpat di bulan yang mulia ini..
Assalamualaikum...

Kemaafan dipohon disebabkan kepenatan dan kesibukan sekarang baru dapat online. Dapat online internet lak sengal. Kepada Cikji yang cakap  cheq pekat sangat speaking utara, dulu saya pernah menimba ilmu di Utara.

Aku asal Perak tapi tak cakap slang Perak tempat aku sangat. Yup betoi la tu kata2  Incik Tam sepatutnya tempat aku slang dia dah macam kelantan cikit2. Kalau hang tu bunyi dia lain cikit tak macam utara jadi ang. Nak suruh eja? Hehee tak reti camne nak eja ni.

Masa sekolah dulu aku guna bahasa standard, guna ko dan aku dengan kawan2 rapat. Tapi tetap guna hang dan aku dengan kawan2 lain, guna saya dan awak, guna nama, bergantung kat kawan tu. Kang kena kutuk tak sedar diri pulak, mengada2 slang tempat sendiri tak nak cakap. Bukan tak nak cakap tapi tak reti sangat. Sekarang boleh la cikit2.

Lagi satu dulu aku ni suka melayan Majalah Ujang. Kalau sape pernah melayan majalah tersebut, bahasa kat dalam tu kan campur2, ada negeri ni cikit, negeri tu cikit. Mungkin jugak sebab tu bahasa aku dah campur2 jadinya. Kalau orang cakap insyaallah aku boleh faham tapi nak cakap balik dengan slang yang sama sejibik (sebijik) tu mungkin tak sangat la. Cikit2 boleh la.

Kenapa ada campuran Terengganu cikit? Sebab kakak aku dulu study kat Terengganu. Setiap kali dia balik cuti semester, ada ke patut dia speaking Terengganu dengan aku. Dari situ aku taw sikit2, tu pun basic je.

Dan dulu pun aku pernah study kat Perlis dan Pahang. Maka lagilah bercampur aduk bahasa aku. Tak apalah yang penting bahasa dalam Malaysia jugakkan.:)
Assalamualaikum....

Uhuhu cheq lapaq ni....:( Tampaq sat gi tetiba ang gediks lak ye tuan blog. Cheq keluaq ni bawak mak cheq pi spital jumpa doktor. Pastu pi menyetelkan beberapa urusan peribadi yang len. Penat jalan2 rasa nak baring ja. Nak pengsan pun ada, tekan minyak keta pun macam tak cukup kederat (ayat meraih simpati). Kena tunggu kak cheq abeh keja dulu. Lambat lagi nak pukul 4.30 kot.

Nak makan tak boleh, tidoq sat xpa kot. Bateri netbook cheq lupa nak cas semalam. Ni dok nyawa2 ikan ja, sat g dia padam la tu. Sebelum padam menaip entry dengan sepantas yang mungkin.

Malam nanti insyaallah kalau tak dak pape cheq pi jenguk entry ampa suma na.... Tak janji sebab kang tetiba ada aktiviti len, dah kira bohong pulak. Kurang pahala posa cheq nanti.

Oke la selamat berposa untuk ampa suma. Posa molek2 na. Jaga tangan ampa, mata ampa, telinga ampa, mulut ampa dan semuanya la. Pasai pa nanti xpasai2 dapat dosa kering lak. Selamat berbuka posa in advance... :)
Assalamualaikum...

Ada tak yang tak sempat ganti puasa Ramadhan tahun lepas? Alhamdullillah mesti dah ganti habiskan. Tapi mesti ada jugak yang suka ganti puasa last minit pastu tetiba tersalah bajet tarikh sebab dah tak boleh puasa. Tak payah cakap orang lain, aku pun kadang2 suka sangat last minit ganti puasa.
Kalau tak sempat ganti sehingga dah masuk Ramadhan tahun berikutnya, maka diwajibkan  menggantikannya  dan diwajibkan membayar fidyah untuk setiap hari yang tidak sempat digantikan tersebut  sebelum Ramadhan berikutnya pula.
Masa aku sekolah dulu ada dua pendapat yang aku pernah dengar iaitu:
1) Wajib menggantikan semula puasa tersebut serta wajib membayar fidyah mengikut bilangan hari yang tidak sempat diganti. Kalau dah masuk tahun berikutnya lagi puasa tak berganda tapi fidyah berganda.
2) Wajib menggantikan semula puasa tersebut serta wajib membayar fidyah mengikut bilangan hari yang tidak sempat diganti serta. Kalau yang ni kedua2 berganda iaitu puasa berganda dan fidyah berganda.

Setelah terkeliru dengan dua pendapat tersebut dan berbincang dengan kawan2 tapi takde yang betoi2 pasti dengan muka konpius dan bersemangat waja (masa tu Form 2) aku pun pegi la jumpa ustaz yang ajar aku pendidikan Islam dan tanya dia.

Setelah diterangkan dengan lebih jelas, maka fahamlah aku point pertama yang wajar diikuti berbanding kedua. Erm dalam hati time tu fikir jugak kalau orang tu bertahun2 tak ganti puasa mati nak ganti dah jadi berganda2.

Contoh Situasi: Puasa pada tahun 2003 tidak sempat diganti sebanyak sehari sehingga masuk Ramadhan tahun 2004.

Situasi pertama: Sebelum masuk Ramadhan tahun 2005 diwajibkan mengganti puasa serta membayar fidyah mengikut bilangan hari yang tak sempat diganti tersebut.

Situasi kedua: Selepas Ramadhan tahun 2005, salah satu daripadanya belum dilunaskan, maka diwajibkan menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah dua kali ganda bilangan hari yang tidak sempat diganti sebelum menjelang Ramadhan tahun 2006. Dan seterusnya berganda untuk tahun2 berikutnya sekiranya masih belum berganti.
Wallahu'alam  bissawab...

Untuk rujukan:
JAIS
JAIS
darululumonline
tupai ini tiada kaitan dengan kenangan dan peristiwa yang berlaku.ini hanyalah gamba hiasan semata-mata sebab tupai ni nampak comel.
Assalamualaikum....

Apa kenangan bersahur kawan2 semua yang paling best? Yang dok berjauhan dengan family dah sah2 la kena bersahur dengan kawan-kawan. Tak pun bersahur sorang2. Betul tak?

Kalau kat rumah selalu mak aku la jadi loud speaker kejutkan aku yang susah nak bangun sahur. Punya la mamai sampai bangun pegi basuh muka pastu boleh termenung depan makanan sahur tu. Sampai kena sound, "mak tak kejut suh bangun masak pun, mak suh makan je". Padan muka kan dah kena sound.

Tapi bila kat hostel or rumah sewa boleh je bangun sendiri, on time lak tu. Pelik tapi benar memang itulah yang berlaku. Mungkin otak dah terset takde mak dah nak kejutkan bangun sahur. Kawan2 pun tak semua yang jenis nak tolong bangunkan kita. Maklumlah kadang2 diri sendiri pun tak terurus.

Kalau masa diploma dulu memang takde masalah sebab boleh turun dining hall untuk tapau makanan sahur or makan kat situ. Degree semester pertama kebetulan terkena bulan puasa memang sengsara sebab dok umah sewa plus serba serbi kekurangan. Nanges dalam hati Ramadhan tahun tu sebab dugaan terlalu besar. Makan pun ala kadar je sebab kepenatan mengatasi segalanya.

Makanan utama bersahur time tu ialah roti dengan plain water. Bangun sahur makan roti dan minum air memang sedih jugak la sebab aku ni perut jelapang padi. So time berbuka memang wajib la ada nasi. Beli la makanan apa yang patut kat bazar Ramadhan sebelum balik umah sewa. Nak masak boleh tapi masa amat mencemburui plus rumah sewa yang jauh dari kedai memang susah nak dapatkan bekalan bahan basah plus ketiadaan transport sendiri. Tui bukan alasan tapi itulah realiti.

Elok2 je masa diploma membela badan sampai berat pernah mencecah 47kg, masuk degree pernah tinggal 39kg je. Terkezut orang2 kampung. Budak ni sengsara sangat ke sampai kurus kering cam cicak kubing je. Jawapannya tak la sengsara sangat mak cik2 dan pak cik2 sekalian, cuma masa tu tahap kesihatan tidak begitu memuaskan. Dan biasalah kehidupan seorang student. Ada hikmahnya.

Baru terasa betul2 terpinggir berada di tempat orang dalam keadaan serba serbi kekurangan. Cuma terpaksa cekalkan hati meneruskan apa yang telah dimulakan walaupun kadang2 terasa putus asa. Kawan2 baik terasa sangat jauh sebab mereka memang jauh pun. Memang terasa takde tempat mengadu kecuali kepada Dia dan mak. Baru sedar diri dan betul2 berdikari membawa diri dan mengenal kawan or 'kawan'.

Sekarang bila dikenang kembali macam tak percaya je pernah hidup macam tu dan alhamdulillah masih mampu survive masa tu walaupun tersasar sedikit. Masa tu rasa betapa tak indahnya kehidupan yang dilalui, tetapi bila dah jadi kenangan betapa indah dan mahalnya kenangan di kehidupan yang tak indah tersebut. Eh cam putar belit lak ayat. Ayat senang peristiwa pahit dulu2 bila diimbau menjadi kenangan terindah le pulak sekarang ni.
Assalamualaikum...

Selamat berbuka puasa semua. Eh lambat lagi la berbuka..hehe. Okey la, nak taw satu cerita tak? Kelebihan berbuat baik dengan anak yang sudah tidak mempunyai bapa iaitu anak yatim.

Al kisah di sebuah rumah tinggal seorang ibu tunggal bersama dua orang anaknya selepas kematian suami tersayang. Sejak itu semua tanggungjawab terpikul di bahu si ibu. Si ibu mempunyai seorang abang yang selalu menjenguk mereka anak beranak sejak dia bergelar ibu tunggal. Sedikit sebanyak si abang dan kakak ipar memberi sokongan moral walaupun dari segi kewangan mereka tidak mampu.

Suatu hari ketika si bapa saudara bersama isteri berkunjung, anak si ibu tunggal telah menyebut teringin nak makan satey. Si bapa saudara dan isteri berbincang dan pergi membeli untuk anak saudara kerana tidak sampai hati menghampakan seorang budak. Si bapa saudara bukanlah seorang yang berada dan beliau juga mempunyai ramai anak yang ditinggalkan di rumah.

Beliau membelikan apa yang disebut anak saudara walaupun tidak membeli untuk anak2 beliau yang ramai di rumah. Beliau dan isteri merasa sangat wajar berbuat demikian setelah berbincang. Anak2 kemudian boleh dibelikan, utamakan permintaan anak saudara dahulu. Kesian sebab dah tak ada ayah.

Tapi rahmat Allah S.W.T yang maha pemurah dan penyayang, ketika pulang ke rumah anak sulung mereka yang telah berkahwin membeli satey untuk adik2 di rumah. Sungguh tidak dijangka mereka menjamu anak2 yatim, anak2 mereka di rumah turut dijamu dengan rezeki yang sama. Cerita ini diberitahu sendiri oleh si bapa saudara.

Alhamdulillah berbuat baik dengan anak2 yatim besar pahala dan ganjarannya. Itu ganjaran cash di dunia dah ditunjukkan. Tak semestinya dengan anak2 yatim je, berbuat baik sesama manusia dan mereka yang memerlukan adalah amalan yang mulia. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Kuih untuk nelayan= Kuih Sampan (limas)
Kuih paling ganasr= Lompat Tikam
Kuih tersexy= Puteri Mandi
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih teralim= Kuih Ketayap
Kuih suka meminta-minta= Kuih Pau
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih untuk pompuan= Kuih Gelang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Kuih paling miang= Putu Buluh
Kuih oversea= Almond London
Kuih pakai baju banyak= Kuih Lapis


**menda ni hasil dicilok dari group kat fesbuk dan ditambah serba sedikit oleh tuan blog..
Assalamualaikum...

Lamanya rasa tak online blog. Asyik sibuk dengan benda lain sampai tak sempat nak berblog. Tak sempat nak mengemaskini apa yang patut pun. Blog pun berpuasa entry jadinye...:)

Alhamdulillah...petang tadi masa singgah Mydin dah langsai satu hutang iaitu menunaikan zakat. Ada kaunter zakat kat depan Mydin tu, jadi memang memudahkan. Sebelum cuci mata, cuci hati dengan berzakat dulu (cuci hati?). Tunaikan siap-siap sebab benda baik tak perlulah ditangguhkan, tak gitu. Tapi bukan aku yang baya la. Tukang tengok je.

Sebelum ni mak aku yang bayakan dan kadang2 abang aku nombor dua bayakan dan kadang2 abang ipar aku yang bayakan untuk kami semua (bertiga). Tapi sejak dua tahun ni kakak yang atas aku ni amek alih bayarkan untuk diri dia, mak dan aku.
Sesungguhnya seseorang yang enggan menunaikan Zakat Fitrah dengan sengaja, maka mereka sebenarnya berdosa besar. Bahkan mereka masih tetap dituntut menunaikannya walaupun mereka terpaksa menunaikannya di penghujung hayatnya. Ini kerana mereka telah dianggap berhutang dengan Allah SWT dan sesungguhnya hutang terhadap Allah adalah lebih utama untuk diselesaikan. Dikhuatiri orang yang meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan zakat fitrahnya maka Allah SWT akan memberikan azab yang keras kepada mereka.
Zakat Fitrah juga adalah lambang dan bukti seorang hamba yang mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka dengan diberikan sebahagiannya kepada saudara seIslam yang menderita dan kesusahan. Zakat Fitrah juga diwajibkan kepada seluruh umat Islam bertujuan untuk menyucikan dan memperkayakan jiwa, membersihkan harta serta menutup kekurangan yang berlaku sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.
-sumber: JAIS -
Kepada yang masih dalam tanggungan family tu ingat2kan la family, mana la taw dok sibuk keje sampai terlupa kewajipan yang satu ni. Sekarang pun nak bayar zakat dah mudah sangat-sangat sebabnya sekarang  merata kot kaunter pembayaran zakat dibuka di tempat2 awam untuk memudahkan orang awam menunaikan tanggungjawab berzakat.

Dan dah announced yang pembayaran zakat boleh dibuat menerusi perbankan internet (e-ZakatPay). Boleh bayar menerusi fpx dan kad credit (islamic). Senang je klik2 je dah langsai tanggungjawab. Tak perlu lagi ke pusat zakat semata2. Tapi ni untuk negeri Selangor je la. Negeri lain tak tahu la pulak, lain negeri lain cara dan jumlah bayaran zakatnya.

Syukran segalanya berjalan lancar di bulan Ramadhan ni.
Assalamualaikum....

Dah lama benda ni berlaku. Masa tu pergi interview untuk post jawatan yang menggunakan SPM. Ada la ujian bertulis yang memerlukan calon2 menjawab berdasarkan logik dan memerlukan kemahiran mengira yang basic.

Masa ujian tu terasa mencabar jugak soklan tu walaupun basic math je tapi ada gak soalan yang memerlukan logic thinking. Kalau terer math semata2 memang tak membantu jugak.

So masa tunggu kertas kitaorang di'mark', aku yang kebosanan ni tegur la seorang budak pompuan yang berdiri kat sebelah aku dan sembang2 la. Cara dia bercakap memang agak berlagak. Tapi sedaya upaya aku positifkan diri bahawa dia memang jenis macam tu bila bercakap. Ye la kita mana boleh nilai orang berdasarkan gaya dan intonasi suara semata2kan.

Dia asyik cakap, ''kita tak boleh pilih keje. keje je apapun dulu pastu mintak la keje yang sesuai dalam tempoh tu''.

Ok fine ada kebenaran di sebalik kata2 dia, tapi bila dia macam nak blame kan orang2 yang tak bekerja seolah2 sengaja memilih keje dan mencari alasan untuk tidak bekerja, aku da rasa nyampah cikit. Sebabnya dia macam terlalu berbangga dan macam nak samakan keadaan semua orang. Tapi kaver la, buat cool je dan caras sedikit pendapat dia tu secara berhemah. Takkan la aku nak terang-terangan membangkang cakap dia.

Ramai je kawan2 aku berhenti keje sebab tempat keje tak selamat, sebab kesihatan, sebab jaga mak sakit la, ikut cakap family la. Itu bukan memilih tapi kalau tempat kerja dah tak selamat buat pe merisikokan diri sendiri, kalau sakit pun buat pe nak paksa diri sampai melarat. Setiap orang ada reason sendiri walaupun kadang2 kita rasa tak boleh terima reason tersebut.

Oke la tengah2 bersembang dengan coolnya, tetiba dia tanya, "awak rasa soalan tadi senang tak?"

Aku pun jawab la, "susah la jugak. jawab je tataw betol ke tak. ntah la lulus ke tak".

Dia sambung balik, "kita rasa senang je soalan tadi.ntah la tapi kita rasa oke je.boleh la''. Sambil tersenyum konpiden.

Aku jawab lik," oke la macam tu.ni mesti terer mengira ni".Sambil membalas senyuman dia.

Ayat dia berikutnya buat sentap cikit, "la awak belajar sampai degree, takkan la tu pun tak tahu kot? lagi senang la bagi awak sepatutnya. mesti la lagi tahu jawab". Lebih kurang camtu la ayat pedas dia.

Aku dengan tak berapa nak cool balas, "SPM ke, Diploma ke, Degree ke sama je dik. Bukan semua orang pandai sesuatu perkara tu even dah sampai Degree sekali pun. Kadang2 kat U atau Kolej math tu basic je. Dan kadang2 budak SPM lagi terer dari budak Degree dalam certain keadaan. Tengok adik Ady Putra si genius maths tu, kecik lagi tu tapi boleh kalah kita (oke ayat ni aku tak cakap la kat dia, cakap dalam ati je)".

Dia terdiam. Oke la nak tahu apa resultnya? Budak pompuan tu tak lulus walaupun dia teramat konpiden.

Moral of story, kat dalam diri seharusnya ada sedikit perasaan humble atau rendah hati.Confident memang penting tapi over confident sangat tak elok. Ni untuk peringatan diri sendiri jugak supaya jangan berlagak dan memandang remeh terhadap orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Dan lagi satu kalau bukan rezeki kita, terer gila camne pun boleh je tak lulus gak. So silalah jangan bercakap terlalu gah seolah2 kamu yang terbaik.
Assalamualaikum....

Hari ni dah hari ke lapan berpuasa. Kejap je masa berlalu. Tapi story ni masa Ramadhan ke 6, tak sempat nak online blog lama2 ari tu.

Hari sabtu (6 Ogos 2011) hari tu pergi servis kereta kat Serdang. Nak buat appointment dah full, jadinya walk in je la. Seawal pukul 8.10 pagi tu dah tercangak depan perodua servis. Melangut je la tunggu 8.30 kedai tu bukak. Pastu ada yang datang nak walk in jugak, dah risau sebabnya sape yang amek nombor giliran dulu yang dikira first.

Alhamdulillah masa opis perodua servis tu dibuka, pekerja dia hulur nombor satu kat kitaorang. Kira nya jadi orang first untuk yang walk in la. Ye la yang appointment tetap diutamakan. So tunggu je la nombor giliran dipanggil.

Sebenarnya sepatutnya servis dijangka pada 6 November 2011, tapi disebabkan rajin balik kampung plus kakak aku yang asyik outstation kat jauh guna kereta sendiri, cepat je mileage cukup 42000km (sepatutnya 40000km tapi servis sebelum ni terlambat buat). Awal tiga bulan tu dari tarikh yang dijangka.

Bawak kereta pun dah tak best (lambat pick up dan minyak cepat habis berbanding biasa) menunjukkan memang kena hantar servis. Maklum la tuan kereta tahu bawak je tapi nak maintenance memang kurang pengetahuan. Asyik kena sound je sebab air kurang la apa la dengan kakak yang sulung tu sebab kadang2 abang ipar yang tolong tengok suma2 benda tu.

Servis kali ni premium servis sebab da 40000km++ so mahal la dari yang sebelum ni. Sebelum ni buat kat Putrajaya tapi rasa macam tak syok je. Tempat dia memang selesa kat Putrajaya tu berbanding kat Serdang sebab tempat baru dan luaskan. Tapi sebab dah terbiasa dari awal dengan servis kat Serdang rasa macam servis kat Putrajaya tak best je.

Kalau kat Serdang dia cek dulu pastu akan servis dan sambil2 tu kalau ada yang tak kena dia akan advisekan kita kemudian setelah dipersetujui baru masuk dalam bil apa2 yang tambahan tu. Kat Putrajaya dia cek dulu pastu terus total up apa yang dia nak tuka time tu jugak. Macam tak best je macam tu.

Oke berbalik kat servis tadi, servis dekat 3 jam jugak la. Tunggu je la kat situ sambil baca paper dan tengok TV. Servis setel dekat2 pukul 12 noon dah. Total yang kena baya servis kali ni lagi bape puluh sen je nak cukup RM340. Tambahan aircond filter RM28.80 dia suggest (memang patut pun sebab habuk merata2 menandakan tak rajin mengemas dalam kereta). Tu untuk perodua Viva auto.

Sekarang semuanya duwet. Duwet.....duwet...duwet...

p/s: bila nak jadi kaya ni?
Assalamualaikum...

Blog asyik ditinggal-tinggal je sejak puasa ni ye. Bukannya apa dok bz buat benda lain tu sampai teralpa sebentar aku ada blog rupanya. Huhuu.

Hari ni dah 4 hari berpuasa. Menu berbuka dan bersahur biasa2 aje, yang penting tak membazir. Tak berkesempatan lagi berkunjung ke bazar Ramadhan yang terdekat, padahal tak de la jauh mana pun kot. Tapi bagus jugak save bajet dan mengelakkan pembaziran dari berlaku.

Ye la kalau pegi bazar Ramadhan tu mahu terjojol mata tengok semua jenis makanan ada. Tinggal nak pilih yang mana berkenan dengan selera je. Dibuatkan nafsu kuda semua benda mengidam nak makan, melayang RM beli makanan berjenis2. Pastu nanti time berbuka puasa mulalah menyesal beli macam2 sebab tak dapat nak habiskan pun. Nafsu tamak haloba punya pasal dah membazir.

Kalau boleh dielakkan, silalah jangan terjerumus dengan pembaziran makanan ni. Biar berpada-pada makan tu. Mentang2 senang dapat makanan dan mampu beli, janganlah semua jenis makanan pun nak try serentak. Tak terlaratnye nak habiskan. Kalau larat pun mau sengkak perut/seeh/sooh pada akhirnya nanti. Mula la terkejang menyandar lagak ular sawa kekenyangan.

Nak solat magrib pun dah tak daya nak berdiri apatah la nak pegi tarawih. Sudahnya makanan yang terlebih tu basi dan akhirnya ke tong sampah jugak. Sayangnya la... Bagi kita kat negara yang banyak makanan ni memang tak terasa apa. Tapi cuba renung2kan dan amek ikhtibar dari negara yang tak ada makanan macam kat Somalia tu. Sedih tengok diaorang makan pun bercatu, ikat perut je selalu sebab dah kategori kebuluran.

Sempena bulan yang mulia ni marilah kita sama2 mengelakkan dari melakukan pembaziran. Tak kira la pembaziran apapun bukan makanan je. Pembaziran air, elektrik dan yang sama waktu dengannya. Tak rugi pun bahkan kita juga untung dan lebih berkat tak membazir ni. Agama Islam sendiri melarang penganutnya melakukan pembaziran. Wasatiah sajalah dalam setiap apa yang dibuat dalam kehidupan dan tidak perlulah membazir.

Kita mampu membasmi pembaziran, Insyaallah. Selamat berpuasa semua.
Assalamualaikum....

Selamat berpuasa untuk semua yang beragama Islam. Sahur tak pagi tadi?

Sebenarnya aku terlepas untuk bersahur sebab tido mati. Masing2 tak sihat, kesan ubat kot nyenyak je tido. Pukul 6 pagi terjaga tu pun sebab ada col masuk. Adoyai nasib baik dah pulun minum air sebelum tido semalam.

Kurang cikit la energy sebab tak sahur, tapi puasa tetap puasa beb.

Penting ke sahur tu? Sahur bukanlah perkara yang diwajibkan tetapi perkara yang disunatkan kerana ada hikmah dan keberkatannya dengan makan sahur. Berkat disini bermaksud Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga turut mendoakannya. Bukan senang tu senang2 je didoakan.

Sahur juga membezakan puasa penganut agama lain dengan puasa muslimin kerana penganut agama lain tidak bersahur untuk berpuasa. Berbanding agama Islam, amat digalakkan untuk bersahur walaupun tidak wajib.

Sebaik-baik makanan bersahur untuk orang mukmin ialah kurma. Bukan masa berbuka puasa je makan kurma, masa bersahur pun elok makan kurma. Seperti yang diketahui kurma memang makanan terbaik kerana kandungan gizi dan protein yang terkandung dalam kurma amat baik untuk tubuh manusia.

Kalau tak sempat masak tu, minum seteguk air pun dah okey masa sahur. Tapi amat digalakkan mengambil makanan secukupnya iaitu tidak terlalu banyak dan tidak pula terlalu sedikit untuk mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan yang baik ketika berpuasa.

Kelebihan bersahur yang lain, solat subuh memang tak terlepas kecuali la lepas makan tu tido semula. Tak sempat hadam makanan takkan tido semula kot (padahal kecik2 dulu selalu je buat).

Next sahur moga tidak terlepas lagi seperti pagi tadi.

Rujukan: http://ii.islam.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative