Assalamualaikum semua...

Wah nak join segmen lagi. Kali ni segmen oleh Terbelog lak. Dah jadi follower dia dah and dah lama nak join segmen ni tapi asyik jadi follower yang nombor tak bape cantik je. Cuma pagi semalam time kelam kabut sempat online kejap dan sempat jadi follower yang pada aku nombor dia marvelous... Terus print screen and save.

Ni hasilnye....


Tak kisahkan compilekan dua sekali?

Hanya nombor 1 dan nombor 9 je yang terlibat, kedua-duanya nombor ganjil. Memula nombor 1 menjadi pengapit nombor 9, kemudian nombor 9 pulak yang menjadi pengapit nombor 1. Cantik nombor memula dan akhir jadi pengapit ni. Korang ingat pengantin je ke ada pengapit? Har3.

Okey la, kepada sape-sape yang jumpa nombor lawa dan rasa nak menjoinkan diri, silalah klik di sini.


Assalamualaikum semua....

Ari ni melapangkan masa untuk menjoin segmen terbaru cik joker gurl. Sape-sape blogger wanita (lelaki tak terlibat ye) yang berminat nak join silalah --->http://jokegurl.blogspot.com/2011/05/mencari-blogger-wanita.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut syarat-syarat penyertaan.

Tapi kepada yang nak join cepat sebab tarikh tutup  pukul 12.01AM hari Isnin 30hb May 2011.
cinta itu tiada batasan dan tiada sempadannya....cinta itu sangat universal...cik aisha

Adakah kamu pernah rasa tapak tangan kamu berpeluh, hati kamu berdebar-debar dan suara kamu seolah-olah tidak terkeluar?
Itu bukan cinta, itu adalah rasa. 

Adakah kamu sentiasa mahu memandang matanya dan memegang tangannya?
Itu bukan cinta, itu adalah nafsu.

Adakah kamu  menunjuk-nunjuk dan rasa bangga kerana dapat memiliki si dia sebagai kekasih?
Itu bukan cinta, itu adalah bernasib baik.

Adakah kamu menerima seseorang sebagai kekasih kerana  mereka sentiasa berada di sisi kamu?
Itu bukan cinta, itu adalah kesepian.

Adakah kamu kekal bersama si dia kerana tidak mahu menyakiti si dia ?
Itu bukan cinta, itu adalah sayang.

Adakah kamu menjadi milik si dia kerana pandangan mata si dia yang membuat jantung kamu berdetak? 
Itu bukan cinta, itu adalah kegilaan.

Adakah kamu memaafkan kesalahan mereka kerana kamu amik berat tentang mereka? 
Itu bukan cinta, itu adalah persahabatan.

Adakah kamu memberitahu mereka setiap hari bahawa mereka adalah satu-satunya yang kamu fikirkan? 
Itu bukan cinta, itu adalah pembohongan.

Apakah kamu rasa sakit hati ketika mereka sedang sedih? 
Maka itulah cinta.

Adakah kamu menangis untuk rasa sakit mereka dan buatkan mereka lebih tabah?
Maka itulah cinta.

Adakah mata mereka mampu melihat hati kamu, dan menyentuh jiwamu begitu dalam sekali? 
Maka itulah cinta.

Adakah kamu menerima kesalahan mereka kerana itu adalah sebahagian daripada diri mereka? 
Maka itulah cinta.

Adakah kamu membenarkan mereka untuk meninggalkan kamu, bukan kerana mereka ingin tetapi kerana mereka perlu buat begitu? 
Maka itulah cinta.

Rasa cinta tidak semestinya kepada kekasih semata.


Assalamualaikum semua...

Hari ni terlebih rajin menjoinkan diri dengan segmen abgteror lak. Terbuka kepada 500 penyertaan sahaja. Sape nak join sila klik sini.

Soalan-soalan yang perlu dijawab ialah:

1. Dimana anda dilahirkan?
Saya dilahirkan di sebuah kampung di negeri Perak

2. Dimana anda dibesarkan?
Saya dibesarkan di kampung bersebelahan tempat lahir saya di Perak

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Perak

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Sebab saya dilahirkan dan dibesarkan di negeri tersebut walaupun saya tidak lagi menetap di negeri tersebut. Masih ramai saudara mara yang menetap di negeri tersebut dan kampung halaman saya memang kat negeri tersebut.

Sekian, saya yang melaporkan.

Yang Benar,
Cik Aisha

**Apasal tetiba skema je ni. 


Assalamualaikum semua....

Hari ni cik aisha nak join Joker Gurl punya segmen. Sape-sape nak join cepat sebab penyertaan terhad kepada

100 bloglist je.

Sape nak join dan nak tengok syarat penyertaan boleh lklik sini.


Sekian terima kasih...

Assalamualaikum semua...

Nak tanya ada tak antara kamu-kamu dan kamu semua yang pernah atau sedang bekerja di tol?

Ni pehal tetiba tanya soklan macam tu lak kan. Hehe sebenarnya setiap kali lalu kat tol otak aku mesti fikir, agak-agaknya kalau ada pengguna jalan raya yang betol-betol lupa nak bawa duit macam mana? Pastu dia memang takde smart tag,touch n go sume tu. Ke yang buat-buat takde duwet. Agak-agak dia lepaskan ke tak?

Nak dijadikan cerita, semalam (23 May 2011) berlaku kat depan mata apa yang aku selalu fikirkan. Masa tengah Q nak bayar tol, depan kereta aku naik tu kereta Myvi yang dipandu oleh mamat Negro.

Terdengar dan ternampak la jurutol tu sebut one ringgit sambil tunjuk satu jari.. Tapi mamat Negro tu jawab don't have sambil geleng-geleng.

Ah sudah dia sengaja tak nak bayar tol ke dia memang tak bawa duit time tu. Aku pun fikir lagi agak-agak jurutol lepas ke tak ni. Dibuatnya mamat negro tu rempuh penghadang tu camne. Keterlaluannye otak berfikir.. Haha

Tup-tup jurutol tu bukak je palang bagi mamat Negro tu pergi. Wah jahatnye tak payah bayar tol le dia.

Aku masih berfikir, adakah duit gaji dia akan ditolak kalau berlaku kes macam tu. Atau ada elaun khas yang cover jika kejadian macam tu berlaku. Adakah pihak tol akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mengesan pemandu berkenaan. Ataupun boleh buat macam tak pernah berlaku? Adakah selalu kejadiaan seperti itu berlaku? Tu cuma tol singgit, kalau yang amek transit tu camne le agaknye? Banyak lagi ni persoalan...

Kenapa jurutol lepaskan kereta tersebut? Sebab dia tengok kereta dah banyak Q or mungkin jugak dia takut dicederakan sebab Negro kan banyak wat onar kat Malaysia ni. Terlampau lagi otak den. Haha

Bahaya gak keje kat tol ni sebenarnyakan? Kes kena rompak dah pernah dengar. Kes ada tangan jurutol patah sebab baju dia terkepit kat pintu lori  then lori tu jalan pun pernah dengar. Yang tu memang ngeri. Apapun berhati2 la walau apa pun pekerjaan kita.

**bercakap pasal tol, nanti nak balik kampung kena lalu tol gak.adeh....duwet2.
Assalamualaikum semua...

Jom baca story kat bawah ni...

Sepasang suami isteri telah berkahwin selama sebelas tahun lamanya sebelum dikurniakan seorang anak lelaki. Mereka sangat menyayangi si anak tersebut yang telah menjadi permata hati, pengarang jantung mereka suami isteri.

Pada suatu pagi, ketika si anak berumur sekitar dua tahun, si suami melihat botol ubat terbuka. Oleh kerana pagi tersebut si suami telah terlambat untuk ke pejabat, dia menyuruh si isteri supaya menutup botol tersebut dan menyimpannya di tempat yang selamat.

Si isteri disebabkan terlalu sibuk melakukan kerja rumah dan dapur, telah terlupa apa yang dipesan oleh si suami.

Si anak pula, ketika bermain-main dia ternampak botol tersebut. Oleh kerana warna botol yang menarik, si anak tadi telah meminum kesemua isi di dalam botol tersebut. Dalam kuantiti yang telah diminum sudah pasti ianya mendatangkan kesan negatif terutama kepada si anak yang masih kecil.

Si ibu hanya tersedar setelah mendapati si anak tidak sedarkan diri dan bergegas membawa si anak ke klinik berhampiran. Ketika tiba diklinik, doktor mengesahkan si anak telah meninggal dunia. Si ibu sangat sedih dan terpegun. Si ibu juga sangat takut untuk menghadapi si suami.

Ketika si suami sampai ke klinik dan melihat dengan penuh kesedihan anaknya yang sudah tidak bernyawa, si suami memandang si isteri dan hanya mengucapkan empat perkataan.

Korang rasa apa dia empat perkataan tersebut?


Si suami mengucapkan......

"Aku 
          cinta 
                    kamu 
                               sayang".

Meleset andaian si isteri bahawa dia akan dimarahi oleh si suami.

Si anak telah meninggal dan tidak akan dapat dihidupkan kembali, tidak guna mencari kesalahan si isteri kerana jika si suami mengambil sedikit masa untuk menyimpan sendiri botol ubat tersebut, semuanya pasti tidak akan berlaku. Untuk menyalahkan seratus peratus isterinya sendiri, isterinya sendiri sangat sedih dan sudah tentu tidak mahu semua itu berlaku. Mereka telah sama-sama kehilangan anak tersayang. Si isteri juga perlukan simpati, sokongan dan kasih sayang si suami di waktu sukar begitu

Di dalam perhubungan, pekerjaan dan kehidupan seharian kadang-kadang kita menghabiskan masa dengan bertanya siapa yang harus dipersalahkan ataupun siapa yang patut dipertanggungjawabkan untuk apa yang berlaku.

Kita telah kehilangan nilai dalam hubungan kemanusiaan yang mana sepatutnya kita saling memberi sokongan moral. Selepas apa yang berlaku, kenapa tidak menjadikan memaafkan seseorang yang kita sayangi perkara yang paling mudah di dunia ini? Jangan menambahkan rasa sakit, kesedihan dan penderitaan yang telah sedia ada.

Insyaallah, masalah akan berkurangan jika semua orang melihat kehidupan dengan perspektif yang positif.

Lepaskan rasa sakit ati, rasa cemburu, rasa tidak mahu memaafkan, rasa egois dan rasa takut kita, dan kita akan dapat rasa perkara yang berlaku sebenarnya tidaklah secomplicated seperti yang kita fikirkan.

Pandang ke hadapan dan jangan pandang ke belakang, jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran buat diri sendiri. Jangan menolak qada' dan qadar yang telah tersurat. Carilah hikmah yang tersembunyi di atas segala yang berlaku.

**Internet yang tidak stabil dan laptop yang bermasalah menyebabkan aktiviti berblog hambar. Baru nak feel tetiba intenet lost connection, tetiba laptop teroff. Maafkan tuan empunya blog.. *_*
pic dicilok dari pn. google image search

Assalamualaikum semua....

Hari tu (dah lama) aku ada la dengar pertanyaan seorang penonton kat Tanyalah Ustaz bagaimana caranya nak merawat sawan.

Sebelum tu jom kita amek taw dulu apa sebenarnya sawan.

Sawan adalah keadaan di mana berlakunya renjatan elektrik di otak di luar kawal yang mengakibatkan:
Sindrom perubatan untuk sawan yang berulang-ulang tanpa diberangsangkan dipanggil epilepsi, bagaimanapun sawan boleh berlaku pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi.(wikipedia)

Sawan ni selalu berlaku dikalangan kanak-kanak terutama ketika mereka demam. Walaubagaimana pun, terdapat kes dimana orang dewasa turut menghidapi sawan. Yang aku selalu dengar orang cakap sawan babi.

Kalau kerap kena sawan memang mendatangkan kesan negatif seperti kecederaan fizikal disebabkan pergerakan yang tidak terkawal semasa sawan, kerosakan kepada otak kerana serangan yang kerap atau berpanjangan, tergigit lidah sendiri dan boleh membawa maut. 

Kalau orang dewasa nak memandu pun tak digalakkan kerana dikhuatiri terkena sawan ketika memandu yang boleh menyebabkan kemalangan pula.

Berbalik kepada penerangan ustaz terbabit mengenai cara mengubati sawan. Menurut ustaz,  ketika seseorang diserang sawan, di ubun-ubunnya akan kelihatan sehelai rambut yang berpintal (macam spring) jika dibanding dengan rambut lain.

Cabutlah rambut tersebut dari ubun-ubun pesakit sambil membaca 'Bismillahimasyaallah'.

Insyaallah jika diamalkan setiap kali terkena sawan, kekerapan penyakit tersebut berulang akan semakin berkurangan. Kalu tiap-tiap hari kena akan berkurang kepada seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali dan akan sembuh sepenuhnya jika diizinkan Allah. Dan insyaallah ianya tidak akan diwarisi oleh keturunan.

**kalau ada sedara mara atau sape2 je terkena penyakit ni, kongsikanlah ilmu  ini.

Assalamualaikum semua...

Seriau dengar blog kena hack ni. Bagi si tukang hack ianya mesti satu kepuasan. Tapi bagi seorang blogger itu adalah satu kekecewaan bila semua hilang macam tu je.

Aku terbaca kat shoutmix aku, ada seorang blogger ni nama Mimi bagitaw blog dia kena hack.


So aku pun klik la link dia...
sila klik untuk besarkan...

Erm...baca sendirilah apa yang tertulis.... Tak tahu nak cakap camne pun..:(

**ada tak cara nak selamatkan blog dari dihack?

Assalamualaikum semua....

Entry ni entry khas sebab nak melayakkan diri menjoin Bloglist Yaya Azura.

Syaratnya sangat mudah:

Kena la jadi folower Yaya Azura-mmg da follow so Done

Buat satu entry bertajuk Nak Join Bloglist Yaya Azura-almost Done

Sila maklumkan sama ada nak jadi: a) Abang Wafiq b) Kakak Wafiq c) Jom Masak d) Jom Terjah-Nak jadi Kakak Wafiq

Tinggalkan link kat entry Yaya Azura- Bakal Done


Tarikh tutup unknown sebab terpulang kepada penganjur.

Hadiah? Anda akan tersenarai di bloglist Yaya Azura. Menarik tu...Jom2 join. Sape yang belum follow tapi berniat nak join, follow la Yaya Azura.
Assalamualaikum semua...

Baru nak meluangkan masa berbelog berwalking..;p Tapi tak boleh pulak nak mem'follow' blog orang.

Blogspot sedang maintenance follower ke? Ke salah, aku ni kurang pengetahuan pasal menda camni. Jangan follower hilang sudah la. Lagi parah dari entry dan komen dan widget yang hilang tu.

Button nak follow sekali follower tak muncul-muncul.... Ingatkan sebab line tenet kesengalan. Tapi okey je tenet dan masa berjalan-jalan ke blog orang, jumpa ada blog yang da merungut pasal ni. Sah la blogger wat hal la tu.

waa....aku punya folower tak muncul gak...

Sape-sape yang masih mengekalkan function blogger seperti image dibawah ni boleh la follow... Tapi risau jugak kot-kot lepas sistem okey kang tetiba tak ada dalam list follower lak kan. Tetiba memikirkan segala kemungkinan lak.

button share kat sini je yang membolehkan follow


So berehat sebentar dari mem'follow' la kot. Altenatif lain bookmark je dulu blog yang tak dapat nak difollow tu, nanti da okey lawat je semula and follow. Don't  fenin2 maa...

**blogspot dah pening ramai sangat blogger kot skang ni.hehee

Assalamualaikum semua...

Ada yang baca tajuk je dah terasa ke? Hehee sape makan cili dia la rasa pedas, takkan aku pulak rasa pedas.

Ni memang realiti kat Malaysia la. Pemandu-pemandu Malaysia ni suka sangat parking merata tempat. Tempat yang tak sepatutnya diparking.

Actually aku tak kisah sangat pun suka hati la nak parking mana-mana pun, kalau dapat surat cinta korang yang bayar pun kan, tak ada kaitan dengan aku.

Tapi yang aku tak puas ari bila orang parking merata-rata sampai menyusahkan pemandu lain. Ni antara contohnya.

Parking block kereta orang

Parking kat bahu jalan


Aku ni dah la pemandu yang tak berapa nak cekap lagi. Tak payah la nak menguji, kete korang calar or kemek memang padan muka korang. Tapi kalau kete aku bawak yang calar, apa kes?

Kadang-kadang punya la bijak ada yang parking memblock kereta lain nak keluar. Tak sayang kete parking la tengah jalan nuh... parking block kete orang buat apa, tak mencabar langsung.

Kadang-kadang fail nak adjust reverse keluar walaupun kete aku bawak tu kecik je. Apa tak nampak ke sticker P aku tu? Paham-paham suda...

Fikir senang diri sendiri je... Memang jual ikan (sellfish). Cuba fikirkan bagi pihak orang lain sama. Haish sebelum parking tu fikir-fikirkan kereta ni nanti nak kuar boleh ke tak, bahaya ke tak agaknya kalau parking situ. Ni main redah je....

Kalau driver dia ada skali dalam tu takpe gak kot, boleh ubah kete tu bila ada yang nak keluar. Ni driver entah ke mana-mana. Nak suh orang tolong tolak kete pun, hand break  angkat.

Kalau aku boleh saman, da lama aku saman...  Membazir masa aku je nak bersusah-payah tunggu tuan kete, reverse ke depan ke belakang adjust nak kuar, buat penat otak fikir muat ke tak muat ni nak kuar, lepas ke tak lepas ni....

Kalau nak diikut banyak je parking kosong sebenarnya walaupun jauh le sikit dari tempat kita nak pegi tu. Tapi disebabkan attitude yang nak memudahkan diri (menyusahkan orang) maka dia akan parking tempat paling dekat dengan lokasi yang nak dituju. Mula la parking tepi-tepi jalan, kete lain nak lalu pun sempit. Parking kat selekohlah, tak fikir ke dibuatnya ada driver lain yang xpasan n tengah memecut mau terlanggar.

Kalau nak tengok cara tak bermoral orang Malaysia parking tengok masa kat pasar malam je pun dah cukup. Macam tak kisah je kena saman dengan pihak berkuasa. Kaya sangat bak sedekah kat aku dari bayar saman.

**jauhkanlah aku dari menjadi pemandu seperti itu.amin.
Assalamualaikum semua...

Semalam aku ada ternampak satu entry ni tapi tak sempat nak skodeng sebab lappy wat hal je.

Entry tu pasal nak mendapatkan kembali entry2 yang telah hilang masa proses blogger maintenance ari tu la. Ramai yang kehilangan entry termasuk la aku sendiri.

Aku ternampak kat blog aku & fantasi yang kemudian melinkkan aku ke tutorial sebenar camne nak dapatkan kembali entry yang hilang tersebut.

Kepada sape-sape yang hilang entry tu boleh la pegi ke blog A'IM dan mencuba tutorial tersebut. Memang akan dapat balik entry tapi komen yang hilang tak dapat diselamtkan.Baca betul-betul ye sebelum try...:)

**tak terkejar nak jengah semua entry, lappy kejap2 restart semula, kejap2 hang. blog yang berat tu terpaksa 'X' ...
**thanks kepada semua follower 
Assalamualaikum semua....

Sejak netbook punya screen bermasalah, dah jarang dapat online macam selalu. Maklumlah guna laptop lama ni susah sikit, keypad tak bape ok, bateri pun kong n macam2 hal lagilah. Alhamdulillah boleh jugak online kejap2 daripada terus tak boleh.

Pagi tadi aku pegi la kedai komputer, tanya berapa kos nak baiki screen netbook yang rosak tu. Orang kedai tu bagitaw kosnya minimum RM500 and above. Dia akan hantar ke factory untuk dibaiki, so kira ada banyak kos lain yang di plus-plus skali la tu kan. Mesti dia pun akan amek untung jugak tu konon-konon kos penghantaran. Ye dak?

Sebelum tu dah godek-godek kat forum dan google search cikit pasal kerosakan screen dan harga. Tapi tak jumpa pun info yang tepat pasal harga. Cuma terjumpa info yang mrnyatakan screen memang mahal dan mencecah 60% daripada harga netbook/laptop tu sendiri. Wah betul2 mahal tu.

Jumpa gak info yang menyatakan kerosakan screen tak boleh dibaiki selalunya dan perlu ditukar. Haha punah harapan nak baiki konon.

Dan ramai yang bagitaw kat Low Yat mungkin boleh dapat lower price compare kedai-kedai lain even centre sendiri pun.

So ari ni aku bertandanglah ke Low Yat. Survey harga untuk screen netbook tu. Kedai yang first aku tanya bagitaw RM350. Aku tak puas ati survey kedai lain pulak, ada yang letak RM300, RM300 above la. Paling murah yang aku dapat RM280 dengan jaminan selama 3 bulan. Tak tahulah kalau ada kedai offer lagi murah sebab dah tak larat nak berjalan dah time tu.

Kalau yang second hand dia jual RM250. Paling rendah dia boleh bagi RM220 second hand. Tetap mahal tu. Lebih mahal dari servis kete.

Tapi aku tak terus tuka pun walaupun boleh siap dalam 10 minit je paling cepat. Survey je la dulu, Insyaallah ada rezeki nanti baru tuka.

Kat sini nak share ckit tips ketika survey screen netbook/laptop/komputer kat Low Yat:
  • Kalau boleh jangan tunjuk netbook kita tu kat orang kedai. Hafal model netbook kita dan bagitaw kat dia jenis dan model netbook je. Pastu tanya kat dia berapa harga screen untuk model tersebut. Takut nanti dia sesuka ati letak harga.
  • Rajin-rajinkan diri survey dulu harga kat kedai-kedai supaya boleh buat comparison. Kita berhak dapat harga yang rendah kalau benda tu sama je.
  • Jangan lupa tanya sekali berapa lama tempoh warranty untuk barang tersebut.
  • Cubalah tawar menawar dulu untuk mendapatkan harga yang lebih rendah daripada yang dinyatakan.
  • Jangan buat muka macam kita tak tahu apa, try la search dulu info yang perlu sebelum pergi ke kedai dan tanya kat kawan2 dulu. Mana taw ada yang pernah ada experience macam kita kan.
Assalamualaikum....

Hari ni baru aku dapat masuk website blogger.com. Ada sape-sape yang senasib dengan aku tak? Sebelum ni kejap boleh masuk kejap tak. Ada ke patut blogger unavailable. Skodeng new entry kat google reader terus spoil mood . Tak tahu la apa masalah blogger.com ni sampai take time nak maintenance.

Takpelah ari ni dah boleh masuk blogger.com. Tapi aku terkejut tengok entry terbaru aku hilang.  OMG.... Apa kes ni sampai hilang.

Kalau ada yang perasan, entry aku bagi title 'Ko taw...Mak aku...'. Sebelum ni  ada nampak dah ada yang komen kat entry tu tapi aku tak leh accept pastu tetiba blogger.com unavailable.

Waaaa sedihnye aden.... Kena rewrite la entry tu semula nampaknya.. sob2.

Sebenarnya aku dah print screen blogger unavailable tu, tapi screen netbook lak rosak tak kuar apa pun Sape-sape yang pro pasal screen, korang rasa mahal tak nak baiki ke tukar ke? Kalau mahal sangat macam tak berbaloi lak.

Please i need some advise, nanti hidup2 kena tipu dengan kedai komputer lak . macam ni la rupa screen aku tu... tak tahu punca kenape jadi macam tu. sedihnye ati tengok.sedih lagi pk kena kuarkan duwet baiki nanti.kalau mahal terus tak baiki kot.waaa..;( 
**Sekarang ni aku guna laptop lama, sangat sengsara sebab laptop ni pun sengal je... Cikit2 hang. Banyak kekurangannye tapi laptop ni la banyak berjasa masa aku belajar dulu.
Video ni sebenarnya ada orang bagi kat email kakak aku. Aku jadikan entry sebab aku nak korang especially woman beware dengan apa yang telah berlaku dan mungkin akan terjadi kat kita kalau tak berhati-hati.

Kalau yang dah pernah tengok tu, tengok la lagi sebagai peringatan untuk diri dan orang tersayang okey...:)


Dah tengok? Dalam masa tak sampai 2 saat je pembonceng motosikal terbabit berjaya melarikan sesuatu dari dalam kereta tersebut. Dalam tak sampai 2 saat menghampiri kereta, memecahkan cermin tingkap dan melarikan barangan pemandu terbabit. Memang dasyat la peragut (ke perompak) tu kat traffic light u-turn pun boleh cari 'rezeki'.

So korang semua terutama gadis dan wanita, ingat pesan ni:
  • Jangan letak handbag atau laptop atau apa-apa saja yang boleh menarik perhatian penjenayah  (peragut/perompak/pencuri) kat tempat duduk belakang atau depan semasa memandu. 
  • Jangan letak handbag atas riba korang pun, kalau boleh letaklah kat bawah kaki supaya tersorok dan tak nampak.
  • Tutuplah tingkap kereta terutama ketika memandu sendirian, takut kang tetiba ada pisau pulak kat leher korang tu. Sedangkan tingkap tertutup boleh dipecahkan, ni kalau korang tak tutup cermin lagilah senang-senang je orang jahat nak jadikan korang mangsa.
  • Bila masuk ke dalam kereta, cepat-cepat tutup pintu dan lock segera. Jangan mengada-ngada nak start enjin kete dulu, bukak aircond baru nak tutup pintu dan lock. Tengok video kat atas la tak sampai 2 saat jenayah berlaku.
**Orang kalau dah hati jahat sanggup buat apa sahaja tanpa memikirkan keselamatan orang lain. So berpesan-pesanlah sesama kita demi kebaikan bersama.

(Scheduled post)


Selalu naik bas tak? Zaman bergelar student pegi mana-mana pun naik bas je. Maklumlah bas tu pengangkutan utama aku sejak dulu lagi. Sekarang pun naik je jugak lagi.

Macam-macam peel orang, macam-macam jenis orang boleh jumpa kat dalam bas. Paling tension bila ada si 'penggatal' tersesat satu bas dengan aku. Mesti ramai lagi yang pernah senasib dengan aku kan?

So kat sini aku bagi sedikit tips macam mana nak menjaga diri kat dalam bas. Kaum Adam yang baca boleh bagitaw tips ni kat Hawa kesayangan korang.

Antara tipsnya ialah...
  • Silalah duduk disebelah luar tempat duduk bagi mengelakkan orang lain terutama lelaki duduk di sebelah kita. Letaklah beg ke apa sebelah kita kalau duduk sorang-sorang (bas xpres xdapek nak nolong).
  • Kalau rasa tak secure, berpindahlah tempat duduk dengan mencari penumpang perempuan dan duduk jelah sebelah dia.
  • Jika tiada pilihan silalah beri penumpang lelaki tersebut duduk di sebelah dalam. In case jadi pape kita masih ada ruang nak selamatkan diri.
  • Silalah letakkan beg atau apa sahaja diatas peha atau pangkuan kita. Ini untuk mengelakkan daripada senang-senang je dicabul.
  • Jangan tido dan sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan terutama kalau naik bas lompat-lompat ataupun bas express waktu malam. 
  • Kalau penumpang disebelah amat tidak sopan, silalah tegur dengan cara yang baik dan nyatakan ketidaksukaan kita terhadap perbuatannya.
  • Jika dia tak makan saman, silalah mengadu dengan penumpang lain ataupun minta tukar tempat duduk dengan penumpang lain. Tak pun jerit je kuat-kuat kasi dia gelabah biawak...
  • Kalau boleh, baliklah bersama kawan-kawan sekali. Ramai-ramai ni susah sikit orang nak menggatal, saling menjaga sesama sendiri. Ye kot... Tapi aku kebanyakan masa tetap sorang-sorang.
**Teringat kisah pak cik gatal dan mamat gile seks dalam bas dulu....memang ngeri. Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku.
(Scheduled post)
Diari ialah rekod catatan harian tentang perkara yang berlaku atau yang akan dilakukan, lazimnya di dalam buku dan disusun mengikut tarikh. Diari mengandungi pengalaman atau pemerhatian peribadi seseorang.(Wikipedia)

Diari ni kira macam tempat meluahkan segala perasaan dan apa yang berlaku. Ye la putus cinta ke, kena marah dengan cikgu or lecture ke, ada peristiwa yang memalukan ke, ada orang melamar ke dan pape lagi la.

Selalunya kalau ada diari mesti tak suka kalau orang lain baca. Siap sorok tempat yang tersembunyi dan membeli diari yang mempunyai kunci supaya lebih selamat-konon-konon la. Macam ada pengalaman je kan.

Aku seorang yang tak suka tulis diari sebab sangat risau nanti ada orang baca. Pernah ada diari masa sekolah dulu, tapi sebulan sekali pun belum tentu nak tulis. Rasa macam rahsia tu lebih selamat kalau tak ditulis. Maklum mesti ada yang curi baca punyalah. Sudahnya diari tu kosong je tanpa sebarang catatan. Pastu dah malas nak beli diari yang ada tarikh tu. 

Beli buku biasa je buat diari, dari skool sampai masuk u pastu sampai sekarang masih boleh ditulis. Bayangkan betapa tak rajin menulis diari.

Perlu ke ada diari sendiri? 

Perlu untuk meluahkan segala isi hati atau lebih tepat rahsia yang tak boleh dikongsi dengan orang lain. Kalau simpan sorang-sorang memang makan diri. Bila diluahkan pada sekeping kertas lega sikit rasa.

Perlu untuk orang yang suka segala aktiviti dijadikan catatan harian dan dikemudian hari akan dijadikan rujukan semula.

Tak perlu kalau malas nak menulis macam aku ni kot. Menaip aku rajin pulak..:)

Tapi....

Blog ni pun kira diari jugak.... Diari elektronik. Sesuai le dengan peredaran zamankan (tapi bagi sesetengah orang diari yang dulu tetap menjadi pilihan).

Apapun dah alang-alang ada orang suka curi baca diari, baik taip je kat blog kot. Nak sangat bacakan, hambik kau bacalah puas-puas sampai pengsan ke, nak terguling-guling ke, sampai biji mata juling pun tak pe. Nak sangat menyibuk.

**So perlu ke diari bagi anda semua? Ce tanya diri sendiri, pastu jawab la sendiri..:)
**Selalu tulis kat atas sekeping kertas bila rasa benda tu tak boleh share dengan orang, kemudian bakar kertas tu. Sangat puas ati...
Surah al-Fatihah dibaca ketika solat, tapi tahu tak rahsia fadhilat surah tersebut? Ilmu ni aku jumpa masa godek-godek note kawan aku. Sumber asal tak tahu la. Dengan niat ingin berkongsi ilmu, jadilah entry Fadhilat Surah al-Fatihah.

Antara rahsia fadhilat surah al-Fatihah seperti dibawah...

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak-anak anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
  • Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur. 

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air 
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut. 

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut. 
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal. 

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut. 
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap di tempat yang berasa sakit tersebut. 

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (sama ada menangis di tengah malam atau pada bila-bila masa sekalipun):
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut. 

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali 
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut. 

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
  • Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan) 
  • Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawaduk” 
  • Tawakal sepenuhnya pada Allah 
  • Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja 

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah. Wallahualam.
************
Selamat beramal...

**Tak pasti kawan aku copy dari mana, so memang tak dapat nak bagi sumber. Apapun jom amalkan sama-sama..
Assalamualaikum....

Semua sihat ke. Semalam  (3 Mei 2011) seharian aku merayau-rayau kat Putrajaya. Buat-buat tak sesat je. Haha.

Destinasi yang nak pegi ialah Anjung kat putrajaya tu. Dari jauh dah nampak tertera perkataan Anjung tu so dengan tak berapa konpiden masuklah ke dalam kawasan berpagar. Guard tak tahan maknanye boleh masuklah kan. Pusing-pusing mencari parking, tapi macam tak de tempat parking pun kat dalam tu.

Semua kete parking kat tepi-tepi jalan je. Aku berniat nak join parking gak tapi kebetulan memang beratur kete parking n tak de ruang aku nak mencelah parking (kalau ada pun haru biru la sebab aku tak cekap parking tepi).

Time kali kedua aku pusing tu aku nampak la sorang pak cik guard ni, so aku pun benti dan tanya lah pak cik guard tu kat mana aku boleh parking kete.

Dia jawab kat sini mana ada tempat parking. Tempat parking hanya untuk pegawai. Dia boleh bagi aku parking tapi nanti kalau pengarah datang dia yang kena. Tepi-tepi je la orang selalu parking.

Aku jawab la tepi-tepi tu penuh la pak cik. Pastu tetiba aku teringat kat tepi luar macam ada parking je tapi nampak macam jauh je.

So aku tanya la pak cik guard tu, pak cik yang kat luar sebelum masuk sini tadi boleh parking ke tak?

Pak cik tu jawab ikut tak boleh tepi-tepi kat luar pagar tu, kalau penguatkuasa buat rondaan nanti kena saman.

Aku rasa macam pak cik tu salah faham, so aku nak puaskan hati, aku tanya lagi. Pak cik bukan yang tepi-tepi kat dalam ni, yang kat luar kawasan ni. Tak boleh parking jugak ke situ? Yang sebelum masuk pagar kawasan ni.

Pak cik tu still jawab tak boleh. So aku merungut la, habis tu saya nak parking kat mana macam tu. Semua tak boleh parking.

Pak cik guard tu senyum je. Pastu dia cakap pak cik boleh bagi kamu parking kat bawah. Apa-apa pak cik jawab la nanti. Kamu bagi duit kopi je kat pak cik.

Terkejut aku pak cik tu cakap macam tu. Aku lak spontan je jawab tak pe la pak cik tak jadilah nak singgah Anjung tu. Terima kasih pak cik.

Duit kopi? Tu bukan macam rasuah gak ke? Tak baik woo bersubahat dalam memberi dan menerima rasuah.

So aku mengkaji sebentar maksud rasuah:

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. (sumber)

Rasuah memerlukan dua pihak yang korup: pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Di beberapa buah negara, rasuah sudah menjadi suatu budaya. (sumber) So bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi lah...

Duit kopi tu kira memang rasuah la. Alhamdulillah aku tak terlibat semalam. Kalau tak akulah pemberi sogokan dan pak cik guard tu la penerima sogokan.

So berbalik pada cite aku tadi, aku pun reverse la kete nak pusing kuar semula. Syok je aku reverse tetiba rasa terlanggar benda keras. Alamak aku terlanggar barrier la pulak. Jatuh barrier tu aku langgar. 

Pak cik guard tu sempat membebel kat aku tak nampak ke? Aku selamba jawab tak perasan. Pastu terus jalan. Sory la pak cik ye. Nak turun tolong banyak kete nak kuar masuk (alasan je kot). 

Dalam hati, sudah calar ke kemek belakang kete tataw la. Da la tu kete kakak aku. Alamak...

Aku drive nak keluar nampak adik guard kat pondok guard. Aku benti pastu tanya dia pulak, dik kat sini mana yang boleh parking? Kat luar tu boleh parking tak?

Dia jawab, akak keluar jalan besar pastu nanti amek simpang kiri. Akak boleh parking kat situ.

Selepas mengucapkan terima kasih aku pun keluar la dan follow la direction dia bagi. Ada rupanya parking free khas untuk pengunjung Anjung. Apasal la aku terhegeh-hegeh cari parking kat dalam siap terlanggar barrier lagi. Adoyai....

Memang parking dia penuh tapi kalau tunggu sekejap dengan penuh kesabaran, insyallah boleh dapat parking dari parking merata-rata pastu dapat surat cinta, dari bagi duit kopi kat pak cik tu.

Tu la kisah duit kopi dan divider...


Moral of story di sini jangan terima sebarang tawaran yang ke arah rasuah dan berhati-hatilah ketika memandu. :)

**Seperti dijangka memang calar pun belakang kete. Barrier plastik je tu, kalau divider fix konkrit tu mahu kemek kot. My sis tak marah aku sebab aku pemandu baru belajar walau lesen dah competen. Kui3....
Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni (1 mei 2011) berkesempatan pegi ke pesta buku yang berlangsung kat PWTC.  Baca kat blog Koding rasa macam nak pegi tapi tak kompen. Pastu ada yang ajak pegi, pegi je la dah last day pun. Kalau tak, tak peginye... 

Bermula journey ke PWTC. Ari ni parking kereta kat KTM Serdang. Hari minggu or cuti umum free je parkingnye. Dari KTM serdang amek tren ke Bandar Tasik Selatan. Tiketnya harga singgit aje. 

Mak aih ramai betul makhluk yang menunggu nak naik tren. Ada la dalam 10 minit tunggu tren sampai, terpaksa bersesak-sesak  berebut nak masuk dalam tren yang memang dah sedia macam tin sardin tu. Sia-sia je memang tak muat sumbat macam mana pun. Dan yang paling aku hangin bila ternampak ada lelaki yang tersesat kat ladies coach. Huh menyempit  je, tataw malu.

Nak tak nak dengan muka sadis terpaksa la tunggu next tren. Ada la dalam setengah jam lebih nunggu next tren. Kali ni atur strategi camne nak naik gak. Maklumlah ramai gile orang. Memang sah-sah takkan muat semua la. Kali ni aku rempuh je asal boley masuk ke dalam. Dapat la juga masuk berhimpit-himpit dan bersempit-sempit. Sah sakit-sakit badan pasni.

Tapi hangin aku bile tengok ada lelaki-lelaki yang sesat kat ladies coach. So aku dengan slambernye sound kat mamat negro (rasanye la) sebelah aku tu. Why u r here? This is ladies coach. Selamba kodok mamat tu jawab tak perasan. Opss pandai cakap melayu rupenye. Haha lantak ko la jangan himpit aku dah tapi hati sangat bengang.

Nasib baik satu stesyen je. Sampai Bandar Tasik Selatan tukar amek LRT terus ke PWTC. Alhamdulillah LRT tak la sesak macam Komuter. Dapat duduk lagi.

Kat pesta buku, bahagian pertama yang aku masuk ialah karangkraf punya. Memang berbaloi-baloi pegi kat karangkraf  sebab dapat jumpa dengan Dr. HM Tuah. Ari ni beliau pakai baju kaler pink gitu. Dapat amek gamba beliau dengan my sis. Aku ni jurugambar je, tak nak la demand ramai lagi peminat dia yang lain. Dapat tengok face to face pun dah kira bertuah...



Dan dapat tandatangan burung beliau yang unik tu...:) Sangat suka ati.... hoyey2.....


 Dapat lencana 3E.....


Memang berbaloi kunjungan tersebut walaupun dah last day. Dapat gak tandatangan daripada dua orang ustaz yang lain. Tapi tandatangan Dr HM Tuah Iskandar paling disukai. Heheee.. Pastu memang tak jalan mana dah teruih balik ja.

**paham ke apa aku ngarut ni?aku pun konpius..hehee.motif utama nak cite sonok dapat tandatangan Dr HM Tuah...:) terpaksa wat entry cpt2 coz nti basi lak cite ni...ngantuk...zzzZZZ
Kita selalu sibuk dengan kehidupan seharian kita, banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang kadang kala membuatkan kita rasa down. Bila perasaan down wujud, kita selalu mengalami masalah seperti sakit kepala, rasa tertekan, penat dan yang sewaktu dengannya. Jom kita cuba bermain dengan warna untuk membuat emosi kita lebih stabil.
***************


WARNA  MERAH dapat HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. So kalau rasa sakit kepala, boleh la try macam ni, cuba letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata korang. Cara tersebut mampu meningkatkan peredaran serta melonjakkan adrenal korang. Ala rasa macam excited je lebih kurang macam tu la.

WARNA  BIRU dapat MENGURANGKAN TEKANAN
Rasa tertekan? Okey cuba buat macam ni, fokuskan mata korang kat benda atau objek berwarna biru. Ini kerana, ianya berupaya merangsang suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Kalau yang kejenya ngadap komputer tu, cuba ubah "screen saver" computer korang kepada warna-warna yang dapat membuatkan korang rasa tenang dan mengurangkan rasa tegang yang dialami.

WARNA  MERAH JAMBU dapat ELAKKAN INSOMNIA
Ramai anatara kita mengalami masalah sukar untuk tidur dengan selesa diwaktu malam, apa kata korang cuba petua ini. Hias la bilik tidur korang dengan warna merah jambu kerana kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana romantik gitu... :) Jom hias....

WARNA  JINGGA dapat CERIAKAN MOOD
Apabila korang rasa murung atau korang cuba untuk mengembalikan tenaga korang, cubalah pakai pakaian yang berwarna jingga. Insyaallah mood korang akan berubah.

WARNA HIJAU dapat LENYAPKAN KELETIHAN
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Dalam Islam pun warna hijau adalah warna syurga dan warna yang disukai Rasulullah s.a.w. So kalau rasa letih, penat apa kata tengok la pokok-pokok yang rimbun menghijau ataupun pakailah pakaian berwarna hijau untuk menaikkan semangat.

**Ni hanyalah kajian semata-mata. Bak kata HM Tuah "tak wajib betul, harus salah". Tapi selagi tidak bertentangan dengan agama kita, bolehlah diamalkan. Ini kerana warna memang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa warna tak berserilah kehidupan kita. Kan-kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative