Friday, December 16

Kalau Salah, Minta Maaf

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak dapat jenguk blog dan sahabat-sahabat semua. Saya sudah kembali... Tapi penat yang teramat dari pagi drive, rehat kejap petang sambung drive lagi semalam, malam baru sampai umah. Aku bukan superwoman, memang bukan pun.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang di kampung dan semestinya banyak ketinggalan mengenai perkembangan blog sahabat-sahabat. Tarik nafas sat baru BW ke blog-blog orang.

Asal balik sebab ada urusan dengan pejabat tanah. Mana taknya dah sampai ketua kampung cari, suruh balik secepat mungkin. Tapi apa yang berlaku, rupa-rupanya tak ada kaitan langsung pun. Tanah tu dah bertukar hak milik, tapi tak tahulah macam mana depa ni buat kerja, tetiba sampai surat suruh amek geran baru tapi masih bawah nama mak aku. Tanah tu dah pindah milik kat kakak aku sebenarnya bulan 10 hari tu.

Tak tahu hujung pangkal (surat kat ketua kampung), ingatkan tanah tapak rumah so baliklah. Rupa-rupanya bukan, nak kata sia-sia tak boleh juga sebab ada hikmah jugakan. Dah lama pun tak balik kampung. So redha aje la walaupun mula-mula bengang jugak dalam hati.

Sebabnya dalam sistem depa tengok mula-mula masih nama mak aku tanah tu. So depa meragui tanah tu dah berpindah milik. Sedangkan aku yang pegang dan belek geran baru yang dah berpindah milik ke atas nama kakak aku tu. Siap dah bayar segala kos lagi. Konpius jugak tu kan.

Bila aku buat muka tak puas hati dan bising-bising, depa cuba semak sekali lagi. Ada la pulak maklumat bahawasanya tanah itu sudah bertukar hak milik. Takpe la manusia kan tak sempurna, asalkan permohonan maaf diucapkan aku pun takkan berkira sangat.

Aku: Kalau dah salah, minta maaf insyaallah sejuk hati orang nak marah balik pun. Tapi tak semua kot, ada yang jenis walau sudah diminta maaf tapi still masih tak puas hati. Takpe sekurang-kurangnya kita berani mengakui kesilapan kitakan.

15 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xsusah nak mohon maafkan..ego tu yg mslhnya..

sbr ea.

Tihara said...

bearani mengaku kesilapan dan minta maaf tu bagus tp kadang2 penerimaan orang tu mengecewakan

diana said...

ada jugak yang susah nak minta maaf semata2 takut orang anggap dia salah..

mR.aSLaN said...

betul tu ...
saya kalau org da minta maaf,
sejuk ati ..
cam eksiden aritu ..
kalau tak kene debik gak..
tp da org minta maaf..
takkan nak balas dgn tangan dan kaki plak kan:-)

Nens Collection said...

betul tu aisha,maaf tu boleh sejukkan hati sape2 yg tgh marah..
kene amalkan selalu..;)

dwaty said...

saya pernah jumpa... dah tau dia salah... minta maafla... ni tidak... lagi nak betulkan benda yang salah... sabar je la...

kalau org minta maaf hati kita pun pasti akan sejuk kan???

Miss Nadya said...

pening kan bab tanah ni..

p/s :: nad masih mencuba ni..:)

wahida said...

betul tu...at least dah mintak maaf kita sejuk sikit hati tu kan...


salam kenal, terus follow sini...

Teenager Housemaid said...

yup..
betul tu..
kalau salah, minta la maaf..
sbb manusia ni..marah macam mana sekalipun..
kalau minta maaf kat die..insyaALlah tetap akan maafkan..:)

Munnafendy said...

diorang ada mintak maaf ke?

kalau jd kat sy panas hati jgk tu..tp dh nk jd kan..dpt gak balik kmpung =)

Totie@Tomy said...

maaf maafkan tu sangat dituntut oleh agama kita..

Juliet_iRa~" said...

tul tu...kdg2 susah juga nk maafkan sbb hati sakit kan..tp lambat laun ok juga...:)

pss : tu la aishah...kalo dpt melaka posting nt senyum je la..heee

ILA HonEyBuNNy said...

org y melakkan kesilapan itu adalahorg y jujur kan...

sma la..bz skrg neh...sob3..

♥e'in♥ said...

ramai yg ego.. tu yg susah nak mintak maaf kak..

remyhazza said...

memaafkan itu sifat yg mulia.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...