Saturday, December 3

Banjir Kilat melanda Kajang

Assalamualaikum...

Sangat penat setelah terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Dari highway memasuki jalan Kajang - Semenyih sekitar pukul 7, terkejut tengok kereta yang banyak macam semut je. Semut bercahaya dari jauh.

Dalam hati kenapalah ni, takkan ada accident kot. Sebab selalu kalau jam mesti sebab ada accident ataupun kereta rosak. Tapi takde lah sampai seteruk tu jamnye. Ini memang tahap melampau, dua lorong bertukar menjadi lima lorong sebab ada kereta daripada susur termasuk aku di lorong ke empat.
Kualiti picture tak berapa jelas, hanphone cikai je...^_*...masuk gamba buat syarat je...;p
Rasa sangat tak secure berhimpit-himpit macam tu, terutama bila sebelah kita lori. Nak lari jauh-jauh tak boleh, nak tak nak tawakal je la. Attitude sesetengah manusia yang pentingkan diri tanpa memikirkan keselamatan orang pun membuat hati geram. Bukan senang aku nak tekan hon., tapi hari ni terpaksa. Walaupun cuaca sejuk, mendidih juga.

Dari kejauhan nampak lampu spot light kelip2, hati mula tertanya2 eh ada accident teruk ke kat depan. Dah sampai ke depan terperanjat bila tengok banjir kilat rupanya. Air naik mencecah paras betis, spot light amaran rupanya sebab traffic light kat situ langsung tak berfungsi dan kawasan tu gelap, ramai yang tak perasan banjir.

Patutlah semua penunggang motosikal berhenti beramai2 kat stesen minyak dan kawasan sekitar tepi jalan. Banjir rupanya. Alhamdulillah jalan masih boleh dilalui walaupun banjir kecuali bagi motosikal. Cuma dengar la enjin bunyi pelik sikit tadi, dah la baru servis.Huhuu

Aku: Tolonglah jangan pentingkan diri diwaktu kritikal. Macam tadi ada sebuah kereta tu banjir pun laju siot pecut, mencilok2 tanpa signal dan hampir melanggar orang yang menjaga (polis kot) kat tengah2 banjir tu. Orang lain pun penat, nak cepat juga, terperangkap juga.

24 comments:

cik golek...... said...

wahh..dah banjir dah..

ZORA said...

ohhh...nnti msti kl pon bnjir jugak ni...

nurathirahkaman said...

nasib baik perlis ta banjir lagi...hehehehe..:)

MulutPayau said...

Nasib baik keta tu tak mati...yg penting berani....
Memang geram kan kalau ada yg pntingkan diri sndiri.....mcm dia jer nak balik umah....

Daddylicious said...

eee tak best yer...:)

L said...

bawak hati2 k akak. =)

jom baca kejap=0
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

Kancil 8349 said...

berhati hati dengan air banjir nie...boleh bawa penyakit

Run Away said...

wah...dah banjir...tempat sy pun ujan tiap2 awieh...

Mohd Izzar said...

wee,,, smoga takda papa yg bruk la yg berlaku :D

pilot yohan said...

fuh, awak pakai kete ape....giler gigih meredah...saya satu jer takut banjir ni klo kete x sempat nk diselamatkan..sbb skali klo daa masuk air nak overHall kete sy, mau 7-8riban! haih........harap2 xkan kene lalui ujian camnie....aku tgh penat2 kumpul duit nk berjalan ni..

cheers

ILA HonEyBuNNy said...

pagi tu ila terkejut dengar org dk cita dalam fb kajang banjirr....

apa la org tu...xdk kesedrn sivik tol..

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@cik golek......
banjir kilat je ari 2....

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@ZORA
huhuu...tak taw la kl,selalu banjir kilat le jugakkan.

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@nurathirahkaman
alhamdullilah kalau xbanjir...;p

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@MulutPayau
tu la kak...banjir2 pun nak drift n mencilok2....org lain pun terperangkap jugak...sejam lebih gak slow2 gerak baru lepas banjir...

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@Daddylicious
mmg xbest...

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@L
insyaallah berhati2...:)

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@Kancil 8349
betul tu....semua dah bercampur dlm air tu...

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@Run Away
tempat rendah risau kalau ujan tiap2 ari...

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@Mohd Izzar
alhamdulillah xde perkara buruk yg berlaku..

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@pilot yohan
kereta viva yg come lote....hehee.tu la pasal kalau insurans xamek utk banjir mmg sakit la sapa2 yg tenggelam kereta tu.kmpl duwet nk p jln mana tu?hehee

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@ILA HonEyBuNNy
hari tu akak dr KL terus ke Putrajaya....mmg xtaw apapun.balik baru terkejut tgk banjir....huhuu

nuyui a.k.a miss YUI said...

xsgka sana banjir..

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

tu la....mmg xsangka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...