Assalamualaikum semua...

Wah sangat seronok, tengah menaip entry pukul sebelas lebih pagi tadi tetiba auto save entry error. Buat dek je terus taip sebab ingat intenet problem je. Dah abeh taip cek intenet okey je. Tekan save now, tetap error. Pastu selamba je refresh balik, hambik kau Bad Requests. Hoho blogger.com yang bermasalah rupanye.


@@@@@


@@@@@



Maka entry tersebut separuh je tersave. Malas le pulak nak menaip buat kali kedua, so biakan je sehingga mood rajin kembali.

Banyak entry yang tertangguh kat dalam draft, tu la taip separuh jalan je. Apa nak jadilah tuan punya blog ni. Adeh....
meow2.....gudnite...

Assalamualaikum....

Seseorang yang da lama tak kontek tetiba je col. Tapi col tersebut diignored, maka sampai la mesej bertanyakan khabar berita terkini. Maklum da lama tak kontek.

Elok2 bermesej tetiba jari sengal gi taip soklan cepumas. Takde niat papepun sebab time tu memang mesej pasal kawan yang nak kawen tahun ni.

Aku: Awk bila nk kawen?


Dia: Sy tunggu awklah....Nk kawin ngn awk


Aku: Sy da tnang la awk...dgn org tmpt sy gak.(Aku mati akal sesaat dua pastu laju je jari jemari taip mesej cam2. Damn...dengan rasminya aku menjadi seorang penipu hari ni.)


Dia: Ngan budak X tu ke? (Dia macam tak puas ati je mesej lik)


Aku: Xla...dgn dia da 2 thn ptus.yg tu sebaya tp yg ni tua dr sy (konpiden je taip mesej camtu)


Dia: Tulah, dulu sy nkkan awk, awk jual mahal... Sy thulah sy ni xhandsome...


Aku: Dah dlm ati sy ada org lain...tunang sy pun xhandsome gak (dalam hati mamat ni cakap pasal hensem pulak dah, ko sendiri cakap ko tak hensem ye bukan aku)


Dia: Iyelah tu...dah bape lama awk tunang?


Aku: Baru je lg...doakan kekal jodoh dengan dia.


Dia: Ok

Kepada dia tersebut, saya takde niat pun nak tipu kamu. Tapi saya sangat2 rimas kalau kamu paksa or desak saya. Hati saya bukan untuk kamu setakat ni. Saya tak suka ayat kamu 'saya tunggu awaklah'. Macam saya ni dah bazirkan masa kamu bertahun-tahun sejak saya belajar lagi. Kamu mungkin tak maksudkannya, tapi saya tak suka.

Kamu baik.taklah teruk mana pun..cuma hati saya je yang tak boleh terima kebaikan kamu.

***************
Okey...tamat sketsa kehidupan. 

Teruskan hidup macam biasa. Kalau ada jodoh setidak suka manapun tetap akan bersatu. Kadang-kadang terpaksa menjadi seorang penipu untuk menyelesakan diri. Tapi tu hanya untuk kesan jangka masa pendek. Menipu kan tak berkat.

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak cite pasal Hukum-hukum Dasar Syariat Islam. Nak share takrif hukum yang selama ni kita dok sebut tapi takrifnya kadang-kadang terkeliru jugak.

Ilmu ni aku amek dari buku hasil penulisan Dato' Ismail Kamus bersama Mohd Azrul Azlen Abd Hamid yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat. Buku penerbitan Telaga Biru ni sangat bermanfaat sebagai panduan fardu ain yang lengkap bergambar. Memang tak bosan sebab gambar berkualiti dan mudah difahami.

Takrif hukum halal, hukum haram, hukum wajib, hukum sunat, hukum makruh, hukum harus, hukum sah dan hukum batal dalam syariat:

Takrif Halal
Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan, atau mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.

Takrif  Haram
Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. Hukum ini berlawanan dengan yang halal.
Contohnya: Makanan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan sebagainya. Perbuatan haram seperti memakan harta anak yatim, bertenung nasib, bergaul bebas lelaki dan wanita bukan mahram, berjudi, membuka aurat (kecuali yang diharuskan syarak) dan lain-lain amalan yang dilarang.

Takrif Wajib
Sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila meninggalkannya
Contohnya: Amalan solat lima waktu, puasa pada bulan ramadan, dan sebagainya.

Takrif Sunat
Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya
Contohnya: Solat sunat, bersedekah, puasa sunat dan sebagainya.

Takrif Makruh
Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa apabila mengejakannya.
Antaranya: Memakan makanan yang berbau seperti bawang mentah, petai dan segala makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk sehingga mengganggu jemaah lain dalam solat.

Takrif Harus
Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.
Antaranya: Makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya.

Takrif Sah
Sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak.
Contohnya: Antara syarat sah solat ialah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.

Takrif  Batal
Sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak.
Contohnya: Solat akan batal jika bergerak berturut-turut sebanyak tiga kali.

Terdapat huraian yang lebih detail kalau baca sendiri buku ni. Tak rugipun memiliki buku ni sebagai panduan sekeluarga.

Ha sape yang dok pegang tangan girlpren or boipren or bukan mahram....pun HARAM ye... Better p peluk anjang or babi, at least boleh samak. Ni memang sah-sah takley samak. (Itu apa yang selalu orang umpamakan dan itulah kenyataan, tak berniat nak kondem sape-sape pun ok..peace)

Assalamualaikum.....

Semalam aku sempat gayut dengan seorang kawan. Lamalah jugak bercakap sampai tak kusyuk nak berblog pun. Nak cerita sikit kisah kawan kepada kawan aku ni tapi takleh terlalu detailkan. Cuma sedikit perkongsiaan realiti kehidupan sekarang.

Kawan kepada kawan aku tu sedang berkawan baik dengan suami orang. Sedang merancang untuk berkahwin di luar Malaysia. Kawan aku? Tentulah menentang keras. Family kawan dia aku tak pasti, tapi tak kisah kot.

Aku tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni. Suami orang tersebut atau kawan kepada kawan aku. Ye la bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau sebelah pihak je yang respon takkan menjadi gak. Mungkinkah salah keadaan?

Dalam masa yang sama rasa macam nak salahkan isteri lelaki tersebut. Kenapa tak jaga keperluan suami sendiri? Kenapa membiarkan hati seorang suami terluka dengan sikap dan perangai sehingga terkalih perhatian kepada perempuan lain? Kenapa melawan cakap seorang suami yang baik? Kenapa tak sanggup berubah untuk suami dan anak-anak? Banyak persoalan yang bermain di benak hati aku.

Nak salahkan lelaki tu jugak, kenapa tak berjaya didik isteri jadi wanita yang baik mengikut acuannya. Mungkin kot si isteri terlalu keras hati untuk berubah dan mungkin dia terlalu lembut hati untuk mengubah. Hingga lahir beberapa orang anak tapi masih tak berjaya mendidik seorang isteri.

Nak salahkan kawan kepada kawan aku, kenapa biarkan hati menyayangi suami orang. Kenapa biarkan diri terbabas dalam kehidupan orang lain. Kenapa dan kenapa.....

Nak salahkan diri orang sekeliling sebab tak mampu mengubah pendirian kawan kepada kawan aku tu. Kalaulah aku mampu bawak kawan kepada kawan aku tu lari jauh dari kehidupan lelaki tersebut.

Mungkinkah lelaki tersebut ingin memiliki sebuah keluarga yang membahagiakannya? Dan berkahwin buat kali kedua menjadi pilihan dalam merealisasikan impian tersebut. Iaitu memiliki keluarga baru untuk dibentuk dengan sebaiknya.

Tapi bagi aku seorang isteri pun dia tak mampu nak didik dan handle macam mana dia nak kawen lagi sorang. Pecah tembelang dia nanti tak ke huru hara lagi keadaan sedia ada. Kesian dengan anak-anak yang bakal menjadi mangsa keadaan.

Kesian kawan kepada kawan aku nanti yang mungkin menyesal dengan keputusan yang dibuat. Ye la sekarang semua sanggup, tapi ke depan-depan lagi kita tak tahu apa yang bakal kita hadapi dan apa masalah yang bakal menimpa. Aku masih berharap itu bukanlah keputusan muktamad.

Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia. Mungkin itu jodoh dia yang terbaikkan. Sebelum ni pun dia buat sembahyang istikharah minta petunjuk menurut kawan aku yang cerita, mungkin petunjuk tu belum muncul lagi dan perlu Istiqamah. Bukan dan2 tu gak Allah beri petunjuk kepada kita. Kadang-kadang kita tak sedar pun.

Ye la umo macam kitaorang ni orang cakap dah wajib kawen. Tapi tu bukan alasan yang kukuh sampai nak kawen dengan suami orang. Just take a deep breath, relax. Life is still go on without a man. Better tak kawen daripada kawen dengan lelaki yang nanti menyusahkan kita sendiri.

Suami orang...sometime cara diaorang treat pompuan memang so romantic. Caring gile mana la tak cair hati gegurl. Nampak lak tu sikap bertanggungjawab yang ada. Ok aku bekukan ati.

Realiti kehidupan sekarang,  ramai gadis-gadis diluar sana yang berkawan baik dengan suami orang. For gegurl outside there and for myself too, please avoid yourself daripada memilih suami orang sebagai future husband. Run away as far as you can....

P/S: Jangan nak samakan kes Salih Yaacob tu pulak. Tu situasi yang berbeza. 


Entry ni adalah hasil ketidakpuasan hati aku terhadap sikap sesetengah manusia.  Tapi sebenarnya ikut suka diaorang le. Saje je nak tulis entry ni...suke suki je.

Okey2... Ye aku ngaku aku pun termasuk dalam golongan manusia tu kadang-kadang. Tapi cepat je insaf dan tersedar dah tersusahkan orang dan rasa bersalah siap minta maaf lagi bila perlu. Eh jangan salah anggapan, aku bukan nak cakap aku baik sangat ye. Kat bawah tu kejahatan aku. Wink2.

Terbengang bila ada orang suka terparking troli barang merata-rata tempat. Dan sangat terbengang jika merata-rata tempat tu adalah kat tengah-tengah jalan orang nak lalu lalang.

Kadang-kadang bile mood aku tak bagus, dengan tersengaja (sila buang imbuhan ter) aku dush...wat2 terlanggar troli tersebut dengan troli yang aku bawak. Pastu buat muka tak bersalah... Hahaha

Kalau aku punya mood bagus, maka dengan sopan santunnya aku akan tolong alihkan troli tersebut ke tepi. Tuan pembawa troli takkan tak paham2 kot, tengok je ke? Memang hati kering betol la manusia tersebut.

Mungkin diaorang tak sengaja kot, maklumlah nak cepat. Dok belek-belek barang parking je la mana yang sempat parking. Tapi diaorang menyusahkan orang lain dengan menyebabkan berlakunya jem disebabkan troli sebijik tu je.

Kadang-kadang puas aku belok sana sini nak mengelak troli sebijik tu. Haish kesabaran je la.

Troli-troli..... 

**Kadang-kadang walaupun beli barang tak banyak, suka amek troli sebab malas nak pegang. Rajin menolak. Kui3
Pernah tak rasa tak boleh terima bila ditinggalkan oleh seseorang. Rasa nak cari pengganti sebab nak lupakan someone je. Relevan ke buat macam tu? Bukan ke tu dah macam aniaya orang dan diri, cari someone sebagai pengganti untuk lupakan someone. Tak ke kejam macam tu?

Ni cerita sebenar tentang orang yang macam terdesak mencari pengganti. Orang tu tak la rapat sangat pun dengan aku.

Aku pernah korek apa ce dia putus dengan ex girl dia dulu sebab dia selalu cakap pompuan semuanya sama (macam ayat aku cakap lelaki semuanya sama..kui2). Okey aku ngaku aku memang macam penyibuk cikit nak taw. Curious apa yang berlaku sebenarnya.

So dia bukak la cite dia ngan ex dia dulu satu school, sejak school dia memang dah suka ex dia tu, tup-tup dapat kapel dengan awek dia. Dia cakap dia memang sayang gile awek dia tu. Dah ada perancangan nak tunang tunggu awek dia habis blaja je. Dia cakap memang nak nikah la dengan awek dia tu.

Tapi dia pun buat pengakuan dengan aku, dia dengan ex girl dia memang pernah terlanjur. Tapi dia cakap dia memang nak bertanggungjawab sebab dia sayang awek dia tu dan takkan tinggalkan awek dia. Aku agak sentap jugak la orang buat pengakuan macam tu kat aku kan.

So aku tanyalah, habis tu kenapa awak boleh putus pulak? Ye la kalau aku jadi pompuan tu aku takkan lepaskan lelaki tu senang-senang lepas apa yang terjadi (mintak dijauhkan). Dia jawab pompuan tu bakal berkahwin dengan orang lain hujung tahun nanti (time tu awal tahun).

Wah apa kes ni apasal nak kawen ngan orang lain pulak. Dia bagitaw lagi ex awek dia tu kena tangkap basah masa tengah praktikal dengan lelaki lain. So ex awek dia kena kawen la dengan laki tu. Kiranya dia cakap ex awek dia tu memang curang la.

So aku pun percaya je la cite dia tapi taklah seratus peratus. Kita tak tahu perkara sebenar buat apa nak caya lebih-lebih. Ye dak?

Tetiba lak tengok status kat fesbuk dah in relationship with someone. Wah baguslah sebab aku cuak dia tu dendam dengan pompuan macam pelik je. Dulu selalu sebut nak balas dendam kat ex dia tu. Dah puas aku membebel tak ada kesan. Dia sengaja nak perhatian ke apa tak tahulah apa masalah dia. Aku ni macam kaunselor pulak dah.

Dalam hati semoga awek baru ni mampu membahagiakan dia. Tup-tup tengok dah berubah single, pastu kat status macam-macam la ayat jiwang apa tah cakap sampai hati buat macam tu la, salahkan orang tu la, salahkan orang ni la. Aku sebagai seorang kawan nak salahkan dia pun tak boleh. Just bagi nasihat lupakan je dan mulakan hidup baru.

Untuk pengetahuan dia yang aku dok cite ni memang good looking, sedap mata memandang. Silap perhitungan memang cair la gegurl tengok. Pastu dengan skill pandai menyayat lagi. Memang perfect nak buat gegurl jatuh hati kat dia. Gaya seorang lelaki buaya darat romantik...

Da senyap macam tu je pas dah bercerai dengan awek yang baru tu. Tapi....tak sampai sebulan tengok dah dapat awek baru lagi. Hamboi senangnya tukar awek macam tukar baju lak. Yang sakit mata sikit, setiap kali ada awek dia akan upload pic ngan awek dia tu. Dan ada la pic yang agak sakit mata, mesti nak pegang-pegang tangan or peluk pinggang. Haish.

Tak sampai 3 bulan tengok dia bersayang-sayang, adik, abang, clash lagi dengan awek  terbaru dia tu. Kali ni pun sama perang besar kat dalam fesbuk tu. Hentam menghentam, kata mengata, salah menyalahi berlaku tanpa ditapis-tapis.

Dari apa yang dia tulis, awek dia tu curang. Awek dia tu hanya amek kesempatan je sebab dia yang tolong carikan keje dan sebagainya. Mungkin awek dia tu dah jumpa lelaki lagi baik kot. Putus...mula la ungkit tu, ungkit ni. Pernah sponsor beli itu, beli ini semua terkeluar. Adoi tak malu tol gaduh trang tang-tang macam tu.

So kesimpulan yang boleh dibuat? Lelaki ni memang bermasalah ke apa? Ke dia memang mangsa keadaan. Ke dia memang suka dimangsakan. Mungkin dia rasa sunyi kot so setiap kali putus harus ada pengganti. Kasihan...ish3.


Pstt...sekarang dia da ada awek baru lagi... Harap yang ni bertahan la sampai ke jinjang pelamin. Amin.

Memang aku kampung girl, tak reti bersosial macam orang lain. Aku punya cara hidup aku sendiri, aku punya harga diri yang perlu dijaga.

Memang aku kampung girl, kadang-kadang agak kolot. Semua benda baru takut nak cuba. Semua aku buat macam sentiasa berwaspada. Tapi aku bukan pengecut.

Memang aku kampung girl, ganas semacam tak macam gadis-gadis yang lain. Semua benda aku nak buat sendiri kalau boleh. Kenapa nak sakit hati?

Memang aku kampung girl, pakai comel dan kemas macam mana pun aku tetap nampak serabut. Tapi aku bukan seorang yang pengotor.

Memang aku kampung girl, nampak macam tak tahu apa tapi aku tak buta IT, tengok ada blog sendiri lagi... So wat?

**Kredit buat 'teman terbaik' yang menaip entry pendek ni. Time kasih, I publishkan je.. Huhuuu njoy..

Assalamualaikum semua...


Baru ingat nak membalas kunjungan rakan-rakan yang singgah dan memfollow kembali sesiapa yang meninggalkan jejak. Tapi button followernye nggak muncul.

Banyak cara nak follow tapi aku lebih suka tekan button follow yang ada list follower tu. Rasa cam tak best je follow guna cara lain kecuali blog tu memang tak tunjuk follower dia le.

Semalam ngantuk tahap gaban so sudahnye tertido depan lappy, ari ni nak sambung membalas kunjungan la konon2, spoil pulak follower tak nampak batang idung pun.

Tahun ni dah banyak kali blogspot wat hal. Reading list tetiba takde la, entry hilang la, komen hilang la, follow button takde la. Mungkin dia tengah maintenancekan apa yang patut kot, maklumlah pengguna blogspot ni bukan makin berkurang tapi makin bertambah.

Takpelah cari mood nak karang entry yang tertangguh dulu la, pastu da okey baru merayau-rayau kat blog. Papepun hepy blogging.
Hai semua... Nama saya Putih. Umo saya tak tahu la berapa sebab masa tuan saya amik saya saya dah besar cikit. Agak-agak dalam setahun atau lebih cikit camtu kot. Tuan saya jumpa saya kat surau lama. Masa tu saya kurus kering sebab tak cukup makan

.

Tuan saya kesian dan mengambil saya untuk dibela. Sejak tuan saya bela saya, saya dah makin montel. Tuan saya bagi saya makan ikan rebus dan saya sangat suka ikan rebus. Saya tak makan ikan tak dimasak lagi tu. Eeee hanyirlah..:)

Kadang-kadang tuan saya mandikan saya dan bersihkan telinga saya. Saya sangat bersih walaupun bulu saya berwarna putih. Erm...mungkin sebab tu nama saya putih sebab warna bulu saya lebih banyak putih.

Dulu tuan saya ingat saya ni seekor kucing betina tapi sebenarnya saya seekor kucing jantan. Haha orang terkeliru dengan jantina saya.

Saya sangat suka bermain dan bermanja dengan manusia. Tapi saya tak reti nak simpan kuku saya, jadi bercalar la sape-sape yang rajin melayan saya tu. Bulu saya pun gugur, em mungkin kena guna syampu Pantene hair fall control tu kot. Hik2.

Kalau tuan saya pegi mana-mana saya suka ikut dia jalan. Saya suka temankan tuan saya kat luar rumah, tengok tanaman ke.Tengok tupai or monyet. Tapi saya takut monyet tu.

Saya seekor yang penikus, kalau nampak tikus atau cicak atau benda bergerak saya akan kejar dan cuba menangkapnya. Saya suka bermain-main sehingga mereka lembik dan tak bernyawa tapi saya tak suka pun nak makan mereka.Saya suka bermain-main je.

Korang cuba la teka apa saya sedang lakukan kat tetamu tuan saya ni? Nanti tuan blog akan bagitaw apa sebenarnye berlaku..:)
Assalamualaikum semua...

Tadi tengok lori alam flora lalu mengangkut sampah sarap kat kawasan sekitar pekan ni. Bau dia toksah citer la...memang 'harum semerbak'. Kalah  perfume korang yang mahal tu.

Sebenarnya tengok lori sampah alam flora tu tetiba teringat lori sampah kaler pink masa kat highway on da way balik dari kampung dulu.
sempat la snap picture lori tu sebelum dia berdesup hilang dari pandangan
Yang tak boleh blah lori sampah tu kaler pink. Bukan fully pink tapi ada la pink kat belakang lori tu. Kompeni apa la ada lori sampah kaler pink agaknya. Yang pasti bukan alam floral punya.
akhirnya berpecah....haha bye2...
Bertambah-tambah tak boleh blah driver dia bawak laju nak mampos... Aku rasa mencecah 140 k/m ataupun lebih. Gile ke apa, habis semua kenderaan dia nak potong, memotong dari sebelah kiri lak tu. Kat mana agaknya dia blaja lulus undang-undang mencilok2 kejap dok lorong kiri, mencilok tengah, pastu kanan. Sat g kiri balik. Tak reti bagi signal pulak tu.

Dan bertambah-tambah menambah tak boleh blah, ada ke patut driver dia jelir lidah kat aku. Hampeh je sempat lagi tu. Kot ye pun bangga dapat potong dari kiri keta yang aku naiki berkelajuan 110 k/m, tak payah la sampai nak jelir lidah. Buruk bebenor haih.

Bila teringat balik rasa macam lawak le pulak. Apa ke halnye dok jelir lidah kat aku. Rugi la tak dapat snap picture time dia tengah jelir tu. Huahaha.
Eh kau nape aku ngorat awek tu takde respon pun? Takde perasaan pe awek tu? Ntah-ntah lesbian. Amboi2 sedap mulut berbicara, sebelum membuat sebarang kenyataan silalah periksa diri sendiri dolu hokey. Mungkin dah berlaku kesilapan dalam proses mengorat tersebut. Hanya perempuan tu yang tahu.

Kesilapan/kesalahan lelaki ketika mengorat :

Terlalu memuji 
Sape yang tak suka dipujikan? Tapi berpada-padalah, jangan over sangat nanti pompuan akan fikir korang tu jenis yang bermulut manis lak.

Terlalu menunjuk kebaikan
Contohnya suka bercerita tak pernah tinggal solat la, taat kat mak ayah la. Bercerita boleh tapi jangan terlebih-lebih je. Meluat pulak jadinya nanti. Nanti kalau dah jadi hak korang, cite la banyak manapun, sure bangga je dengar.

Gelojoh
Bukan setakat makan je gelojoh, nak tackle awek pun gelojah. Apa kehalnye... Ikutlah step by step nak tackle pun. Mula-mula berkawan la dulu kenal hati budi, da berkawan carilah peluang untuk ke next step. Kalau ada jodoh insyallah ke jinjang pelamin.

Tak istiqamah
Eh nak mengorat pun kena istiqamah gak ke? Ye la...korang kenalah berterusan amek berat dan cuba tawan hati si dia. Selalu tanya khabar dan jangan kejap kontek, kejap tak. Macam tak serius je.

Terlalu merendah diri
Pompuan suka lelaki yang humble, tapi tak confident dengan lelaki yang terlalu humble. Ye la macam mana nak jadi ketua keluarga nanti kalau terlalu merendah diri.

Ambil kesempatan
Amboi bagi betis nak peha. Belom apa-apa dah nak pegang tangan la, apa la. Apa kejadahnye? Mahu dapat pelempang free kang. Tak pun kena baling dengan kasut ke. Garangnye....grrr

Egois
Ego tak kena tempat beb. Suma nak betul kat dia je, habis tu orang lain salahlah. Kalau nak ego pun bia la kena tempat.

Tak ambil berat/peka
Langsung tak bertanya khabar pun. Dan langsung tak peka dengan emosi pompuan. Kalau pompuan cakap tak sihat, macam takde apa pun. Adoi memang tak peka cahaya la. Boleh wat dek je.  Asyik salah time je. Time pompuan sedih korang buat dek je, alasan kenapa tak bagitaw tengah sedih? Tak semua pompuan jenis berterus terang, kalau yang jenis berkias-kias tu buka la mata hati luas-luas. Time orang tengah rimas, sibuk pulak nak mesej la, col la. Ikhlas ke tak nak kawan tataw le dah macam tu gayanye.

Dan banyak lagi kesalahan lain yang setiap orang ianya berbeza-beza, fikirlah sendiri...huhuu

**Seorang perempuan kalau dah bercinta, dia kalau boleh nak itu lah cinta pertama dan terakhir. Tapi kalau dah putus dan ada orang lain yang diterima, cinta pertama tetap ada dalam hati tetapi cinta yang baru menjadi keutamaan. Tapi tak semua gak kot macam tu. Manusiakan....
Assalamualaikum semua....

Pernah rasa tertekan dengan kehidupan yang semakin mencabar sekarang ni? Of cos le setiap orang ada perasaan tersebut, cuma tahap tekanan dan cara setiap orang meng'handle perasaan tersebut berbeza-beza. Ada yang masalahnye sebesar-besar alam dan ada masalahnye yang sekecik2 kuman tuh. Yang menjadi masalah apabila orang tu tak mampu handle perasaan tersebut sampai sanggup melakukan sesuatu di luar batasan seorang manusia yang normal.


Aku tidak mahu berada dalam golongan tersebut. Kalau ada anak, sanggup campak anak keluar dari tingkap rumahlah. Ada yang bunuh diri, bunuh orang pun ada. Makhluk paling gembira mestilah syaitan sebab dah menang dalam mengkacau bilaukan perasaan manusia. Tapi yelahkan kat Malaysia ni tekanan hidup makin tinggi sebenarnya. Mungkin ada yang tak sedar.
bunuh diri bukanlah pilihan yang tepat.ianya bukanlah penyelesaian kepada semua masalah malahan menambahkan lagi masalah yang ada. itu bukan penyelesaian terakhir bagi kehidupan kita.
Cubalah positifkan diri seboleh yang mungkin. Kecewa? Semua orang pun pernah kecewa. Kecewa dalam percintaan, dalam pelajaran, dalam pekerjaan dan dalam apa je la yang kita buat. Tak sama kekecewaan si A dengan si B. Lain kekecewaan si B dengan si C.

kecewa adalah normal untuk kita . sangat normal memiliki perasaan kecewa tapi jangan keterlaluan melayan kekecewaaan tersebut kerana ada pihak yang tidak nampak bakal membisikkan sesuatu yang tidak elok kepada kita.
Jangan biarkan kekecewaan membuatkan kita hilang pertimbangan. Diri kita, hanya kita yang tahu dimana kekuatan kita. Carilah kekuatan tersebut dan jangan pedulikan apa yang orang lain fikirkan mengenainya. Jangan pedulikan ni tak bermaksud ignored je semua, sebab yang baik kita terimalah dengan hati terbuka, cuma yang tak baik tu janganlah dipedulikan. Yang kita tak mampu pun kadang-kadang abaikan. Orang selagi tak pernah alami apa kita alami, dia takkan faham. Ataupun dia pernah alami tetapi dia berjaya mengharunginya, nak samakan kita dengan dia lak. Tahu bercakap dan menyalahkan je kejenye.

Kita haruslah memandang ke depan dan apa sahaja yang telah berlaku lupakan jika tidak mendatangkan kebaikan. Kita berhak untuk hidup dengan lebih baik. Kita berhak mendapat peluang yang lain.
pandang ke hadapan. pedulikan apa sahaja perlian dan umpatan orang terhadap kita. .
Kalau rasa macam hidup kita susah, sebenarnya ramai lagi yang lebih susah. Ada yang tak ada family, hidup bergelandangan, makan pun tak ada. Sekurang-kurangnya kita masih punya family, tempat tinggal dan tak pernah kelaparan.
ramai lagi yang lebih susah daripada apa yang kita alami. mungkin selama ni kita hanya memandang ke atas tetapi lupa memandang ke bawah.
Kalau rasa sakit kita paling teruk, ramai lagi yang menghidap pelbagai penyakit kronik. Ada yang dalam keadaan koma, lumpuh, tak mampu uruskan diri. Sekurang-kurangnya kita masih bernyawa, mampu bergerak dan menguruskan diri sendiri. Mungkin agak terhad tapi masih mampu meneruskan hidup.
setiap penyakit ada penawarnya. berusaha melawan penyakit bukanlah semudah yang disangka tetapi  kita harus hidup dengan baik dan mencuba selagi ada harapan, selagi masih bernafas.
Kalau rasa diri paling tak bertuah, ramai lagi yang tak bertuah. Berapa ramai yang masih mencari pekerjaan tapi tak dapat, yang tak mampu bekerja pun ada. Kita sekurang-kurangnya diberi lagi peluang untuk terus mencuba dan mencuba walaupun seringkali gagal. Gagal tu tandanya usaha belum cukup lagi dan belum rezeki kita. Sentiasalah berprasangkalah baik bahawa ada rezeki yang lebih baik menunggu kita dan kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatnya.
kura-kura pun tak bernasib baik sampai terbalik macam ni. kita pun sama je la,kadang-kadang terjatuh tapi kenalah bangun semula. jangan biarkan diri 'lumpuh'.
Banyak lagi cara dan motivasi untuk mempositifkan diri. Cuma jangan sesekali membandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan serta kekurangan yang tersendiri. Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi lebih baik walaupun dimata orang tiada apa yang berubah. Keep it up.

Assalamualaikum semua...

Lelaki ada teruna ke tak, boleh detek ke? No komen. Ni kang kalau komen lebih-lebih da jadi 18SX pulak dah nanti. Uish tak kuase...

Wahai gadis-gadis diluar sana apa korang akan lakukan kalau korang dapat tahu bakal suami korang dah tak ada teruna, dengan erti kata lain dah pernah terbuat maksiat atau mungkin tercurang. Sila buang perkataan TER.

Ada seorang lelaki yang pernah tanya kat aku soklan cepumas tu. Masa tu dia dah bertunang dan sedang menghitung hari nak berkahwin. Lelaki tu ialah kawan aku merangkap abang angkat aku.

*************

Dia : Abang nak tanya kat sha ni, tapi sha jawab la jujur dan jangan marah abang pulak.

Aku : Nak tanya mende? Tanya je la, kalau sha boleh jawab, sha jawab le. Soklan pe tu sampai buat orang marah?

Dia : Okey, tapi jangan marah ek. Kalau tunang sha pernah terlanjur dengan orang lain, sha boleh terima tak? Sha rasa patut ke tak bagitaw kat bakal isteri tentang perkara tu?

Aku: (terkedu...agak-agak apa aku jawab?)
*************
eh...malu ke?

Kalau korang jadi aku, apa korang jawab ha? 

Adakah korang akan jawab patut bagitaw sebab dah kira macam menipu kalau tak bagitaw.

Ataupun tak payah bagitaw sebab takut nanti bakal wife tak boleh terima.

Ataupun tanya sebab kenapa boleh terlanjur, create alasan yang logik untuk yakinkan bakal wife bahawa tu adalah masa lampau dia yang khilaf dan sekarang dia dah insaf.

Nak jawab apa weh? Kenapa tanya soklan pelik kat aku... Ngee....

Banyak sebab kenapa seseorang itu terlalu sukar menerima cinta. Tak kisah la cinta untuk pertama kali ataupun kedua ataupun yang seterusnye. Banyak perkara yang menjadi rintangan dalam menerima cinta daripada orang lain. Antara sebabnya termasuklah:

Takut kecewa
Yup bak kata pepatah 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'. Dalam hal cinta 'kalau takut kecewa, tak payahlah bercinta'.


Menguji tahap keikhlasan
Cakap memang la senang je. Tapi sejauh mana keikhlasan si dia tersebut kita tak tahu. Kadang-kadang kita sedang menguji tahap keikhlasan dan kesabaran dia.


Dalam proses mengenali hati budi
Sedang menyelami hati budi si dia. Yup jika si dia seorang yang ikhlas, bertanggungjawab, tak salah untuk belajar mencintai orang tersebut.


Tidak mahu pisang berbuah dua kali
Trauma dengan kisah cinta lalu yang menjadikan hati tepu terhadap cinta. Hati telah hilang rasa untuk menerima kehadiran lelaki/perempuan lain.



Hidup dengan kenangan lama
Dengan erti kata tidak mampu melupakan segala kenangan bersama bekas kekasih. Tidak sanggup membiarkan tempat tersebut diganti dengan orang lain. tapi kalau jumpa yang baik, gerenti selesai masalah.


Takut tersalah membuat keputusan
Takut pilihan yang dibuat tidak tepat. Takut jika lelaki/perempuan tersebut hanya bermain dengan kata-kata dan hipokrit selama berkawan dengan kita. Takut kita hanyalah pilihan dia yang terakhir. Takut dia tak serius dengan kita.

**Walau apapun alasannya, perlu memberi ruang kepada diri menerima cinta. Belum cuba belum tahukan?

Pepatah menyatakan 'buat baik dibalas baik'. Habis tu kalau buat jahat, haruslah balas jahat gak kan? Tak boleh pulak ke macam tu? Habis.....macam mana lak dah? Eh apa ni berperibahasa le pulak.

Ni apasal tetiba aku macam nak meroyan je ni. Mana taknye malam semalam (17 Jun 2011) celcom buat hal. Tak ley connect berukband. Aku ingatkan sebab bil tertunggak dia sekat talian. Maklumlah sejak online customer service dia bermasalah aritu tak pernah lagi bayar bil. Col celcom careline pagi tadi dia cakap celcom memang problem malam tadi. Maknanye semua sekitar KL yang guna berukband  celcom, korang jadi beruk sekalipun memang tak dapat connect. Okey setel masalah.
celcom berukband?

Perkara berikutnya buat aku meroyan bila aku drive ada la pulak yang spoilkan mood aku  hari ni. Jarang woo aku nak tekan hon sesuka ati kat orang. Apa kes ni sampai nak hon-hon. Masa blaja memandu dulu kan dah diajar hon bila perlu je, tak boleh suka-suka ati je nak bagi hon.

Kesnye ialah kete aku drive asyik kena himpit. Memang sipi-sipi je nak dumm damm. Aku lak tengah pecut, gila hape kalau tak sempat brek camne?

Semua kes berlaku kat traffic light. Kes pertama sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan. Depan cikit je ada traffic light dan memang simpang empat. Dah dekat traffic light kebetulan hijau so aku pun pecut la sebab traffic light tu cepat je hijaunye. Ada tiga lorong, aku kat lorong tengah. Kisahnya bas tu pun nak jalan sebab memang hijau pun kan, so aku dengan baik ati terus masuk lorong kanan sekali sebab dalam ati bia la bas tu amek lorong tengah tu. Macam tak sabar-sabar je dan aku pun malas nak brek mengejut. 

Apa yang berlaku bas tu sebenarnya nak masuk simpang ke kanan, aku tak terfikir langsung dia terus nak pergi kanan dan aku tak nampak pun signal dia bagi sebab time tu aku kat tengah2 bas bukan kat belakang bas.Ada ke bas tu pancung depan aku dan menghimpit kete aku bawak, sipi2 je kot. Mujur aku tak terkedu dan sempat tekan brek secara mengejut. Pastu spontan tekan hon. Pastu tekan minyak dan jalan even dah merah. Cis mentang2 ko tengok pompuan yang drive berani ye nak pancung2. 

Kes kedua pun berlaku kat traffic light jugak. Kali ni teksi pulak dah. Aku kat lorong kanan sekali, teksi kat lorong tengah. Bila hijau aku pun macam biasa pecutlah, kekurangan ajaran betol teksi tu tetiba pancung depan aku dengan tak bagi signalnya, tak bagitaw intention langsung nak tukar lorong. Terkejut aku, mujur takde sakit jantung ke apa ke. Mujur sempat brek mengejut. Hambik ko kan dah dapat hon free. Sellfish punya orang, pakai kopiah macam alim je, tapi tak bersopan langsung. Kot ye pun cari jalan or salah lorong, please la bagi la signal. Bukan susah mana pun, ko tak sayang nyawa ko sudah, tapi fikir la orang lain. JUAL IKAN betol..huh

Ok tamat sesi meroyan.... sesi emosional terlampau...


Assalamualaikum semua...

Tak habis-habis pasal Nora Elena lagi ye. Ala minggu ni dah lastkan, mujur berkesempatan nak menengok last episod Nora Elena. Episod sebelum-sebelum ni asyik terlepas aje. So tengok online le jawabnye.

Apa yang best pasal Nora Elena? Aku tengok sebab teruja kisah dari novel diadaptasi ke drama. Ye la selama ni baca novel, sok seh sok seh je feeling dok imagine jalan cerita. Kali ni bila dah didramakan tak yah nak imaging, tengok je. Tersentuh hati beb.

Ramai yang kondem gak pasal jalan cerita Nora Elena ni. Antaranye....

1. Bukan semua lelaki bertubuh sasa dan berbadan tegap macam SeTan Seth Tan tu. Mana la larat nak gendong wife. Dibuatnya wife lagi berat dan besar dari hubby, apa kes pulak? Ada gak masuk lam paper jadi tajuk utama kang patah pinggang la, apa la. Haish....

2. Bukan semua lelaki sekaya SeTan Seth Tan tu. Everything boleh bagi kat wife. Tiap-tiap ari bagi fresh flower kat wife pun small matter je bagi dia. Ingat murah ke harga fresh flower? Mahu kopak kalau hubby keje biasa-biasa je.

3. Penyabar tahap terlampau. Wujud ke lelaki sepenyabar SeTan Seth Tan tu? Mungkin wujud tapi satu dalam sejuta kot. Aisey laki sekarang mana ada tahap kesabaran macam tu le. Ye dak?

4. Romantik je?  So sweet layan wife macam tu. Susah ooo nak dapat laki macam tu. 

Malas aden nak fikir dah point berikutnya. Semua pun dapat fikir dan rasakan? 

Aku akui aku seorang pembaca novel yang tegar dulu. Sekarang je dah lama tak melayan novel sebab takde masa dan takde stok novel. Memang kadang-kadang hanyut dengan jalan cerita dalam novel dan watak-watak macho lelaki yang digambarkan, tapi still berpijak dibumi yang nyata okey. 

Lelaki yang wujud dalam hidup kita takkan seperti apa yang tergambar dalam novel tersebut, maka terimalah dengan seadanya dan tak perlu dibandingkan dengan watak didalam novel or drama.

**waiting.....Nora Elena....:)
Assalamualaikum semua....

Hari ni jadi jakun jap tengok multifunctional body scale yang boleh timbang berat n ukur tinggi n kira lemak n tekanan darah. Amenda tah nama benda alah tu yang sebenar tataw la. Sebelum ni nampak mesin tu buat dek je tapi hari ni excited pulak nak menerai. Mesin yang aku maksudkan mesin macam dalam pic kat bawah tu ha.
Mesin ni memang made in china. Guna touch screen and ada suara. Korban singgit sebab nak menerai, sekali sekala apa salahnye kan.

Body Fat Index tak boleh counting sebab aku gatal bergerak-gerak dah error, so continue next step terus je setelah 3 kali mencuba tetap error. Dah membazir singgit haruslah printkan buat sampah simpanan.

Ni hasilnya....

Cikit je lagi nak mencecah ideal weight. Halal berhalal je la kan...

Sape-sape yang tak tahu macam mana nak kira BMI meh sini aku ajarkan. Mudah je, formulanya ialah:

Berat (kg) / Tinggi (m) X Tinggi (m)

Contoh  berdasarkan maklumat seperti atas tu: 
42.8kg / 1.55m X 1.55m
= 42.8 / 2.4025
=17.8

Tinggi musykil sebab apasal makin pendek lak ni? Terkurang bape cm ni, dah start osteoporosis dah ke. Alamak pasni sokmo kena minum susu le ni. Mungkin gak tertunduk kot time tu.

Kadar denyutan nadi (jantung) manusia yang normal adalah dalam lingkungan 60 - 100 denyut/minit. Oke la tu kot.

Blood pressure memang  aku tak reti nak baca and memang tak paham macam mana orang cakap tekanan darah ni normal, ni tinggi, ni rendah. Tapi rasanya tahap normal tekanan darah bergantung kepada umur jugak. Sape-sape yang pro boleh tolong explain pasal ni. Tengok penanda aras dia bagi tu less than 150/90 normal la kot. Then ke than.

Benda ni tak la tepat pun, lebih kepada suka-suka. Kalau nak yang  tepat jom sama-sama kita lakukan pemeriksaan kat klinik-klinik yang terdekat. Boleh dapatkan nasihat mengenai kesihatan lagi daripada doktor-doktor yang bertauliah. Nak tanya apa-apa yang musykil pasal kesihatan pun boleh. Mesin macam tu, dia tahu membebel je la. Tanya apa sure dia tak jawab punya.

Kadang-kadang kita alpa dengan benda-benda simple seperti contoh tahap kolestrol. Ye la orang selalu ingat orang kurus tak ada kolestrol, orang gemuk je yang ada kolestrol. Salah tanggapan tu. Orang yang kurus kering macam cicak kubing tu pun ada yang tinggi kolestrol  dia, jangan tak caya pulak.

Sebenarnya apa yang aku nak cakap kat sini, jom sama-sama jaga kesihatan kita dan ambil tahu perkara-perkara asas mengenai kesihatan tubuh badan kita. Tajuk entry tu takde kaitan kot.LOL 
Assalamualaikum semua....

Lamanya tuan punya blog ni menyepi dirikan. Last entry macam tengah frust je, macam baru putus cinta je. Sebenarnya tu cerita lama la, da dekat dua tahun. Putus cinta normal la kan?

Sengal nak buat entry yang jiwang karat,  macam tu la jadinya. Ter'feeling pulak sekali. Putus cinta best ke? Kalau la taw bercinta separuh jalan macam tu memang takkan bagi ruang dalam hati untuk belajar mencintai orang. Ye dak?

Tapi kalau difikirkan kita cuma memberi ruang untuk diri belajar menyayangi orang lain selain keluarga dan kawan-kawan. Cuma belajar menyayangi separuh jalan je. Haha

Kalau ada jodoh aku dan dia, Insyaallah aku yakin cinta aku dan dia akan bertaut kembali. Sayang dan cinta tak semestinya bersatu. Masing-masing dah bawa haluan sendiri dan dah ada kehidupan sendiri.

Tutup buku lama, buka buku baru. Tak mudah tapi sentiasa perlu mencuba yang terbaik.

Serik bercinta? Ntah tak dapat jawab soalan tu, tapi da sampai masa memberi peluang kepada diri untuk belajar sekali lagi menerima orang lain dalam hidup.

**sebenarnya bz meneruskan hidup.paham2 la musim cuti sekolah ni.blog pun ditinggal2.
Cinta itu sungguh rumit. Kenapa rumit sedangkan ramai diluar sana senang-senang je boleh jatuh cinta dan sekelip mata boleh lupakan kekasih lama dan menerima cinta yang baru.

Ya ramai tapi tak semuakan macam tu. Masih terdapat sebilangan yang mengambil terlalu lama masa untuk kembali kepada keadaan asal (tidak akan seperti asal). Diulangi tidak akan seperti asal.

Satu ketika dulu janji cinta dibuat, kata sayang diucapkan, janji setia bersama dilafazkan. Hati mana yang tidak gembira dan bahagia, insan tersayang memberikan kata-kata manis yang menusuk jauh di lubuk hati.

Tapi dalam menggenggam secebis kebahagiaan itu, diri sendiri tertewas dengan keadaan sekeliling. Sayang yang tersimpul rapi terpaksa diuraikan. Kasih yang sedang mekar terpaksa dibiar layu.

Dalam memberi ruang kepada diri untuk berdiri mencapai cita-cita yang sampai sudah tak kesampaian, hati tewas.

Kekecewaan menjadi berganda, cinta dan cita-cita kedua-duanya musnah. Sedangkan keduanya adalah perkara yang berbeza yang tidak perlu dicampur adukkan. Tiada jalan untuk berpatah semula, tegarkan hati terus memandang ke hadapan. Walaupun kadang kala menjeling ke belakang.

Proses bangkit yang mengambil masa terlalu lama. Keperitan yang dirasa yang mengambil masa untuk kesembuhan (takkan sembuh).

Seperit mana kau rasa hati, kau harus tetap tabah. Jangan biarkan kau jatuh tersungkur hingga tidak mampu berdiri lagi.

Setiap kali aku ingin bangkit, setiap kali itu jua air mata menjadi teman setia.  Semakin  ingin dilupakan semakin menghantui, keperitan di hati semakin menebal...:(

Keliru dengan hati dan perasaan sendiri dan sentiasa menjadi seorang yang sangat rumit di mata seorang lelaki bukanlah perkara yang terbaik. Kehidupan tetap perlu diteruskan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sama ada kau hipokrit atau tidak wahai hati, kau WAJIB berusaha melupakan segalanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative