Assalamualaikum...

Ramai jugak antara orang yang aku kenal yang bersekolah agama tapi cara hidup tak menampakkan dia tu bersekolah agama. Pinjam duit orang, susah bebenor nak membayar semula. Ate kome ingat tak berdosa ke?

Pastu slamber kodok je kuar dating sana sini, demand itu ini kat pakwe. Bermanja terover dengan pakwe/makwe. Ada kawan aku macam laki bini lak aku tengok dalam bas dok sekali lentok2 manje. Ah cacat pemandangan, tak kenal korang.

Ada yang free hair kat belakang family. Depan family pakai tudung elok-elok, belakang taraa....cantik tak rambut I? Wah rebonding plus colour lagi. Cantik lagi rambut kucing aku.

Suatu ketika dulu, aku sangat benci perempuan bertudung labuh sebab aku rasa diaorang tu hipokrit. Kisahnya masa aku baru masuk diploma, ada sorang minah bertudung labuh tu telah terbuli sikit aku. Pastu memang anti le dengan dia dan pompuan-pompuan bertudung labuh. Nampak je sopan, lemah lembut, beragama tapi pembuli.

Tapi time tu je la, pastu aku tak sakit hati dah dan belajar mengelak dari diamek kesempatan. Ye la aku nak sakit ati dengan semua yang bertudung labuh buat apa, ada je yang betol-betol baik. Dia tu je kurang baik dan suka amek kesempatan.

Aku dan kawan-kawan yang tak bersekolah agama ni kadang-kadang selalu persoalkan dan terkejut dengan sikap kawan-kawan yang bersekolah agama. Ye la kadang-kadang tak sangka dia akan buat perkara yang kita orang sekolah biasa ni rasa tak patut buat sebab tak bermoral dan salah.

Kesimpulannya, tak semua yang belajar sekolah agama tu teruk. Tak semua gak yang bersekolah biasa tu tak beragama. Aku tak kondem mana-mana pihak ye sebab nama pun manusia, memang tak sempurna.
Assalamualaikum....

Rasa macam lama je tak jenguk blog. Dah berhabuk dah pun. Bukan tak nak jenguk tapi kes sakit hati dengan tenet yang slow. Mana taknye 5-10 minit pertama oke je pastu terus tak stable2 dah line. Mana aku tak geram. Nak kata dah over limit, belom lagi. Bil pun dah bayar awal2. Oke le pulak time camgini, sungguh hampagas, ini waktu tido.

Ni pun tido lambat sebab tak boleh tido. Tengah alergik tergaru sana, tergaru sini. Rasanya tak salah makan apapun tapi dok tergaru sana sini. Kalau beruk2 tengok sti dia pun heran apasal manusia ni tergaru2. Haha

Muka merenyam2... wah memang terseksa. Mata dah berair tapi bukan sebab menangis, kesan tenyeh secara keterlaluan. Hambik kau kan dah ala2 menangis.

Kena paksa diri untuk tido sebab dah lewat, esok mau tak bangun pulak. Internet semoga kamu stabil ye esok dan hari2 mendatang. Terima kasih daun keladi pada yang sudi singgah, kalau rajin singgah la lagi. Minta maaf kalau tak sempat balas kunjungan  anda.
Assalamualaikum...

Seorang lelaki aku labelkan Mr S dan seorang perempuan aku labelkan Miss F dalam kisah benar ni telah berkenalan sejak Miss F sedang  belajar di U lagi. Ketika itu Mr S bekerja di U tempat Miss F belajar.  Masa tu masing-masing muda remaja lagi. Owh sebelum terlupa umo Mr S dan Miss F sebaya.

Ketika itu Miss F baru sahaja putus dengan teman lelaki dia. Mr S mengambil peluang mendekati dan melamar Miss F menjadi kekasihnya. Miss F tidak terus menerima tetapi setelah agak lama dia menerima jua lamaran tersebut.

Walaupun Mr S hanya belajar setakat sijil, bukan itu yang dilihat. Miss F melihat kepada keihklasan Mr S semata-mata.

Mereka berkawan dan bercinta lah sehingga Miss F tamat belajar sehingga peringkat ijazah dan dalam masa yang sama Mr S sempat bertukar-tukar kerja. Mr S memang ada menyatakan niat untuk mengambil Miss F sebagai isteri.

Biasalah adat bercinta, gaduh2 pas2 baik semula. Putus pastu sambung semula. Tetapi kemuncaknya Miss F dan Mr S pernah putus ketika Mr S bekerja di utara tanah air.

Kebetulan pula ketika itu, Miss F berkenalan dengan lelaki lain tetapi mungkin tiada jodoh dengan lelaki tersebut, mereka membawa haluan masing-masing.

Mr S masih menghubungi Miss F dan bila mengetahui status Miss F yang kembali single, dia ingin kembali memenangi hati Miss F. Setelah berfikir panjang Miss F kembali menerima Mr S di dalam hatinya. Terfikir mungkin sudah jodohnya dengan Mr S disebabkan umur mereka pun sudah selayaknya berkahwin.

Mr S bekerja di sebuah syarikat swasta ketika itu. Berkali-kali dia menyatakan hasrat ingin mengambil Miss F sebagai isterinya yang sah. Miss F menyuruh Mr S datang berjumpa family Miss F, tetapi Mr S menolak kerana Mr S ingin memiliki kereta dahulu sebelum datang bertemu family Miss F.

Mr S jugak tak pernah membawa Miss F berjumpa keluarganya. Berlainan dengan adik Mr S yang membawa teman wanitanya berjumpa family.

Mr S memberi harapan perkahwinan mereka akan tetap berlangsung pada tahun hadapannya (ketika tu pertengahan tahun).Miss F tidak berapa setuju dengan Mr S yang ingin memiliki kereta kerana gaji Mr S pun hanyalah biasa-biasa sahaja. Lagipun Miss F telah memiliki kereta dan tidak salah selepas berkahwin mereka berkongsi menggunakannya. Dan jika ada rezeki lebih barulah Mr S mengambil kereta sendiri.

Mr S tetap dengan pendiriannya, Miss F menolong dengan memperkenalkan ejen jualan kereta untuk mempermudah urusan pinjaman dengan pihak bank. Akhirnya Mr S memiliki kereta sendiri pada akhir tahun tersebut.

Melangkah ke tahun baru, Mr S semakin lama semakin sukar dihubungi dan menghubungi. Alasan Mr S henpon beliau telah rosak. Miss F cuba memahami tetapi dalam masa yang sama rasa tidak dipedulikan dan terpinggir. Mr S seolah-olah pentingkan diri sendiri dan sejak dapat kereta baru, jarang nak mesej or col Miss F. Sehingga berbulan-bulan mereka tidak berhubung.

Cuma ketika Miss F outstation ke negeri Mr S tinggal, sempat berjumpa Mr S. Rupa-rupanya Mr S telah beberapa bulan tidak bekerja kerana diberhentikan. Sebab diberhentikan tak pasti tapi Mr S memang kerap bertukar kerja.

Bayangkan selama berbulan-bulan Mr S mendiamkan diri tanpa memberitahu dan berbincang dengan Miss F mengenai masalahnya. Berbulan-bulan membiarkan Miss F tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku dan membiarkan orang membuat berbagai andaian. Membiarkan hati orang lain terluka.

Sekarang Mr S hanyalah mengikut kawan-kawan buat kerja part time. Duit kereta mungkin dibayar menggunakan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk perkahwinan. Sampainya hati Mr S buat macam tu.

Mr S baru-baru ini menghubungi Miss F untuk meminjam wang daripada Miss F kerana ingin mencari kerja. Miss F berfikir banyak kali kerana ini bukan kali pertama Mr S pernah meminjam wang daripada beliau.

Ketika Miss F masih belajar dan ketika mula bercinta, Miss F pernah meminjamkan wang kepada Mr S yang ketika itu hendak mencari kerja baru. Sampai sekarang wang tersebut tidak dibayar kembali. Walaupun mereka pernah berpisah dan bercinta kembali, Mr S seolah-olah terus melupakan hutang tersebut. Sedangkan dia tahu Miss F bukanlah berasal dari keluarga yang berada.

Dan satu lagi yang membuat Miss F terasa ialah ketika Miss F berada dalam keadaan terdesak, Mr S tidak pernah membantu beliau, orang lain dan family sendiri yang banyak membantu. Pelbagai alasan Mr S bagi ketika itu. Mungkin dia takut Miss F tak nak bayar sebab dia pernah berhutang dengan Miss F kot. Mungkin dia tak nak bersusah payah sebab tak ada ikatan yang sah lagi. Hanya dia dan Allah yang mengetahui.

Mr S juga pernah memberitahu tidak mahu melepaskan Miss F sebab masih sayang Miss F. Miss F nekad untuk melupakan Mr S kerana banyak perkara yang tak boleh diterima mngenai Mr S.

Dari satu segi memang Mr S sangat penyabar sebab Miss F pun tak sempurna. Kadang-kadang Miss F marah dan tak hormat Mr S.(Pada aku memang patut tak hormat pun laki camtu).

Kalau sayang lepaskan je la, buat apa nak seksa orang yang kita sayang macam tu. Umur masing2 masa tu dah nak menjejak 30 an. Takpe la kau lelaki wahai Mr S, tapi Miss F pompuan. Beter la doakan Miss F bertemu jodoh yang lain. Banyak masa terbuang dengan kau. Sayang tak semestinya bersatu wahai Mr S. Janganlah pentingkan diri sendiri.

Lagi satu wahai Mr S kau cakap sayang tapi kau bia-biakan je. Langsung tak jaga hati dan perasaan Miss F. Kejap kau muncul kejap kau hilang sesuka ati kau je. Muncul bila kau memerlukan bantuan Miss F.

Lebih baik Miss F  bagi duwet tu kat orang yang betol-betol perlukan. Kat mak dia ke lagi berkat kot. Nak kesian kat kau memang kesian tapi perangai kau teruk sangat la. Kalau aku la aku sepak jauh-jauh lelaki macam kau Mr S.

Kejam gile dah buat orang sayang tapi tak tahu nak hargai dan buat banyak hati terluka. Ko ingat hati Miss F je terluka? Hati family dia pun terluka sekali.

Walaupun setelah bertahun-tahun membazir masa dengan kau, tetapi Alhamdulillah  Allah tunjukkan perangai kau yang sebenarnya. Mungkin itulah hikmahnya kau dan Miss F tak kawen sejak awal. Kau memang lelaki yang pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

Cerita ini tiada kaitan dengan aku ye.. Tapi betul2 pernah terjadi suatu masa dahulu. Sedikit sebanyak mungkin aku dah tertokok tambah sebab aku pemerhati je. Aku jadikan entry sebab aku rasa banyak pengajaran daripada kisah Miss F dan Mr S ni.
Assalamualaikum....

Internet oh internet...time aku free ni kau pulak wat ragam. Nak blogwalking dengan aman damai pun tak boleh. Satu blog tu mau take time sampai aku bosan. Sejam tu boleh kira dengan jari tangan n kaki berapa je blog yang aku dapat jengah. Tu pun asyik suh kill page. Grrr better aku kill kau internet.

Nak guna berukban apa ye yang laju. Digi coverage kat rumah memang tak oke. Maxis tak sure le pulak. Yang lain2 lagi la tak taw.

Kalau amek fix line susah sebab aku ni mobile. Kejap kat sini kejap kat situ kejap kat sinun. Internet kat malaysia ni memang agak mengecewakan la. Sob3...;(
Assalamualaikum...

Selalu orang bertanya perlu atau tidak memiliki kad kredit sendiri? Ya atau tidak jawapannya terpulang kepada empunya diri.  Terdapat kebaikan serta keburukan memiliki kad kredit. Tambahan sekarang pemilik kad kredit perlu melunaskan government tax secara tahunan untuk setiap kad kredit yang dimiliki.

Jika tiada keperluan lebih baik tidak memiliki kad kredit. Tetapi untuk sesetengah orang yang bekerja ianya memudahkan sebab sekarang nak booking flight ataupun hotel (tak semua) wajib memiliki kad kredit sekarang untuk memudahkan urusan.

Ramai pemilik kad kredit tidak mempunyai pengetahuan ataupun terlepas pandang mengenai perkara asas yang wajib diketahui:

  • Apabila kad kredit gagal dibayar selama 1 - 2 bulan, rekod kredit anda sudah pun berada di dalam rekod Bank Negara Malaysia. Dah bad rekod tu kiranya.
  • Interest untuk hutang kad kredit adalah antara 13.5% - 17.5% setahun bergantung kepada bank. Nak buat perbandingan? Pinjaman membeli kenderaan baru buatan tempatan baru sekitar 3.5% -4%  setahun.
  • Interest Free Period (Tempoh Tanpa Interest) biasanya 20 hari dari tarikh penyata bil bulanan kad kredit anda. Silalah jelaskan hutang kad kredit dalam tempoh tersebut.
  • Caj untuk pengeluaran tunai biasanya 5% atau minimum RM50 (yang mana lebih tinggi) setiap kali anda membuat pengeluaran tunai (tidak termasuk caj faedah bulanan).
  • Caj RM5 atau 1% - 3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minimum bulanan untuk setiap kad bagi Late Payment Interest (pembayaran lambat).
Perlu ke kad kredit? Kalau rasa tak boleh berdisiplin membayar mengikut tarikh tertentu untuk mengelak interest dan tiada keperluan, tidak perlulah menggunakan kad kredit. Anda telah membazir hanya untuk membayar government tax dan yuran tahunan walaupun anda hanya memiliki tetapi tidak menggunakan kad kredit tersebut.

Kalau anda betul2 menggunakan ketika kecemasan dan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, maka tiada masalah untuk anda.

Penggunaan kad kredit perlulah secara berhemat dan mengikut keperluan / perancangan masa yang cekap. Anda fikir, anda tentukan.

p/s: aku ada kad debit je..huhuu
Bagi orang lain, budak kecil itu tidak tahu apa-apa dan tidak ingat apa-apa.

Tapi bagi budak kecil tersebut, segalanya jelas di ingatan sehingga ke saat ini. Semuanya bagaikan baru semalam berlaku.

Saat seorang sahabat baik ayah datang ke sekolah untuk menjemput pulang ke rumah. Cuma di masa itu hati tertanya-tanya kenapa perlu balik sedangkan masa persekolahan belum berakhir. Saat diri dan kakak dihantar pulang ke rumah oleh seorang guru dengan menaiki keretanya.

Bertambah hairan hati melihat ramai orang yang berkumpul di rumah seolah-olah sedang berlangsung keraian. Kelihatan sanak saudara yang jarang berjumpa turut serta. Tapi hati budak kecil yang kudus itu tidak mampu memikirkan sesuatu yang tidak elok.

Budak kecil itu masuk ke dalam rumah bersama kakaknya menuju ke bilik untuk menukar pakaian. Apabila keluar, ada yang menegur kenapa tidak memakai baju kurung. Bertambah hairan lagi si budak kecil dan tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.

Saat tersebut datuk si budak kecil telah memanggil si budak kecil dan kakaknya . Si datuk memulakan bicara dan membuka segala persoalan yang membuat budak kecil kehairanan sepanjang hari. Ya sesuatu yang sangat menyedihkan bahawa ayah si budak kecil telah kembali ke pangkuan penciptanya kerana terlibat dengan kemalangan selepas menghantar si budak kecil dan kakaknya ke sekolah.

Budak kecil dan kakaknya menangis hiba. Semua yang berlaku bagaikan mimpi. Si budak kecil masih berharap semua itu hanya mimpi. Mana mungkin ayah sudah tiada, baru pagi tadi menghantar ke sekolah.

Tetapi itulah kenyataan yang harus si budak kecil dan kakaknya terima. Itu bukannya sebuah mimpi ngeri tetapi realiti.

Si budak kecil adalah anak ayah, terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah tiada tempat bermanja seperti sebelumnya. Si budak kecil terpaksa berdikari sejak pemergiaan ayahnya.

Si budak kecil yang banyak menumpang kasih orang tidak lagi seorang budak kecil.

24 Julai 2011 genap 16 tahun sejak pemergian arwah ayah tercinta. I miss him so much. al-Fatihah.


Dengan penuh jujur apa yang aku rasa sekarang ialah aku merindui seseorang.

Semakin dekat tarikh tersebut semakin aku merindui semua saat bahagia dan gembira ketika bersama.

Semakin aku ingat dan semakin aku kenang.

Kalaulah boleh diulang masa tersebut. Tapi tak mungkin la kan. Doremon nak pinjam poket ajaib boley?

Tapi itu adalah takdir yang telah tertulis. Aku redha walaupun ianya menyakitkan dan menyedihkan.

24/07 bakal menjelang tiba....

"I miss him so much"

p/s: intenet ala2 siput sedut nak blogwalking. minggu ni macam bz je.rasa macam hujung minggu ni nak gi jalan2 dengan family tersayang.pape pun insyaallah setiap jejak akan dijejaki semula jikalau tidak ada apa2 aral melintang.
Assalamualaikum...

Meh2 jom join bloglist cikji ramai2... Ni segmen pertama Cikji, jom berkenalan dengan cikji dan support beliau.

sila klik banner ni untuk menjoinkan diri
Sebab suka blog tersebut?
+ Tuan blog seorang yang mesra (tak bodek ye)
Setakat ni blog cikji loading tak lambat sangat (maklum la tenet saya kuasa siput sedut)

Saya tak kawen lagi so saya pilih Hey Ladies. Hehee
Assalamualaikum....

Masih ingat lagi ke tak kenangan masa korang tadika dulu? Secara jujur aku tak berapa ingat kisah atau kenangan aku masa tadika. Tah macam memory lost je. Patutnya time umo tu dah boleh ingat.

Mungkin sebab kisah aku tak best kot. Certain2 benda kita macam akan ingat2 lupa, yup itulah yang aku alami. Kebanyakan kisah aku masa tu diceritakan semula oleh mak aku.

Menurut cerita mak aku,  aku gedik pegi tadika umo 5 tahun. Pastu aku kena buli la dengan senior aku yang umo 6 tahun time tu. Setiap kali beli pensel warna kayu mesti senior aku tu akan tukar dengan dia punya yang dah pendek. Aku punya kan baru je lagi. Tapi seriously aku tak ingat sangat, cuma rasa macam bayang2 je bila mak aku storykan semula. Cuma aku rasa macam dia pernah koyakkan lukisan aku je.

Tapi memang bad memory patut la aku tak nak ingat kot. Haha

Menurut mak aku lagi, masa umo 5 tahun tu gak aku terkena demam panas. Dekat seminggu jugak la pastu terus aku tak pergi tadika langsung dah. Kiranya aku terus lompat masuk darjah satu. Tu pun tak nak pergi sekolah, memberontak sebab tak biasa kan.

Yang tu aku ingat cikit2, aku menangis sebab tak nak kena tinggal kat sekolah. Mak ayah aku nak balik, aku nak ikut sekali. Kui2 macam kelakar pulak bila difikir2kan semula.

Darjah satu hampir semua mata pelajaran aku dapat merah. Ni mak aku yang cerita la, so mak aku amek inisiatif ajar aku apa2 yang patut kat rumah. Ye la dah tak pra memang la macam tu menda pun tataw. Masuk darjah dua mak aku cakap alhamdulillah dah semakin stabil.

Sedih lak rasa bila aku tak de memory time tadika. Orang lain bergamba2 pakai jubah lagi time tadika. Korang ingat ke memory tadika korang? Mesti bestkan..(dengan nada jeles)
Assalamualaikum...

Bengang tak kalau tetiba je merayau kat shopping complex pastu kena tahan dengan pihak berkuasa dan diminta tunjuk IC sebab disyaki budak2 sekolah yang merayau ketika waktu persekolahan? Agak bengang kot macam tu.

Apa tak nampak macam orang dah dewasa ke? Jom follow tips ni untuk bertukar menjadi wanita matang:

Make up
Pakai lipstick merah menyala pastu sapu bedak tebal supaya kelihatan lebih mature. Jangan lupa pakai eye liner, lip liner, eye shadow dan sewaktu dengannya. Biar nampak complete je make up, so nampak la cam dah matang dan berkerjaya.
(selamba je kuar umah tak kenakan apa2 solekan even secalit lipstick or bedak pun)

Pakaian
Pakai baju yang menampakkan diri lebih matang. Pakai la jubah ke apa ke yang selalu mak2 pakai, pilih fesyen mak2 selalu pakai tu (sanggup ke?). Pilih warna dan corak yang orang tua selalu pakai. Perfect ah.
(rembat je pakaian apapun asalkan ringkas dan cepat nak bersiap.buruknye perangai)

Tudung
Pakai la style yg nampak cam matang. Nak nampak matang ikat je tudung bawah dagu tu..Huaahaha
(pun belasah je, tak payah iron lagi bagus tapi tak suka tudung sarung tu)

Kasut
Pilih kasut yang mak budak selalu pakai. Ala bata banyak kot jual kasut camgitu. Kalau nak nampak mature bergaya, pilih la heel yang bersesuaian yang menampakkan seorang yang matang dan berkerjaya.
(mau terpeleok kaki pakai heel.memang tak lulus)

Gaya bercakap
Panggil je semua orang yang kita rasa cam muda dari kita adik. Jangan kaver2 nanti orang ingat budak ni malu2 kucing lak. Kucing tu yang pemalu sebenarnya.
(sebagai seorang gadis haruslah ada sifat malu)

Badan
Naikkan berat supaya tak nampak kecik sangat. Takdela orang nak cakap budak sekolah.
(pastu sibuk lak nak kurus balik.ngeh3)

Tips berikutnya fikirlah sendiri. Tapi kalau dah di mata orang tak matang tu, kau bertukar la segala segi pun tetap awet muda kot. So bersyukur la at least orang cakap kita muda bukan lagi tua dari umur sebenar. Alhamdulillah. Syukran.
Assalamualaikum....

Kadang-kadang kita selalu rasa tak puas ati atau sakit hati dengan sesuatu atau seseorang yang wujud dalam kisah hidup kita. Rasa kebengangan yang terlampau sedangkan apa yang berlaku itu sebenarnya ada hikmah yang tersorok, tinggal kita sahaja untuk mengenal pasti dan menyelongkar kebenaran hikmah tersebut.

Aku bukan nak bercakapa pasal cinta. Pasal hidup berjiran. Kadang-kadang mungkin tanpa sengaja kita dah buat jiran kita terasa hati walaupun secara tidak langsung dan tidak disengajakan.

Sekarang aku hidup di kawasan taman perumahan yang memang sah2 jiran kiri kanan depan belakang. Mujur je atas bawah takde. Eh kau ngarut pulak, atas bawah tu dulu masa dok rumah apartment.

Al kisah rumah yang setentang dengan rumah aku ni tuan umah datang sekali sekala hujung minggu je. So rumah sebelah dia selalu la parking kereta depan pagar umah tersebut. Sebab diaorang ni banyak sangat kereta.

Memula, dia parking elok je betul2 ke tepi la. Tapi lama-lama ikut suka ati je nak parking melintang ke, menegak ke, menyenget ke. Sampai kadang-kadang setan berbisik kat telinga aku, kau langgar je sikit bagi calar, padan muka dia parking sesuka ati.

Nasib baik tak dengar bisikan makhluk tersebut, tak puas ati pun abaikan je. Kadang2 je mulut membebel.

Hikmah daripada jiran yang suka parking sesuka ati camtu, aku dah semakin cekap rasanya mengejas kereta supaya tak berkiss dengan kereta dia. Dan kebanyakan masa kitaorang memang parking masuk bontot siap2 sebab nanti tak de la kelam kabut. Maklumlah selalu nak cepat pergi keje, tak payah nak reverse dengan berhati2 dah.

Dua hari lepas kereta jiran aku tu accident, ada orang langgar menurut cerita mak aku. Alhamdulillah dia takde apa2 cuma  antara pintu driver dan penumpang belakang memang kemek teruk. Kereta tu sekarang tersadai je sementara menunggu untuk dibaiki.

Moral of story cari kebaikan dalam setiap apa yang berlaku bukannya alasan nak sakitkan ati sendiri.


Dapatkan nombor telefon
Malu tapi mahu. Malu-malu pun minta la nombor telefon sebab kalau dah ada nombor maka peluang hampir dengannya lebih terbuka.

Hubunginya
Dah amek tu jangan la buat pekasam pulak nombor tu. Cuba la mesej atau col je terus untuk bercakap dan mengenalinya. Ambil tahu seberapa banyak mengenai dirinya. Bertanya soalan  biasa seperti dah makan, buat apa, dan soalan2 yang menunjukkan korang betul2 berminat untuk mengenalinya. Memang nampak tah hape2 je tapi satu hari sikap prihatin korang akan dilihat dan korang akan dinilai sebagai seorang yang penyayang dan mengambil berat.

Ajak keluar
Tu pun kalau dia setuju, kalau tak setuju jangan memaksa. Ajak makan di tempat biasa dan jangan sesekali menunjukkan korang tu standard sampai ajak makan kat tempat eksklusif sedangkan korang tak mampu pun. Tunjukkan diri sebenar korang seadanya dan jangan sesekali nak berlagak.

Luangkan masa
Perempuan akan rasa bahagia bila diri mereka diambil peduli. Dia akan rasa selamat didampingi dan akan mula menyayangi korang. Tapi jangan sesekali bercerita tentang masalah kewangan, pekerjaan dan sebagainya kecuali dia memang jenis tak kisah dan mampu memberi pendapat yang bernas. Sebaliknya ambil masa mengenalinya dengan lebih mendalam. Bercerita mengenai masalah akan membuatkan  korang seolah2 seorang yang bermasalah dan tidak pandai menyelesaikannya.

Jangan sesekali menyentuh tentang seks
Lelaki yang baik adalah lelaki yang bersifat pelindung, bukan pemusnah kehidupan seorang wanita. Jangan amek kesempatan di atas kebaikan wanita dan jangan membuat permintaan yang tidak manusabah.

Cipta kenangan
Semasa berkenalan ciptalah memori indah bersamanya seperti mengingati hari lahirnya, hari perkenalan korang dan bagilah hadiah yang korang mampu sebagai kenangan. Semakin penyayang korang, semakin wanita suka.

Buat perancangan
Akhiri dengan perhubungan yang sah sebagai suami dan isteri apabila tiba masanya. Jangan ambil masa terlalu lama bercinta dan mengenali. Jika kewangan sudah stabil, hati serasi bersama akhirilah dengan ikatan perkahwinan untuk membina keluarga yang bahagia.

Rujukan: Majalah Wanita
Assalamualaikum...

Wah dah ada virus baru lak ke kat fesbuk? Ramai2 kecoh dah terkena la, dah nyaris terklik la. Apa2 pun berhati-hatilah ye.

PENERANGAN

1. virus tersebut tersebar melalui IM dimana dia bermula dengan chat......"hi. how are you?"
2. kemudian korang reply pada chat tersebut , dia akan hantar "Wanna laugh? :)"
3. selepas korang reply , dia akan menghantar kan "It is you on the video ?)) want to see?)"
4. then lepas tu , dia akan hantar satu LINK & link tu laa VIRUS

So nasihat aku walaupun aku tak sure benda ni betul ke tak, kalau korang terima IM pelik  tu be careful la. Ye la tetiba kawan kita tulis dalam english advance sedangkan sebelum ni dalam bahasa melayu, patut diragui gak tu. Dan jangan sembarangan klik link yang diberi.

p/s: kalau dah terklik apa jadi?virus tu buat apa?
Assalamualaikum...

Berikut adalah senarai universiti terbaik di Malaysia mengikut ranking bagi tahun 2011:
  1. Universiti Sains Malaysia 
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia 
  4. Universiti Putra Malaysia 
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis 
  7. Multimedia University 
  8. Universiti Teknologi Mara 
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia * 
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah 
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia 
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia 
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris 
  20. Taylor's University College 
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka 
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu 
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak *
  26. Monash University Malaysia 
  27. Universiti Industri Selangor 
  28. Wawasan Open University 
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus 
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology 
  32. International Medical University 
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University 
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia 
  38. Segi College 
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia) 
  40. Universiti Malaysia Kelantan 
  41. Limkokwing University of Creative Technology * 
  42. KDU College 
  43. Selangor International Islamic University College 
  44. Sunway University College 
  45. Malaysia Theological Seminary 
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia 
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus 
  49. Malaysian Institute of Management 
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College 
  52. Taman Pertanian University 
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College 
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University 
Notes: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.
Sumber: topstudylink

P/S: Graduan sekalian tak payah bertekak universiti mana yang terbaik. Ini bukan secara keseluruhan, hanyalah berdasarkan faktor2 yang dinyatakan. Belajar kat mana pun, yang penting ilmu yang kita dapat bukan ranking universiti kita. So jangan nak bergaduh pendapat pasal menda ni lak oke.
Assalamualaikum....

Isu blog yang kena remove  sebab approved komen yang mempunyai URL link (hyperlink)  membuatkan aku mengambil langkah keselamatan dengan tidak meng approve komen yang mempunyai URL hyperlink. Bukan sesuka hati tak nak approve komen orang tapi bila terbaca pasal kemungkinan blog akan didetek sebagai blog spam maka langkah tersebut terpaksa diambil.

Ramai sahabat blogger yang dah bincang pasal ni, so nak taw lebih lanjut google la sebab aku da lupa link2nye.

Aku tidak mahu dikatakan kejam. Jadinya diminta jasa baik semua supaya tidak meninggalkan link di kotak komen. Tinggal kat shoutmix ye.

P/S: Tuan blog kurang sihat so insyaallah jika takde sebarang halangan, tuan blog akan jejak semula yang dah follow, dah komen dan dah tinggal jejak kat shoutmix tu. Terima kasih semua.
Assalamualaikum....

Ketika membawa kereta dengan tenang dan aman damai tetiba datang sebuah kereta dari mana sesat tataw la berdesup mencilok-cilok. Cilok sampai  terpaksa brek mengejut sebab tetiba je muncul kat depan kereta yang tengah didrive dan dia stuck tak lepas nak cilok ke lorong lain (dalam hati: padan muka kau).

Aku dengan konpiden dan selamba je sebut What The Hell. Huhuu jahat sangat ke sebut macam tu? Agak jugak la...tak baik ooo mak aku cakap maki2 orang ni.

Tapi nak buat macam mana kebetulan kereta tu punya plat number WTH. Aku ni sesuka ati je mereka cipta perkataan daripada plat number bila bosan dok drive or dok dalam kereta. Kebetulan perangai si pembawa kereta tu kena lak dengan plat number dia. Memang sesuai sangat2 la tu...

Kebetulan lagi time drive ada sebuah kereta tu sangat la sopan pemandu dia. Nak tukar lorong walau tak banyak kereta pun, proper betol bagi signal beriya2. Mulut spontan je sebut bijak sunggoh sambil tersenyum. Kebetulan plat number kereta dia BJK. Memang sepadan sangat la dengan tahap kesopanan tuan pembawa kereta tersebut.

Semua tu kebetulan je, tapi kadang2 kebetulan tu buat kita berfikir jugak. Indah betul kebetulan tersebut yang walaupun kebetulan tapi macam 'tahu2' je dan 'kena' je.

Plat kereta tak melambang pemandu.. Tu saje je la suka suki, namapun kebetulan kan. Jangan mare sape plat number dia WTH. Peace....:)

Picture kat bawah ni dicilok dari google...






Hokey la pesanan penaja: Berhati2 ketika memandu.  Jomm drift..jomm...
repost entry
A lady went to the police station to file a report for her missing Husband:

Lady: I lost my Husband.

Inspector: What is his height?

Lady: I never noticed.

Inspector: Slim or healthy?

Lady: Not slim can be healthy.

Inspector: Colour of eyes?

Lady: Never noticed.

Inspector: Colour of hair?

Lady: Changes according to season.

Inspector: What was he wearing?

Lady: Suit/casuals, I don’t remember exactly.

Inspector: Was somebody with him?

Lady: Yes my Labrador dog, Calvin, tied with a golden chain, height 30 inches, healthy, blue eyes, blackish brown hair, his left foot thumb nail is slightly broken, he never barks, wearing a golden belt studded with blue balls, he likes non veg food, we eat together, we jog together…. And the lady started crying…..

Inspector: Let’s search for the dog first!

Wakakaka.... :)

**credit to funny forum
Assalamualaikum...

Hohoo tetiba me'recall kembali peristiwa mencari kasut bertutup kat sebuah kedai dulu. Maklumlah nak cari kasut bertutup yang murah2 je pun time tu.
Belek punya belek berkenan la kat design satu kasut tu. Cantik design dia tapi yang display tu size 6 ke 7 macam tu la. Tanya la tokey tu, saiz paling kecik berapa? Dia cakap ada saiz 4. So aku mintak la dia carikan saiz 4 paling kecik tu.
Dah jumpa saiz tersebut, tiba le sesi men'try kasut tersebut. Pakai pastu try catwalk. Mak aih celus kau.... Aku rasa kalau aku jalan mahu berkaki ayam sebab kasut tu tertinggal. Ni kalau pakai dengan stoking pun, kena cari stoking yang tebal baru tak celus kot. Takkan nak pakai soak bola tu kot? Ayoyo..

Dengan muka sedih pilih la design lain dan minta dia carikan yang paling kecik saiz... Dengan harapan dapat la yang match dengan kaki. Tapi sama je. Buat penat belek je.

So buat muka paling sedih cakap kat tokey tu, takpa la tokey tak boleh la nanti pakai saya tertinggal kasut lak. Kah2 macam kelakar je cakap macam tu.

Aku dengar la tokey tu membebel2, tapi tak amek peduli sangat menada dia bebelkan. Pastu dia tunjuk dengan jari dia 'you pegi tengok sana la'.

Aku  tengok la direction jari dia tunjuk, kurang asam punya tokey (dalam hati je la). Dapat agak tak apa? Ce teka...

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Tak payah la teka kot.... 



Haha kasut kanak2 dia suh aku try... Hampagas betol..terbako ati den.
Assalamualaikum...

Dah banyak kali kot blogger2 yang lain wat entry pasal ni. Tapi aku tetap nak pesan lagi jugak sebab ramai yang tak perasan lagi dan lepas pandang  pasal ni rupanya. Ramai yang aku tak dapat nak jejak semula sebab dua benda ni. Kalau salah satu betul dan ada xpe gak. Ni link URL kat shoutmix salah, kat profile lak xde link blog. Kalau apa aku taip ni salah tolong betulkan ye.

1) Shoutmix/shoutbox
Tolong pastikan anda memasukkan URL blog anda kat website/URL, bukan URL shoutmix/shoutbox tu ataupun URL blog orang lain. Ni banyak sangat yang jumpa macam tu, klik tak directing ke URL blog korang pun. Adeh sabar aje la....

2) Profile
Sila pastikan link blog anda muncul kat profile blog anda supaya senang kerja jejak menjejak semula. Kalau tataw meh nak tunjukkan. Macam wat tutorial lak dah kan.. Korang pegi kat dashboard, pastu ikut la direction...




pegi edit profile semula pastu isi la homepage URL anda.
jangan lupa save pulak taw...:)
ni la hasilnya...da ada link ke blog kita bila orang view profile..:)
 Senang je kan....so apa lagi recheck la dah ada ke belom linknye...

**sape2 yang tuan blog ni terlepas daripada follow semula tolong inform ye...time kasih semua...*_*
Assalamualaikum....
Awat tajuk entry macam karang surat je kan? Tu aku copy paste je sebab malas nak taip tajuk dan tataw nak letak tajuk ape. Sape2 yang masih berhutang dengan PTPTN macam aku ni ha, rajin2 la cek email kalau yang dah apply ujrah secara online.

Aku ade dua pinjaman, tapi yang tawaran ni untuk pinjaman pertama diploma punya. Degre punye tak pasti la apa cerita. Tak de masa nak bertanya dengan pihak berkenaan lagi.
Kalau baca PDF yang dia attach skali kat email aku rasa agak menakutkan je nak sign perjanjian baru ni. Banyak terms baru yang diaorang kenakan. Even 3% kepada 1% tapi rasa macam tak berbaloi je jugak untuk orang yang tak keje or tak keje tetap macam aku. Kalau yang dah tetap tu no hal la rasanye.

Nampak la tujuan diaorang buat macam tu bukan nak menolong peminjam sangat tapi nak menolong pihak yang memberi pinjaman. Ye la aku sedar ramai yang sengaja tak nak bayar PTPTN walaupun mampu. Tapi ramai jugak yang nak sangat bayar tapi kurang mampu.

Kejap bayar kejap tak biasa la tu, maklumlah selain komitmen dengan PTPTN komitmen meneruskan hidup pun kena gak amek kira. Takkan nak ikat perut kot sebab nak bayar PTPTN je. Simpanan untuk diri sendiri memang jauh sekali la, tu pun mujur kalau kerja ada caruman KWSP. Kalau tak memang takde la simpanan. Dah sengkek kadang2 family still support belanja. Hidup kat bandar duwet macam air je.

Kenapa la PTPTN tak macam MARA kan? Just bayar apa yang dipinjam je. Kalau macam tu memang senang hati nak bayar cikit2 pun sebab nampak makin surut even terstop kejap.

Antara isi kandungan perjanjian yang buat aku blur:

"8. Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN."

Means kalau terlewat bayar kena bayar pampasan la? Lagi la creepy aku nak sign agreement ni. Banyak yang perlu difahami dulu sebelum sign agreement baru ni. Aku kekurangan kefahaman dengan terms yang terkandung dalam lampiran tersebut.

Apapun hutang  tetap hutang, nak tak nak kena langsaikan jugak. Insyaallah murah rezeki setel la kau PTPTN. Tak hingin pun aku berhutang lama2, makin banyak kos pentadbiran tertunggak, sakit mata tengok, sakit otak fikir nak setelkan.
"Macam mana aku nak terima dia sedangkan dia macam tak de arah pun dalam hidup ni. Nak berubah lepas jumpa aku dan sebab aku je. Ko tak rasa ke lelaki macam tu tak de matlamat dalam hidup? Aku serius tak boleh terima la macam tu."

Itu antara ayat seorang kenalan aku. Lelaki yang tak ada matlamat hidup macam mana tu? Yang berubah sebab dah jumpa wanita pilihan hati je?

Masalahnya ialah lelaki tersebut takde saving langsung untuk diri dan masa hadapan. Dah berperasaan nak kawen baru terhegeh2 nak menyimpan.

Maklumlah dia dah bekerja lebih daripada sepuluh tahun tapi sedikit saving pun takde. Macam impossible je, macam mana dia nak sara hidup orang lain tu? Boleh ke si lelaki berubah? Kekalkah perubahan kerana seorang wanita?

"Ko taw apa aku fikir? Nanti dah kawen, dah ada anak nak beli susu, pampers lagi, mahal weh sume tu. Nanti aku jugak kena kuarkan duwet. Aku takut aku dah tak boleh nak bantu family aku macam aku buat sekarang bila dah kawen. Bila aku cakap pasal duit, dia cakap aku ni mata duitan lak. Tapi nanti family aku takkan aku nak biarkan kot. Ko fahamkan perasaan aku?"

Memang macam ke depan fikir, tapi tak mustahil jugak semua tu akan berlakukan? Selama ni yang bantu family adalah kita, tapi after dah kawen bukan meringankan komitmen tapi menambahkan komitmen lagi pun ada. Ye aku faham apa yang kenalan aku rasa dan fikir. Takut nak mengambil risiko, takut itu, takut ini.

Memilih ke macam tu? Bagi sestengah orang ye tapi bagi aku itu bukan memilih tetapi itu terlalu berhati2 sebab tak nak family terpinggir di kemudian hari.

"Kalau ko kat tempat aku, ko buat apa? Ko terima ke lelaki macam tu?"

Kalau aku.... Erm... Masih berfikir lagi jawapan yang sesuai. Kalau korang?
Apa  kau rasa wahai sang hati?

Sedih? Terkenang kembali kisah antara aku dan dia. Dia yang pernah berjaya menakluk hati ini suatu ketika dahulu.

Hepy? Sebab dia nampak bahagia. Dan mungkin juga sebab status single dia.

Teruja? Dah bertahun, akhirnya dapat news pasal dia. Dia masih begitu (mungkin).

Menyesal? Semua dah berlaku pun, past is past.

Wahai jari kenapa kau sibuk sangat? Kalau kau diam-diam mesti mata takkan menangis, hati tidak sedih, otak takkan recall semula.

Otak!!! Kau yang set supaya jari macam tu. Otak!!! Kau lupakan semuanya,pandang ke hadapan....

Hati!!! Kau tabah, kau kena tabah, kau harus tabah.

Mata!!! Stop crying... Air mata itu mahal.

Jari!!! Aku tahu bukan salah kau.

Aku? Pedulikan aje... Semua tak salah. There are something we call 'HIKMAH' behind these. Searching for it.... Insyaallah you'll found what we call 'KEDAMAIAN HATI'.
Best ke kena jilat? Korang rasalah sendiri baru taw best ke tak. Tapikan, memang gelilah kena jilat macam tu. Sebelum ni memang pernah kena jilat tapi taklah berterusan macam tu.

Erm sapelah yang dok jilat akukan? Sape lagi kalau tak lain dan tak bukan si Putih. Putih mana lak dah ni kan? Artis korea baru ke? Kepada yang belom tahu dan nak tahu jom berkenalan dengan Putih dulu. Tak rugi kenal Putih ni kecuali yang segan dan takut tu dikecualikan la. Hehee...
Menda la Putih sedang lakukan? Tu sebenarnya handbag aku tu dan orang tu adalah aku. Akulah tetamu tuan Putih. Tuan Putih tu nenek sedara aku dan seorang tukang urut tradisional. Balik kampung bawak mak aku g sana, jumpalah si Putih yang montel dan manja ni.

Kucing pun tahu sape suka dia dan sape tak suka dia. Macam mak aku dia bukan tak suka kucing tapi tak suka melayan kucing. So dia memang tak pergi kat mak aku pun. Dia datang manja-manja kat aku ngan kakak aku je. Hambik kau sudahnye seluar dan baju aku penuh dengan bulu si Putih yang gugur tu.

Dia tak macam kucing yang aku pernah bela dan jumpa sebelum ni. Sebab cara dia bermanja sangatlah sweet bagi aku.

Dia datang kat aku jilat tangan aku, ingatkan tangan aku ada bau makanan ke. Ye la mana taw aku basuh tangan tak bersih ke. So hulur tangan belah kiri lak, dia jilat gak.

Dia sangat rajin jilat tangan orang, macam jilat bulu dia sendiri. Tak jemu-jemu dia jilat pastu dia geget-geget manja macam yang selalu dia buat masa  dia masa jilat bulu dia tu la. Aisey Putih sejak bila tangan aku jadi bulu kau ni. Haha

Kalau aku tarik tangan aku, dia p kat kaki lak. Dia akan jilat kaki pulak, adeh putih gelilah kau ni jilat orang. Dah le lidah dia sangat kesat.

Dia tak bosan pulak tu menjilat sampai aku yang berhentikan dia suh pegi main kat lain. Jenuh haish nak bagi dia jilat tangan aku, aku pun nak buat menda lain gak. Kaki aku, aku tak benarkan jilat nanti kang automatik aku sepak kau putih. Grrrrr....

Kesan bermain-main dengan putih calar balar tangan dan lengan, lengan aku penuh dengan bekas lubang kesan gigi si putih. Tak sakit pun sebab dah terbiasa. Hoho lap u Putih. Next time jumpa lagi hokeh...
Assalamualaikum...

Ni picture semalam.... sekitar  Floria ngan Hari Koperasi.

Floria
Untung weh sape yang letak vending machine air macam kat dalam picture bawah ni. Setin RM2.00, mineral water RM1.50. Lebih mahal daripada harga biasa tu, tapi sebab cuaca panas, berpusu2 orang beli air kat vending machine ni. Orang tu termasuk akulah.

Floria
Sempat sembang ngan pak cik yang berniaga kat situ. Menurut dia sewa tapak untuk berniaga selama seminggu tu RM3000 naik sekali ganda daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Kenapa sebut nama PM ni? Aku no komen, malas nak politikkan benda macam ni. Ye la tu kos dah naek sampai sekali ganda kan. Lagipun International punya eventkan. Hoho

Floria

Dah petang lepas solat Zohor sempat singgah jap kat Pemeran Hari Koperasi pulak. Tengoklah aksi Naruto, cicak man yang sempat disnap. Upin dan Ipin pun ada tapi bateri kamera  dah kong time tu. Kui2...

Hari Koperasi
Sape yang nak pegi Floria tu, sampai minggu depan pun ada lagi. Banyak pokok2 dan bunga2 yang dijual. Boley cuci mata. Dan kalau nak bergambar memang sesuai sebab banyak bunga2 cantik dan landskap yang cantik sesuai untuk bergambar...

Hari koperasi ari ni last rasanye. So ada masa lagi sape nak terjah tu. Banyak pameran dan gift daripada pihak-pihak yang terlibat. Sape yang nak berbekam lintah boleh try sebab ada gerai dia. Geli lak aku tengok, tak dan nak snap picture. Huhuu.

Pesanan penaja thanks kepada Hanys yang tegur kotak komen takde. Erm baru nak memfreekan diri menjejak sahabat2 yang meninggalkan jejak. 
Assalamualaikum....

Hari ni kebanyakan jalan-jalan utama di KL ditutup dan kebanyakan jalan-jalan utama menuju ke KL dibuat sekatan oleh pihak polis disebabkan tarikh BERSIH nak berdemonstrasi jatuh pada hari ini (9 Julai 2011). Aku salah sorang mangsa terperangkap didalam kesesakan akibat sekatan jalan. Apa mahu dikata, tak sangka akan jadi jem macam tu sekali.

Jalan selepas Plaza tol Sungai Ramal menuju Putrajaya, KL disekat. Nak melepasi sekatan jalan tu makan masa dua jam. Ya Allah sabar aje la, dua jam tu kalau aku balik kampung pun dah separuh perjalanan. Tensen jugak bila berada dalam situasi yang sepatutnya tak berlaku.

Sepatutnya aman damai je jalan raya hari ni, tapi macam malapetaka. Ada yang tak sanggup cari jalan u-turn semula je. Ada yang cari jalan altenatif tapi macam sama je jugak. Kalau tak sebab kakak aku jadi urus setia kat gerai jabatan dia sempena Hari Koperasi, memang takde pasal nak redah kesesakan macam tu. Nak tunggu kereta bergerak macam tak berapa nak bergerak.

Lagi satu mem'spoilkan mood mamat depan aku yang bawak kancil tu, boleh pulak dia macam malas nak gerak. Hoi brader taw le kaki kau lenguh tapi bajet2 le, tak payah nak buat perangai. Kalau boleh sound, macam tu gamaknye aku sound brader depan aku tu. Bapak malas dia nak gerak. Rasa macam nak hon tapi bersabar aje la selagi boleh. Ye la betol kot kaki dia terkehel dok main cluth n minyak. Positif2.

Dua jam...kalau orang nak terberanak dah terberanak weh, kalau yang sakit tenat silap-silap dan arwah dah, yang nak terkucir, dah terkucir le jawabnye. Haish...

Nak salahkan sape dalam hal ni? BERSIH? Pihak polis? Kerajaan Malaysia? Sendiri fikirlah...yang bijak sangat buat sekatan jalan kat situ apa kes jugak, susur dari Bangi dan jalan dari Kajang....mesti la sesak beb. Memang sangat strategiklah mensesakkan jalan. Diaorang pun menurut arahankan...erm.

Okey aku hanya amek tahu sikit2 sekadar untuk pengetahuan je, aku tak minat nak amek tahu lebih2 pasal politik ni. Mental nanti so baik jangan campur.

**sakit hati sampai tak amek picture kesesakan yang berlaku.tadi polis tu angkat tangan boleh kita orang buat bodoh tak pandang muka dia pun, terus je pecut sebab sakit ati dah lambat. haha teruk tol perangai.sory ye adik polis, tak sengaja. balik tadi pun tengok jalan disebelah sana masih lagi sesak.sampai malam ni la kot sekatan dia.
**komen macam da okey setelah berkali2 dok main hide ngan show, tapi follower tak muncul2 pun.blogspot demam campak ke...
Assalamualaikum...
Kepada sahabat2 blogger semua, tolong camne nak bagi komen muncul? Aku tak penah ubah blog ni punya setting, memang tak de masa pun. Memang tak usik langsung dan dah perasan tak muncul ni baru godek2, settingnya masih seperti dulu tapi komen still tak muncul. Apa yang berlaku ni? Anyone hadapi problem macam aku gak? Waa....sangat dukacita. Rasanya dah tengok dengan teliti setting .. Time kasih rakan blogger Niena Pengembara Ilahi kerana memberitahu di shoutmix.
TOLONG.....
Assalamualaikum...

Suka join segmen or contest tak? Ramai blogger yang rajin buat segmen or contest. Aku pun kadang2 teringin nak join dan menjoinkan diri jugak. Kreatif betol la diaorang ni, macam2 segmen or contest diaorang boleh fikirkan untuk buat. Pelbagai ganjaran jugak diberikan kepada follower2 yang melibatkan diri.

Ada blogger yang siap wat blog lain khas untuk contest supaya senang dia dapat asingkan blog peribadi dan contest.

Tapi sebenarnya aku agak lemah bila nak tag orang sebab aku tataw nak tag sape lak. Kalau aku join gak segmen yang syaratnye kena tag orang, mulalah aku main tag je. Risau gak kot orang yang kita tag tu tak suka diri mereka ditag. Tapi tak kot sebab tu kan salah satu cara nak mempromosi blog diaorang jugakkan.

Aku pun tak kisah diri ditag, haha jangan cakap aku marah pulak dah dok wat entry camni. Akan cuba menjoinkan diri tapi cepat ngan lambat or terlepas tarikh tutup je la. Maklum suka sangat last minit.

Banyak kelebihan sebenarnya tagging ni kalau diperhalusi. Dapat meningkatkan follower salah satunya. So pasni rajin2 le joinkan diri taw. Jangan jadi pemalas cam aku ye. Hehee.

Owhh untuk blogger Mohd Izzar thanks kerana telah tag akak ye. :) cari mood dulu nak join sebab baru join segmen Cik POP.

**agak bz minggu ni,kadang2 tak sempat nak online pun...;(
Assalamualaikum....

Ini segmen pertama anjuran Cik POP. Cik POP sendiri yang tag aku so sebagai sokongan aku menjoinkan diri.

Sila klik banner kat bawah ni untuk menjoinkan diri anda berblogjongging dan melihat syarat-syarat penyertaan dan segala details yang lain.


Last but not least nak tag Dieya, NoraienZ, Izzar...

Rasanya cik aisha dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Thanks Cik POP.... Blogjongging jom...:)
Apsal cite pasal nyamuk ni? Sebab aku dah jadi penderma darah secara paksa rela kepada nyamuk-nyamuk kat rumah ni. Manis ke darah aku wahai nyamuk-nyamuk sekalian? Erm cerita pasal nyamuk ni, teringat anak buah aku yang tak percaya nyamuk betina je menghisap darah.

Soklan cepumas, mak su kenapa lak? Habis tu nyamuk jantan makan apa?  Mana boleh nanti mati la dia. Jenuh bersoal jawab dan mengeluarkan fakta sains. Budak skangkan bijak-bijak belaka. Adeh..
geramnye tengok perut si nyamuk yang kekenyangan ni. rasa nak picit-picit je.toink2
Nyamuk betina menggunakan protein dalam darah untuk menghasilkan telur. Setiap mereka boleh menghasilkan telur beberapa kali sepanjang hayat mereka. Sedap tu makanan dia adalah darah. Nyamuk jantan lak hisap madu dan jus buah or bunga.
hinggap kat bunga...sah nyamuk jantan...mak su yang ckp camtu..haha mati nama aku gak naik
So pesan aku kat anak buah aku tu, kalau nampak nyamuk tu hinggap kat bunga or buah mesti nyamuk jantan la. Kalau hinggap kat makhluk hidup mesti nyamuk betina. Ajaran tah hape2 jugak la aku bagi kat budak tu.

Ha secara purata, jangka hayat nyamuk betina ialah tiga sehingga seratus hari. Manakala purata jangka hayat nyamuk jantan hanya sekitar sepuluh sehingga dua puluh hari sahaja. Female lebih lama hidup dari male. Yeah...tak taw apa kes aku nak tumpang hepy.

Bergantung pada spesis, nyamuk betina boleh menghasilkan 100-300 telur pada satu-satu masa dan purata 1000-3000 selama tempoh hidup mereka. Patutlah ramai betul nyamuk2 yg menyerang aku... Grrr serang balik dengan......
RIDSECT


Tengah Drive
Tekan minyak tanpa perasaan... Semua halangan rasa nak langgar. Traffic light, bonggol terutamanya memang dah tak nampak sampai brek mengejut dan semua orang terkejut. Gile pompuan kau bawa kete.

Jalan-jalan
Menonong je macam orang kat sekeliling dah tak wujud. Rasa cam berjalan dalam dunia yang kosong. Kadang-kadang sampai terlanggar orang. Punyalah takde perasaan. Hello... aku kat sebelah ni kat cakap takde orang?

Makan
Sama ada dua. Yang pertama, wahai makanan aku tak bernafsu langsung tengok kau. Yang kedua, wahai makanan aku amat-amat memerlukan kau untuk melupakan masalah. Patut la kau kurus dan sebaliknya patutlah kau gemuk.

Bermesej
Jahat kau jari taip perkataan yang terlalu jujur, dah buat orang terasa hati, dah buat orang berjauh hati. Kau janganlah terlalu jujur meluahkan kebenaran yang tak semua orang boleh terima.

Menjawab telefon
Kau nak apa? Jangan telefon boleh tak? Aku tengah serabut, runsing. Kau ni nak menambahkan masalah aku lagi ke? Erk...terlepas kemarahan kat orang yang tak sepatutnya.

Menunggu
Aku tak suka orang tunggu aku tapi aku jugak tak suka menunggu orang kecuali orang yang aku betul-betul rapat. Kau tak faham ke? Kau ni tak punctual langsung, aku benci kau tahu tak? Kalau tak tahu, sekarang kau dah tahu. Jangan salahkan aku bila aku emo.

**************
Bila jiwa tengah tak betul segalanya akan jadi tunggang terbalik. Bila emosi tengah menguasai diri, segalanya boleh hilang pertimbangan. Bila hati dah sakit, segalanya sanggup dibuat demi memuaskan hati yang sakit. 

Tapi walau apapun keadaan kau sekali pun, kau kena ingat kau hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga orang lain yang tak bersalah turut menjadi mangsa. Kau bukan pemangsa.

Apa yang tak kena? Hanya Allah yang maha mengetahui.
Bukan hensem yang dicari, bukan paras rupa yang menjadi priority. Itu hanyalah pelengkap pakej je. Kalau dapat yang hensem, alhamdulillah. Tapi setakat hensem, tang lain-lain hancur tak de maknanye. Lagipun definasi hensem tu terlalu subjektif. Tak hensem dimata si A, mungkin hensem dimata si B.

Habis tu kau nak yang kaya dan banyak duwet? Bukan itu juga ciri-ciri utama yang dicari. Kaya tu pun pelengkap pakej je. Duwet memang penting zaman sekarang. Tapi cukuplah sekadar dia mampu menyara diri dan keluarga. Rezeki sentiasa ada Insyaaallah tak perlu la aim lelaki kaya sebab nak cepat kaya. Lepas tu tak bahagia walaupun banyak duwet. Tak nak la macam tu.

Kau nak lelaki alim dan beragama ke? Baik kau kawen ngan tok imam or ustaz je. Beragama tu memang penting dan menjadi  keutamaan tapi taklah sampai kamu kena kawen dengan tok imam or ustaz. Yang dicari seorang yang tahu serba sedikit berkaitan agama dan tahu hukum hakam dan yang dapat membimbing seorang wanita menjadi isteri yang solehah. Lelaki yang punya motivasi (kemahuan) menambahkan ilmu agama dari masa ke semasa, yela semua tu boleh belajar kalau tak tahu, yang penting yang mahu berubah demi kebaikan.

Dari segi tanggungjawab, apa yang kau pandang? Lelaki tersebut mestilah seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bertanggungjawab terhadap orang lain. Bukan seorang yang suka melarikan diri daripada tanggungjawab sudah semestinya.

Menerima keluarga dan kekurangan diri seadanya. Walau apa sahaja keadaan keluarga, dia tetap sahaja mahu menerima dengan ikhlas dan bersedia berada dalam keluarga kamu. Walau apa sahaja kekurangan kamu, dia tidak kisah dan tidak malu serta tidak cuba mengubah kamu menjadikan kamu orang lain kecuali perubahan demi kebaikan kamu bersama.

Tidak mementingkan diri sendiri semata-mata. Peka dengan perubahan emosi seorang wanita, peka dengan keadaan emosi seorang wanita. Menjadi seorang pendengar yang setia kerana seorang suami adalah sahabat baik isterinya.

Lelaki bagaimana kamu inginkan, terpulang kepada diri kamu. Tetapi jika kamu mencari kesempurnaan, kamu takkan jumpa dalam diri mana-mana lelaki pun.
Assalamualaikum...

Betul ke tak apa aku faham ni? Untuk follow blog memang ada tiga cara yang biasa digunakan kan. Follow kat navbar yang atas sekali, follow kat gadget untuk follower dan follow kat dashboard (add). Yang aku selalu guna ialah gadget follower tu la. Apa beza ketiga2 cara ni aku tak tahu, sape yang taw silalah explainkan. Apa yang aku faham semua boleh guna untuk follow blog lain.
navbar
gadget untuk follower (google connect)
dashboard (reader)
Tapi semenjak dua menjak ni, gadget untuk follower tu selalu segan-segan je nak muncul, so aku ambil jalan mudah follow je menerusi navbar (bagi yang ada function ni la), yang tak ada navbar aku pegi kat dashboard dan add secara manual la.

Tapi  bila nak add kat dashboard tu, keluar benda alah ni:

Erm hari ni pulak baru terperasan blog yang aku follow menerusi navbar tu takde pun dalam list follower kat gadget follower. Mana yang follow aku balik tu dan ada jejak, ari ni baru aku follow menerusi gadget tu.

So selama ni aku kira macam menipu la tinggal jejak kat shoutmix/chatbox bagitaw da follow tapi sebenarnya tak de pun dalam list follower. Ya Allah rasa bersalahnya. Mesti ada yang marah ngan aku ni.

Kepada yang berkenaan saya minta maaf ye, salah saya tak pastikan betul-betul dah follow.
Assalamualaikum....

Korang layan novel tak? Yang pompuan kebanyakan semua mesti suka layan novel cintan-cintan ni. Kebanyakan je tapi tak semua punya la kan. Yang lelaki tak sure lak, korang suka novel thriler kot. Ye ke?

Tapi sekarang dah ramai kaum lelaki yang menjoinkan diri membaca novel cinta. Wa cakap sama lu, nampak je ganas tapi dalam hati ada bunga-bunga, ada taman. Pergh jangan memain.

Erm...ada la sorang pompuan ni dok sebuk bersembang dengan kawan-kawan pasal novel, sekali terkeluar ayat 'Aku suka lelaki yang baca novel cinta. Dia mesti faham hati pompuan dan caring'.

Oh macam tu ke? Kesiannya sape2 lelaki yang tak suka baca novel cinta tu. Korang mesti tak boleh faham hati pompuan sebaik lelaki yang baca novel cinta tu. Korang mesti tak caring. Haha jangan marah, dah budak-budak tu yang keluarkan statement camtu.

Dan aku sendiri akui berdasarkan pengalaman orang sekeliling aku, ada betulnye tapi tak la seratus peratus. Ala manusia sama je kot, kau baca novel ke tak, takkan kau tak ada naluri. Kan?

Tapi ye la aku tengok lelaki-lelaki yang baca novel ni dia memang cepat pick up sket pasal perubahan perasaan kekasih hati. Senang cite lebih peka la berbanding mereka yang tidak membaca novel cinta. Memang takde perasaan, rasa macam nak fire je. Yeah serang...

Walau apapun, tak salah lelaki2 nak baca novel cinta, tak baca pun tak salah. Tapi disarankan bacalah, tak rugi apa pun. Mana tahu dengan cara tersebut korang dapat memahami perasaan seorang gadis/pompuan dengan lebih baik.

Lagipun ada terselit pengajaran yang boleh kita kutip daripada sesuatu novel tersebut secara tidak langsung dan menambah pengetahuan. Dan membaca novel lebih baik daripada menonton TV sebab kita secara tak langsung melatih otak kita, ye lah kalau tengok TV tu memang dah ada pelakon-pelakonnya so tengok je la.Kalau baca novel, kita membayangkan watak setiap orang dalam jalan cerita melalui imaginasi kita. Otak memang akan teransang.

Okey sekian.... Hoho jangan marah kepada yang tak suka baca novel terutama novel cinta. Peace.
Assalamualaikum semua....

Sangat sengsara dengan kelajuan broadband yang macam siput sedut. Masuk je blog orang hang, nak baca entry hang, nak komen hang. Adoi kesabaran aje la. So terpaksa dok diam-diam jadi silent reader je dan baca kat google reader je. Hambik kau....

Ni ada news pasal Hong Leong dah takeover Eon. Sebelum ni ada dengar gak tapi ingatkan tak jadi.

Lagipun yang hangat sebelum ni, Maybank dan CIMB yang nak take over RHB Capital. Tapi tak jadi le pulak. Ye la RHB bukan ada masalah dengan capital or management pun. Cuma Maybank dan CIMB je nak mengukuhkan kedudukan masing-masing dan ada kepentingan sendiri.

Dan mengikut sumber dalaman yang aku dapat, semalam-1 July 2011 Hong Leong dan Eon dah pun merged. Ini menjadikan Hong Leong Bank kumpulan perbankan ke empat terbesar di Malaysia mengatasi RHB Bank. Wah ketinggalannya aku, kalau kuar berita pun semalam mana tengok TV pun.

Dan mengikut sumber tersebut ada di antara kakitangan eon yang dah diterminate. Erm perkara biasa bila merged berlaku, selalu kakitangan berstatus kontrak la yang akan jadi mangsa untuk diterminate dulu. Apa la nasibkan jadi kakitangan berstatus kontrak. Langsung tak secure kebajikan. Bila diperlukan tenaga dikerah habis-habisan, tapi bila tak diperlukan anytime je di'tendang'.

Unfair tapi itulah realiti yang perlu dihadapi dengan penuh kekuatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative