Entry ini disambung dari Jom daftar myBSN (1). Meh sini nak bagi step untuk mendaftar BSN online banking. Step-stepnya ialah:

1. Layari www.mybsn.com.my
2. Klik " First Time Registration".



3. Baca dengan teliti Terma dan Syarat dan klik "Accept".


4. Masukkan Butir-butir Akaun dan nombor iPin 6 angka yang anda cipta


5. Masukkan Kata Laluan, Kata Kunci dan Pilih Gambar Online anda


6. Skrin "Berjaya " akan dipaparkan. Kemudian sila Login semula.


7. Masukkan Kata Laluan.
8. Sahkan gambar pilihan anda dan masukkan Kata Laluan.
9. Isikan butir-butir peribadi anda.
10. Pilih dan jawab Soalan Rahsia anda.
    Sebaik sahaja pendaftaran diterima, bolehlah terus menggunakan myBSN. Klik-klik je, nak bagi duwet kat mak bapak boleh la. Maklumlah kebanyakan mak bapak kat kampung guna BSN pe (ni ex lecture aku yang cakap).

    **Aku pun tataw apa motif aku nak register myBSN ni. Tapi mesti ada kegunaannya nanti. Lagipun free je, so register aje la. 
    Ari ni berkesempatan untuk menyinggah di cawangan BSN. So tercapai la hajat nak daftar myBSN. Apasal suke sangat daftar internet banking tataw la. Haha.

    Sebelum ni ATM yang aku pegi sengal xdapat baca cip kad aku. Huhuu... SABARiah je la...


    pamplet yang ni in english dan dah lama aku kutip dan scan. dah renyuk pun time aku scan 2 maklumlah sumbat dalam beg dengan segala benda. kalau tak nampak sila klik untuk besarkan.
    So ari ni dah free dapat nyinggah BSN, apa lagi gunakan kesempatan yang ada. Laju je pegi kat ATM tu  untuk mendaftar perbankan internet. Tapi sebelum tu tangan sempat rembat pamplet pasal myBSN untuk dijadikan rujukan. Maklumlah nanti aku blur lak depan ATM tu. Ini step-step untuk mendaftar:

    1. Kunjungi mana-mana ATM atau CDM BSN.
    2. Masukkan Kad ATM dan Nombor Pin anda.
    3. Pilih Pendaftaran Internet.
    4. Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda. (untuk tujuan nak request TAC nanti)
    5. Masukkan nombor iPin 6 angka anda. (apa2 nombor dan jangan lupa pulak taw)
    6. Skrin "Berjaya" akan dipaparkan setelah selesai mendaftar.
    7. Resit akan dikeluarkan dan demi keselamatan nombor iPin anda tidak akan dicetak di atas resit tersebut.


    **Next step ialah mendaftar kat internet...Next entry la ye.. Bz nak sambung terus...Heheh

    Untuk step berikutnya: Jom Daftar myBSN (2)



    Kawan aku cakap kalau sayang gile kat orang tu, kita kena korbankan rasa ego dan cuba berbaik semula dengan orang tu. Ada betul jugak, kalau asyik fikir ego dan suka menidakkan perasaan sendiri memang makan diri sendiri pun.

    Kawan aku cakap masa boleh buatkan kita lupa orang pernah kita sayang. Tapi rasanya masa tak pernah melunturkan ingatan kita terhadap kisah-kisah lalu. Macam dah terpahat kukuh.

    Kawan aku cakap cinta pertama memang sukar dilupakan. Dulu aku senyum je sebab aku tak penah ada dalam keadaan tersebut. Sekarang aku tak mampu senyum lagi.

    Kawan aku cakap kalau kecewa, carilah pengganti. Bukan semudah itu, soal hati dan perasaan  sangat sukar. Tak perlulah jika bakal mengecewakan orang lain dan tak perlu jika hati bakal kecewa lagi.

    Kawan aku cakap setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Mungkin kita akan jumpa orang yang lebih baik. Ya back to qada' n qadar adalah cara terbaik untuk positifkan keadaan.

    Kawan aku cakap kalau dah jodoh, tetap akan bersatu. Yup tapi semua tu sangat menyiksakan.

    **entry jiwang le pulak pagi-pagi buta ni...aisey...
    First time masukkan video dalam entry...  Tergagau-gagau den try and error. Kuar jugak videonye.. Horay....

    Tak tahulah ni cara yang sepatutnya ataupun cara syok sendiri.

    Apa yang aku buat ialah mula-mula pegi ke website Youtube. Pastu carilah video apa yang aku nak. Aku cari video eyes on me. Dah jumpa klik kat video tu.

    Kat bawah video tu sebelah kiri, ada tertera share seperti dalam bulatan merah didalam pic, so klik je share.

    Selepas klik share akan terteralah seperti dalam pic ni, so sila klik pada Embed seperti dalam bulatan merah untuk mendapatkan kod.

    Kod embed akan terpapar seperti dalam picture. Sebelum tu boleh la ubah size video untuk paparan yang bersesuaian dengan layout blog masing-masing. Kemudian silalah copy kod embed yang terdapat didalam kotak tersebut.

    Di bahagian post, sila pilih Edit HTML dan kemudian paste kan kod yang telah dicopy daripada youtube tadi .  Kalau nak tambah apa-apa ayat pun boleh (terpulang nak taip masa kat edit HTML ataupun kat compose)

    Kalau nak video tu kat tengah2 pegi kat compose, pastikan klik kat tepi video tu dulu. Pastu pilihlah alignment dia center.
    Dah pun siap... Boleh la previewkan dulu dan kalau suma da okey publishkan je.... Dan inilah hasilnya


    **Sila klik pada pic untuk image yang lebih jelas. 
    Dulu selalu sangat melayan lagu ni tambah-tambah bila tension mengadap buku. Jiwang kejap... Hehee
    Jom layan video n lagu ni. Best wooo...


    **suka tengok final fantasy punya video sebab diaorang  comey n handsome. boleh pulak macam tu..:)



    Ada blog yang aku nak berblog walking jadi macam ni. So tak jadi la nak singgah. Aku bukan tahu sangat pasal malware ni. So terbaca di detek malware ni cuak lak nak proceed.

    Apa yang aku faham blog yang aku nak lawat tu mengandungi link ke blog yang mengandungi malware. Selagi tuan blog tak remove link tersebut, macam pic kat atas ni la pengunjung blog akan dapat. Sebelum ni blog Tun Dr Mahathir jadi macam ni gak kan.

    Ada sape-sape yang pro explainkan la betol ke tak kefahaman aku ni...Hehee

    jom join aku berpantun. sekali sekala mengembangkan bakat terpendam yang ada..hoho

    Gendang gendut, tali kecapi
    Lapar perut, sakit hati

    Ada ubi, ada batas
    Sakit hati, aku balas

    Pisang emas dibawa belayar
    Masak sebiji di atas peti
    Hutang aku jangan lupa bayar
    Nanti tak berkat sampai mati

    Berakit-akit ke hulu, berenang-berenang ke tepian
    Bertatih-tatih dahulu, berjalan-jalan kemudian

    Sorong papan tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    Suruh belajar kamu  tertekan
    Suruh kawin kamu mahu

    Pulau pandan jauh ke tengah
    Gunung daik bercabang tiga
    Jangan suka buat fitnah
    Nanti tak boleh masuk syurga

    Kalau padi katakan padi
    Tidak kami tertampi-tampi
    Kalau tak sudi katakan tak sudi
    Aku pun tak hingin nak menanti


    Buah cempedak di luar pagar
    Ambil galah tolong jolokkan
    Kamu budak terpelajar
    Kalau salah tolong betulkan

    ***************
    Hohoho...idea menulis pantun aku punya versi dah terkeluar. Ni suka-suka je bukan berniat nak merendahkan pantun melayu ye... Pantun yang asal tetap mempunyai nilainya yang tinggi.

    Kat bawah aku bagi pantun versi asal...
    ***************
    Gendang gendut, tali kecapi
    Kenyang perut, senang hati

    Ada ubi, ada batas
    Ada hari, aku balas

    Pisang emas dibawa belayar
    Masak sebiji di atas peti
    Hutang emas boleh dibayar
    Hutang budi dibawa mati

    Berakit-akit ke hulu, berenang-renang ke tepian
    Bersakit-sakit dahulu, bersenag-senang kemudian

    Sorong papan tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    Suruh makan kamu makan
    Suruh mengaji kamu tak mahu

    Pulau pandan jauh ke tengah
    Gunung daik bercabang tiga
    Hancur badan dikandung tanah
    Budi yang baik dikenang juga

    Kalau padi katakan padi
    Tidak kami tertampi-tampi
    Kalau jadi katakan jadi
    Tidak kami ternanti-nanti

    Buah cempedak di luar pagar
    Ambil galah tolong jolokkan
    Saya budak baru belajar
    Kalau salah tolong tunjukkan
    Situasi: Makan-makan bersama family tercinta sehingga kenyang. Opss terover makan le pulak.
    kucing ni saksi kejadian makan sampai kenyang..aku tipu je.kucing ni takde kaitan pun, aku suka perut dia yang gendut sebab tu gamba dia berada di sini...pic ni aku cilok dari google images..:)

    Kakak: Seeh la weh.

    Mak: Sooh haih.

    Adik: Sengkak perut doh.

    Huahaha macam-macam bahasa terkeluar da....

    Apa pun semuanya membawa maksud yang sama iaitu kekenyangan @ terlebih makan.

    Seeh - pantai timur punya bahasa terutama terengganu yang rajin guna.

    Sooh - tak sure bahasa mana sebab orang perak guna dan orang kelantan pun guna. tapi rasanya lebih kepada kelantan kot.

    Sengkak perut - ni memang sah-sah orang utara yang guna.

    Bila suka sangat cakap campur-campur, orang pun konpius kadang-kadang tu, budak ni asal dari muka bumi mana ni? Ce teka...hehe
    KUALA LUMPUR - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akhirnya meninggal dunia semalam.
    Nor Hashimah Wahid, 30, disahkan meninggal dunia pukul 6.35 pagi akibat jangkitan paru-paru ketika sedang menjalani latihan Modul Jati Diri di Kem Latihan Jugra, Banting anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sejak 23 Mei lalu.
    Difahamkan, Nor Hashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya dipaksa menjalani latihan lasak di situ walaupun pernah mengadu tidak sihat.
    Seseorang pelatih PTD wajib mengikuti latihan tersebut selama tujuh bulan yang merupakan antara syarat untuk pengesahan jawatan.
    Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu tidak sihat ketika latihan masuk hari kedua tetapi dia disahkan hanya mengalami demam biasa selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
    "Keadaan bertambah buruk apabila kami semua dipaksa menjalani latihan fizikal yang keras termasuk berkayak selama empat jam, berendam dalam kolam berlumpur dan minum air jus stoking," katanya ketika ditemui semalam.
    Tambahnya, ekoran latihan lasak itu, Nor Hashimah semakin tenat apabila mukanya kelihatan pucat dan bibir kebiru-biruan sebelum dihantar ke HTAR Jumaat lalu.
    Sementara itu, abang ipar mangsa, Zakir Hussain, 41, memberitahu, mereka sekeluarga amat kesal dengan tindakan pihak pengurusan program latihan yang langsung tidak memberitahu mereka mengenai kesihatan Nor Hashimah.
    "Pelatih tidak dibenarkan menggunakan telefon dan masa arwah demam pun mereka tidak beritahu kami. Suami arwah hanya dihubungi selepas dia dimasukkan ke ICU," katanya.
    Dalam pada itu, ibu mangsa, Norlia Hashim, 61, memberitahu, dia mendapati ada kesan luka dan lebam pada tubuh anak bongsunya itu ketika memandikan jenazah
    "Bagaimanapun, saya tidak tahu apakah punca kesan lebam dan luka itu," katanya.
    **************************************
    Air stoking? Berapa banyak kuman, bakteria ada dalam tu. Sistem imunisasi setiap manusia tidak sama. Kadang-kadang kita terlepas pandang dan mengambil remeh perkara-perkara seperti ini. 
    Takziah kepada keluarga mangsa...
    **Sebenarnya berita ni dah lama... Aku yang tersalah faham dan kurang peka dengan penerangan kawan aku yang memberi link. Sepatutnya aku tengok betul-betul. Moral of story yang aku dapat ari ni ialah jangan terburu-buru dan perlu lebih peka supaya aku tak memberi maklumat yang salah kepada orang serta memalukan pihak lain. Sory semua... 

    wahai sahabat-sahabat dan kawan-kawanku sekalian.....aku sayang kamu semua...setiap kamu berbeza dan unik.thanks for being my fwen, my best fwen. tetiba je nak emo...^_^
    Sahabat merupakan tempat yang terbaik untuk meluahkan apa yang kita rasa, masalah kita, rahsia kita. Tetapi adakah semua sahabat menjaga kerahsiaan apa yang kita luahkan? Menjaga rahsia sahabat waima orang lain sekali pun adalah tanggungjawab kita. Kerana di dalam rahsia itu kemungkinan melibatkan maruah (aib) sahabat kita.

    Sedikit perkongsiaan mengenai menjaga rahsia sahabat:
    • Jangan sesekali mendedahkan rahsia yang dikongsikan sahabat dengan kita walaupun dengan kawan-kawan yang lain. Kecualilah  rahsia tersebut melibatkan perkara yang tidak baik dan boleh membahayakan sahabat kita. Takkan lah sahabat kita cakap 'aku nak bunuh diri, ko jangan bagitahu kat orang lain' pun kita nak rahsiakn betul x? 

    • Belajar menghormati privacy. Sekiranya terdapat rahsia sahabat yang kita dengar dari sumber lain, silalah ignore jika itu bukan keluar dari mulut sahabat kita sendiri. Buat-buat tak tahu dah la kan. Jangan nak busy body terlebih kecuali jika hal tersebut melibatkan maruah, silalah tanya dengan sopan.

    • Jangan paksa sahabat kita memberitahu perkara yang merka tidak mahu kongsikan. Jika mereka perlukan kita dan selesa berkongsi masalah dengan kita, mereka akan cari kita. Tak semua sahabat kita selesa berkongsi semua masalah, so macam tu kita rasa, macam tu jugak la diaorang rasa.

    • Jika bergaduh dengan sahabat, jangan sesekali membuka segala keburukan dan rahsia sahabat kita. Apapun yang berlaku, mereka tetap pernah menjadi sahabat kita. Rahsia tetap rahsia beb, dalam Islam pun kita dilarang membuka keaiban orang. So jangan sebab sakit hati segala benda keluar dari mulut kita. Bab kata pepatah melayu ''terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.''
    Tetapi jika sahabat kita terlibat dalam perkara yang tidak elok dan meminta kita merahsiakan, seelok-eloknya janganlah bersubahat menyimpan kejahatan sahabat kita. Nasihatkan sahabat dan dapatkan bantuan jika perlu  kerana ianya untuk kebaikan sahabat kita juga. Tak gitu...
    Kepada yang berkenaan, bolehlah menyemak di  Website MPM

    Gud luck la sape2 yang dapat pegi exam 30hb ni. Aku tak tersenarai antara calon yang bakal mengambil medsi... :( Tak tahu apa kriteria dia nak panggil exam...
    Ada sape-sape ke nak gemuk? Mesti ada punyalah yang nak gemukkan badan cikit tapi tak berjaya pun. Kesian... Yang nak kurus tu lain cite ye.

    Senang je nak gemukkan badan secara tak sihat. Tapi tak semua berkesan dengan cara ni sebab ada orang memang badan jenis kurus camgitu jelah buat apa pun. Maintain katakan.

    Tara....ni la rahsia menggemukkan badan:
    • Silalah makan makanan yang berat dengan kuantiti yang banyak dan sekerap mungkin makan. Mesti korang gemuk.

    • Bila makan silalah minum air berselang seli dengan nasi dan silalah mandi selepas makan. Konpem korang akan gemuk kat perut. Haha lari...

    • Makan selepas pukul 12 malam pastu tido le... Cepat je naik berat. Hik2

    • Minumlah susu Appeton weight gain punya tuh (tapi yang ni macam tak berkesan je).

    • Cara ni paling berkesan bagi aku, silalah makan kentang setiap hari. Tak kisahlah goreng ke, buat sup ke. Panggang ke, bako ke... Sebab setaw aku kentang boleh menambahkan berat secara kekal tidak seperti buah pisang ataupun betik yang menambah berat untuk jangka masa pendek sahaja. Sebab apa kentang menggemukkan aku pun tak dapat jawab tapi kentang mengandungi karbohidrat yang tinggi, sebab tu kot...ngeee
    makan kentang boleh gemuk? fakta ke auta, so sesape yang rajin siasat silalah siasat sejauh mana kebenarannya.kalau salah, buat2 la xpenah baca pasal ni....:)

    • Seperti semua sedia maklum, 80% daripada bumi dilitupi oleh air atau ais. Hanya sekitar 20% merupakan daratan yang kita manusia duduki ni la.

    • Fakta berikutnya 97% daripada air yang ada pula merupakan air masin, 2% lagi ialah ais dan 1%  lagi merupakan air biasa yang digunakan untuk keperluan kita semua.

    • Tahu tak tubuh orang dewasa mengandungi kira-kira 40 liter ataupun 10 gelen air. Wow.... termasuk aku ke?

    • Next fakta, tubuh badan lelaki mengandungi sekitar 60%-65% air berbanding wanita sekitar 50%-60% air. 

    • Dan bagi aku yang menarik, sekitar 75% otak manusia mengandungi air. Subhanallah...

    • Sebenarnya, jaringan otot manusia mengandungi sejumlah air yang banyak manakala jaringan lemak manusia hampir tidak mengandungi air. Lelaki lebih cenderung mempunyai otot sebagai sebahagian berat badan mereka jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai lebih lemak. Patut la..:)

    • Kita akan kehilangan 2.5 sehingga 3 liter air setiap hari melalui proses semulajadi seperti bernafas dan berpeluh. Sekiranya kita bersenam atau tinggal di kawasan beriklim lembab (Malaysia la tu), kita akan kehilangan lebih banyak air lagi. 

    • Terdapat kajian yang menyatakan bahawa air dapat menguruskan badan. Mungkin ada kebenarannya sebab air tidak mengandungi kalori dan gula tetapi mampu mengurangkan rasa lapar. Air juga membantu membersihkan tubuh dari sisa. Tapi janganlah diet air sampai menyeksa badan lak.^_^


    Betapa pentingnya air kepada manusia, tetapi kita tak sedar bahawa sumber air kita terhad sebenarnya. So kurangkanlah pencemaran air serta pembaziran air. Sebabnya kita memang memerlukan air dalam meneruskan kelangsungan hidup.

    air itu amat penting kepada manusia. manusia je yang macam tak pernah sedar dengan kepentingan air di dalam kehidupan seharian. mungkin suatu hari bila sumber air betul2 dah tak ada, manusia akan menyesal... suatu hari itu, kesal macam mana sekalipun dah tiada makna..:( pic di cilok dr mr google images
    Tercabar betul dengan kerenah budak-budak di zaman sekarang, zaman moden la katakan. Bukan macam zaman aku jadi budak dulu, totally different larh.

    kalau zaman dulu2 budak2 main pondok2, main keja2, main baling selipar la, budak2 sekarang dah tak layan la semua tu. diaorang kecik2 dah main games kat laptop, kecik2 dah celik it.

    Budak zaman sekarang advance terlampau. Kecik-kecik dah reti declare-declare neh. Zaman dulu pun ada tapi tak la macam sekarang. Sekarang teknologi dah hebat, ada handphone, ada internet. Anytime boleh mesej, colling2, email, chat dan macam-macam lagi lah yang sama waktu dengannya.

    Dah tak terlarang dan tak terkawal jadinya. Makin dibantah makin buat ada lagi la. Tak pun tunjuk protes tanda tak suka dengan teguran orang. Ada yang lari dari rumah le, ada yang commit suicide lah. Adoyai memang terlampau diaorang ni.

    Sebab tu sejak dari kecik budak-budak ni perlu diberi pendedahan yang cukup untuk menghadapi dunia yang serba serbi mencabar. Perlu diajar supaya boleh menerima pendapat orang yang lebih dewasa. Perlu diajar menghormati orang lain. Jangan dimanjakan berlebihan sampaikan nak apa pun dapat.

    Masalah besar bakal timbul dikemudian hari apabila sesuatu yang dikehendaki masa tu dia tak dapat sebab sejak kecik da terbiasa dapat semua dia nak. Dan sejak kecik segala kemahuan dia dituruti. Tak ke haru nanti?

    Nak tak nak kita terpaksa survive dengan dunia yang semakin berubah. Mengajar dan mendidik anak-anak mengikut zaman. Tapi apapun yang terbaik pendidikan agama patut diutamakan dalam proses diaorang membesar. 

    Diaorang bebudak zaman moden, so kita ibu or bapa zaman moden ataupun kakak-kakak zaman moden...
    Dalam keadaan yang tak normal segala benda yang normal akan menjadi tidak normal.

    tak taw la apa kaitan pic ni ngan entry. tapi bila tak normal harus menitik jugak air matakan especially bila hati sakit ataupun teringat someting yang tak patut. pic from google image..:)

    Situasi 1: Ada orang lebihkan orang lain daripada sudut tertentu seperti kurang pedulikan kita ataupun terlepas pandang kita sebagai orang yang penting. Dalam keadaan normal lantak la peduli apa aku, ikut suka korang la nak macam mana pun. Buang karen je aku nak amik kisah. Tapi dalam keadaan tak normal, sakitnya hati aku. Mentang-mentang aku tak keje gaji besar, hidup menumpang, aku selalu dilupakan.

    Situasi 2: Bercakap-cakap pasal kerjaya dengan kawan-kawan atau orang lain. Kawan atau orang tersebut macam menyalahkan kita sebab tak pandai nak hidup atas kaki sendiri. Dalam keadaan normal, tak apa la itu pendapat korang, aku hormat setiap pendapat orang sebab tak semua orang boleh meletakkan diri kat tempat orang lain. Dalam keadaan tak normal, takpe-takpe, aku sedar sape aku, tak layak keluar pun dengan korang, tak layak bercampur dengan korang.

    Situasi 3: Semasa memandu kereta, tetiba ada kereta menyelit-nyelit ataupun terlalu lambat ataupun tak sabar-sabar nak potong kita. Dalam keadaan normal, bagi je la ruang dah ko nak pegi sangat pegi je la dulu. Dalam keadaan tak normal, bodoh punya kete tak taw undang-undang ke. Eksiden nanti padan muka ko. Siap nak hon panjang-panjang lagi kat kereta tu.

    Banyak lagi situasi menjadikan manusia normal sebagai tidak normal. Tu antara contoh yang ada yang mampu aku taip sekarang. Kemalasan nak berfikir dan menaip situasi yang lain.

    Apa pun yang berlaku kita harus sentiasa mempositifkan balik otak. Jangan terpengaruh dengan keadaan sekeliling kita yang tidak sihat, yang mengelirukan dan mempunyai banyak kesan negatif.

    Mulut oranglah senjata paling menyakitkan, so silalah beri perhatian untuk menidakkan ayat-ayat yang tidak sepatutnya terkeluar.

    Please jangan buat aku jadi tak normal hokey....
    Semenjak dua menjak ni rajin mengusha rumah sewa dekat mudah.my. Jalan-jalan cuci mata tengok harga rumah sewa yang terkini. Berbanding dengan tahun lepas, harga yang diletakkan oleh tuan rumah boleh tahan tinggi.

    Dah la harga sewa tinggi, sesetengah tuan rumah mengambil kesempatan meletakkan deposit 1+1+(air dan elektri). Dan ada yang meletakkan sewa 1+2+(air dan elektrik). Air dan elektrik pulak ada yang counting deposit sampai RM200++. Mok cik kayo haih.

    hak penyewa dan tuan rumah sepatutnya sama-sama penting. tuan rumah tak boleh pentingkan diri, penyewa pun tak boleh pentingkan diri. tuan rumah dan penyewa seharusnya saling jujur. pic from:google image


    Penting ke deposit tu sebenarnya?

    Memang deposit penting untuk melindungi hak tuan rumah sekiranya penyewa tidak membayar sewa dan lesap macam tu je dan juga jika terdapt kerosakan yang disebabkan oleh penyewa. Deposit air dan elektrik juga penting sekiranya penyewa lesap dan terdapat bil yang tertunggak.

    Tapi.....

    Tuan rumah sekarang macam nak ambil kesempatan je. Bukan sekadar melindungi hak mereka tetapi bila diamati senario sekarang, tuan rumah mengambil kesempatan ke atas penyewa.

    Aku tak pasti jika terdapat akta or undang-undang berkaitan penyewaan rumah. Tetapi pandangan aku, sekiranya penyewa keluar dari rumah dengan cara baik dan keadaan rumah elok, deposit haruslah dipulangkan kepada penyewa. Dan begitu juga deposit air dan elektrik, jika terdapat baki setelah ditolak bil, haruslah dipulangkan. Kebanyakan tuan rumah sekarang claim deposit air dan elektrik kepunyaan mereka dan tidak perlu dipulangkan. Ye ke macam tu?

    Satu lagi, masa tengah usha-usha ternampak ada tuan rumah memasukkan deposit pindah bersih. Apakah itu? Beban baru untuk penyewa ke? Tujuan deposit tu untuk apa? Untuk bersihkan rumah sebelum dan selepas diduduki ke? Apa yang aku tahu memang menjadi tanggungjawab tuan rumah memastikan rumah clear sebelum diduduki penyewa baru.

    Pengalaman aku sendiri sebelum ni, masuk rumah terpaksa bersihkan sendiri je. Penyewa sebelum ni tinggal macam-macam benda. Tapi aku tak nak berkira sangat. Pastu janji nak pulangkan deposit air dan elektrik pun tinggal janji. Padahal selama ni bil air dan elektrik aku memang free. Tak pe lah, dia buat dia tanggunglah. Kalau dia rasa halal sendiri mau ingatlah.
    Mana satu yang selalu digunakan untuk cakap dengan orang?

    Aku ke Saya?

    Aku nampak macam kasar cikit tapi sebenarnya bukan tak sopan dan tak beradab.

    Saya nampak macam sopan dan beradab. 

    Itu hanyalah pengganti diri. Kalau kita berdoa meminta dengan Allah S.W.T pun kita bahasakan diri sebagai Aku. Ke ada yang guna saya ni? Mungkin ada tapi tak rajin dengar la macam tuh.

    Aku sendiri kalau dengan kawan-kawan lebih banyak menggunakan Aku kecuali kalau kawan-kawan memang guna ganti diri saya ataupun nama sendiri. 

    Kalau dengan orang lebih tua gunakan saya ataupun nama. Kalau dengan yang rapat macam mak aku sendiri aku gunakan 'orang' sebagai pengganti diri.

    Maknanye ikut dengan sape kita bercakaplah. Dan kalau dengan kawan-kawan ikut kawan la, kalau dia bahasakan diri saya-kamu, maka aku pun ber'saya-kamu gak lah.kalau dia bahasakan nama contohnya ain-aisha, maka aku pun bahasakan nama jugaklah. Kalau dia bahasakan diri aku-engkau, maka ber'aku-engkau lah jugak aku. Kalau dia bahasakan diri aku-hang, maka aku-hang jugak lah aku. 

    Bak kata orang fleksibel-tak kisah pun dan ikut je mana yang terbaik dan disenangi kawan-kawan. 

    So salahkah jika menggunakan aku sebagai pengganti diri? Jawapannya tak salah tetapi haruslah bersesuaian dengan keadaan. Takkan la nak cakap dengan cikgu, lecture or bos menggunakan ganti diri aku kan? Nampak tak sopan la pulak kalau digunakan. Setakat dengan kawan-kawan or adik beradik yang dah biasa tu memang tak ada masalah malah nampak lebih mesra kadang-kadang tu.

    Aku ke Saya? Mana-mana aje lah....:)

    aku atau saya terpulang kepada diri sendiri nak pilih yang mana sebagai pengganti diri asalnya kena dengan keadaan dan tidak dianggap sebagai kurang bersopan. tepuk dada tanyalah hati.

    Sebelum ni aku guna ATM kad yang biasa je kaler biru tu.
    kad ATM BSN ni la asalnya yang digunakan. tapi tak taw apa kes tetiba cip dia tak boleh dibaca. hurm terpaksa la tukakan dengan yang baru.
    Tapi tak tahulah sejak habis belajar dah jarang guna, tiba-tiba nak guna cip dia dah tak boleh dibaca.

    Nak tak nak kena la tukar sebab nanti susah segala urusan. Nak beli pin number pun susah. So pergilah BSN buat kad ATM yang baru. Kena charge RM12, ditolak dari akaun bank.

    Ni kad ATM BSN aku yang baru
    kad ATM BSN yang baru. memang cantik dan menawan warnanya dari yang dulu punya. tapi  tetap bermasalah jugak...haiyak
    Tapi masalah baru pula timbul bila tidak semua ATM dapat baca cip tu. Aku ingatkan cip dia rosak semula walaupun baru tukar. Tapi bila try kat ATM lain boleh pulak. Sesetengah ATM dapat baca, sesetengah tak dapat baca. Aku pun konpius kenapa macam tu. Tak de masa pulak nak tanya kat cawangan BSN terdekat kenapa macam tu.

    Ingat nak daftar mybsn, tak jadi la pulak sebab ATM terdekat tak dapat nak baca cip. Hadoi....

    Entry yang berkaitan:
    Jom daftar myBSN (1)
    Jom daftar myBSN(2)
    Tetiba je teringin nak buat header sendiri. Macam biasalah tergagau-gagau maklumlah aku ni asyik meredah je. Macam buat blog ni jugak la, blur je. Huahaha

    Bersemangat search cara membuat header tapi bila kuar xboleh nak baca sebabnya puan internet sedang datang bulan kot. Slow teramat.

    Okeh berbalik kepada header. Asalnya aku bercita-cita nak buat header guna adobe photoshop tapi bila di'try' macam tak menjadi je, pulak tu hang habis laptop. Jenuh aku nak end program. Hadoi sakit hati den.

    Sebagai altenatifnya, aku cuba try guna photoscape je la. At least photoscape ni tak se'complicated' adobe photoshop. Dan takkan hang kan laptop aku. Al maklum aku punya laptop memang tak sesuai sebenarnya nak run cs. Huhuu.

    So hasilnya....
    Header pertama hasil ciptaan aku. Jenuh haih bermain dengan width gamba ni. 5-6 kali save baru dapat width yang sesuai. da la tenet cam sengal je.
    Boley la..... Memang tak lawa pun sebab aku ni bukan seorang yang kreatif dan inovatif.

    Yang penting hasil air tangan dan titik peluh aku sendiri. Macam buat apa je.

    kucing haiwan kesayangan yang manja. walaupun kadang kala nakal dan suka messy-messy kan semua barang, dia tetap nampak comey. 
    Teringat semula peristiwa yang menyakitkan hati:

    Teringat bila mak cik yang tak tahu erti susah dan tidak cuba memahami keadaan orang, mulut tak ada insurans langsung. Cakap ikut sedap dia je tanpa memikirkan natijah dari apa yang diucapkan iaitu hati orang lain telah tercalar.

    Kenapa ye mak cik macam tu? 


    Sebab mak cik tak pernah rasa apa orang lain rasa. 


    Sebab anak-anak mak cik semuanya berjaya. 


    Sebab mak cik punya nama dikalangan kawan-kawan. 


    Sebab mak cik tak pernah melihat dengan mata hati mak cik. 


    Banyak alasan lain lagi.

    Tapi..... Mak cik kena ingat....

    kenapa manusia tu terlalu selesa bila berada di atas, sampai hilang rasa hormat dan lupa orang di bawah. kehidupan yang sepatutnya dikongsi bersama bukan dipersoalkan.
    Sekali mak cik dah kat bawah baru mak cik tahu macam mana perasaan orang yang mak cik pernah lukakan dengan ayat power mak cik dulu.

    Kepada mak cik berkenaan, aku dah hilang sedikit rasa hormat kat dia sebab bagi aku orang macam tu tak layak dihormati sepenuhnya. Kira baiklah tu kan aku still terpaksa hormatkan dia sebagai orang yang lebih tua dari aku.

     seandainya sudah tersurat antara kita tiada jodoh, untuk apa dipersoalkan ketentuan takdir..  sayang tidak semestinya bersatu. 

    sape agaknya dengan selamba akan mengeluarkan ayat seperti di atas kepada bekas kekasih ? memang salute larh...
    cutekan picture ni.aku cilok dari google image...:)
    Bila lebam-lebam mula muncul.... Sana sini, macam kena dera je. Tak pun orang tua-tua cakap hantu gigit. Eh hantu lak kena, padahal dari logik kepala otak aku, darah tak jalan secara normal.

    Tak larat yang amat... Tapi buat-buat larat je sebab otak kena fokus kat benda lain. Ko ingat hidup ni kena fokus kat diri sendiri je ke. Salah besarlah.

    Rasa nak marah je... Emosi yang amat tidak stabil. Sory kalau termengamuk tak tentu pasal. Tak sengaja pun, automatik tak dapat kawal.

    Heart beating faster than usual... Macam lari pecut je. Tak pun macam buat jenayah, pastu berdebar2 takut kena tangkap. Mesti penahkan rasa macam tuh.

    Kena amek more supplement- kalsium, vitamin2, magnesium n etc. Lemah aden pasal ni,maklum tak skool pasal menda alah ni.

    Avoiding junk food, fast food, soys product n certain type of unhealthy food-satu penyiksaan.

    Consult doctor? In dis situation doctor make peoples feel more sick, more worst. Kenapa eh? Sebab doktor yang aku jumpa cam hampeh jek. Nama je dokte tapi knowledge n tahap kepekaan aku bagi 3/10. Huahaha suka ati aku je.

    When heart starting to says:you are strong enough more than peoples  can imaging.... Moral of story, kita lebih tahu apa yang kita lalui berbanding orang lain. So xsalah la if aku xde perasaan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google Analytics Alternative