Assalamualaikum...

Entry ni sesuai untuk yang dah berkahwin atau bakal berkahwin. Ala kalau tak kahwin lagipun apa salahnya ambil tahukan. Ini pengetahuan umum yang wajib semua ambil tahu. Lepas ni tak payah dok main tarik2 rambut or tudung ye, jumpa je kat court.... Kelas kau... Huhuu

Seksyen 36-memujuk lari perempuan bersuami
Mana-mana individu yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakankan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

Seksyen 37- menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
Mana-mana individu yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

Seksyen 38-menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan
Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua2nya.

Cara
Kemukakan aduan ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan anda.

Sumber: Majalah Wanita

Aku: Sape2 yang berniat nak jadi pihak ketiga tu jaga-jaga, nanti tak pasal2 naik court. Sape2 yang rasa teraniayai dengan pihak ketiga tu, ini hak anda yang diperuntukkan oleh undang2, gunakan dengan sebaiknya. Orang ketiga tu tak semestinya kekasih suami or isteri, tetapi keluarga kedua2 pihak pun boleh menjadi orang ketiga.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative