Wednesday, December 21

Bentuk Badan Wanita

Assalamualaikum...

Bentuk badan wanita ada banyak jenis dan ianya pelbagai. Tetapi secara umum terdapat lima jenis bentuk badan yang selalu dipadankan dengan wanita. Ni bercakap pasal bentuk badan sukalah lelaki ye. Okeylah lima bentuk badan tersebut ialah:

Bentuk Jam Pasir (Hourglass)
Ini dianggap sebagai bentuk badan yang sempurna. Ukuran dada dan pinggul adalah hampir sama dan ukuran dipinggang lebih kecil. Bentuk hourglass yang sempurna di mana perbezaan antara pinggang dan dada serta pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya 9". Ni macam bentuk duyung tu kot..


Bentuk Pear
Jika terdapat perbezaan yang besar dalam ukuran antara pinggul dan dada tetapi hampir tidak ada perbezaan di antara dada dan pinggang, itulah bentuk pear. Pinggul selalunya dua inci atau lebih besar daripada dada serta pinggang adalah kurang daripada 9.25" lebih kecil daripada dada. Ni lak macam kerengga kot, ke kerengga tu bentuk hourglass, konpius lak.


Bentuk Pembaris
Hampir tidak ada perbezaan dari segi ukuran pinggang, dada dan pinggul. Pinggang 9" lebih kecil daripada dada. Ini orang selalu cakap badan straight dan takde cutting. 


Bentuk Kon
Kebiasaanya dada dan pinggang adalah sama tetapi pinggul sekurang-kurangnya sembilan inci lebih kecil daripada dada. Ukuran standard, dada 3.6" atau lebih besar daripada pinggul dan pinggang kurang daripada 9" lebih kecil daripada dada.



Bentuk Epal
Ukuran pinggang seperti lebih besar berbanding ukuran pinggul dan dada.

Hehee pasni pakat-pakat cari pita pengukur la..ukur mana satu jenis badan korang.

Aku: Bentuk badan aku? Mana boleh bagitahu..Rahsia..:)

18 comments:

Miss Nadya said...

hehe.ada2 aja kn??

p/s :: page load time brapa dear?

nuyui a.k.a miss YUI said...

tau yg mana..tp rahsiaaa..hahah..

MulutPayau said...

Bentuk badan akak pun ada kat situ..hihihi

wahida said...

dah lama tau aku ni bentuk pear...huhu...

LAici KAng Ais said...

rahsia pulak.haha :)

chae ra said...

ala..malunye ckp psl bentuk bdn ni... *blushing

Onitsuka_hana said...

mana satu ye..kena ukur dlu ni

Juliet_iRa~" said...

hee..ira pnya pon rahsia juga..kekeke ;p

Lia Irdelia said...

wahhh,,
mcam2 bentuk pun ada..
nak yang no1 boleh x?.. hehhee

Teenager Housemaid said...

heee~
tataula saya ni kategori mana..;p

ZORA said...

yg bntuk pear yg cun 2..:)

Dieya said...

aku pembaris kot..ye la kot kan sha hhahah

Nens Collection said...

hehehe..bentuk badan die rahsia ek..hehe
emmm..akak pon rahsia jgak ler..hehehe

Cik Bambam said...

bentuk kon tuh mcm pelik lak eh... atas besar.. ehehhehe..

ummuainries said...

macam2 adaaaaaaaaaaaaa.....
(✿◠‿◠) .. (✿◠‿◠)

Ahmad Syuxer said...

wahhh..ada gak bentuk2 wanita..tq share..syuk tak tau pun pasal ni..;)

Sa said...

huh?bentuk pear cun.kebanyakkan pompuan malaysia pear la..gemuk tang bawah..cantik ke.yg cun harusla hourglassss

Sa said...

bentuk hourglass la cantik.pear watpe.kebanyakan pompuan mesia bentuk pear gemuk di bahagian bawah.

tp sy takde kot.sebab ukuran dada n pinggul sama.ukuran pinggan beza 7 inch je bkn 9 inch.taktau cane

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...