Goreng Pisang ke Pisang Goreng

Assalamualaikum....

Goreng pisang ke pisang goreng yang betul ni? Dua-dua pun betul tapi tengok kesesuaian ayat tu lah dengan apa yang kita maksudkan. Bukan apa kadang-kadang aku pun main cakap hentam kromo aje. Bila fikir balik, eh salahlah, teruknya Bahasa Melayu aku.

Ni berdasarkan kefahaman aku:
Goreng pisang-merujuk kepada perbuatan.
Contoh:Kak Mila sedang menggoreng pisang ketika saya pergi ke rumahnya.
Pisang goreng-menunjukkan bahawa pisang tersebut telah siap digoreng
Contoh: Pisang goreng sedap dimakan ketika masih panas kerana ianya lebih rangup.

Aku: Eh layak tak jadi cikgu Bahasa Melayu? Hahaa

Comments

remyhazza said…
betul tu... kekadang selalu tersalah sebut....
beli pisang goreng bukannya beli goreng pisang !
YAYA AZURA said…
Hihi..teringat zaman sekolah...tu namanya Hukum DM kan?
Miss Nadya said…
ewah..:)

hehe..:)

p/s :: ha'ah..kene register c box..:)
Boyz_ed said…
Mestilah pisang goreng ! Goreng pisang kata kerja kan ? Betul kea ? :D
littledolphin said…
haha.

benda ni memang kita selalu keliru.

masa sekolah rendah,cikgu asyik duk ulang benda ni je la.haha
saya memang selalu keliru antara goreng pisang and pisang goreng huhu
(",) rasanya bila dah meningkat dewasa,da dapat bezakan kot perkara nih...

boleh jadi cikgu bahasa kalau camni...hehe...

Cikgu, tolong belikan pisang goreng rm3 ya...
ZORA said…
dri dulu ag memng tak dapat nak bnding grn pisang dgn pisang greng 2..da lupe da cikgu ajar dulu mse sekolah rendah..hehehhee
Juliet_iRa~" said…
ehehe tepat sekali..

boleh jd cikgu da..heeee
ramai dok pilih goreng pisang..sbr jela..

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing