Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang mengikuti kes blog budak gigi rabbit tu, yang gunakan identiti palsu untuk membuat blog tersebut dan kemudian membuat satu entry pendek yang menimbulkan kemarahan peminat-peminat fanatik k-pop?

Aku tak nak ulas pasal kes tu, ianya dah jadi kes polis pun dan aku percaya pihak berwajib dah ambil langkah dan tindakan sewajarnya. 

Aku cuma terasa sangat terkilan bila membaca komen-komen kat entry tersebut. Ada komen yang ditinggalkan diselit dengan unsur islamic, siap keluarkan hadis dan hukum bagai, TETAPI ternoda dengan perkataan yang tak sopan dan tak sepatutnya ditulis oleh adik-adik sekalian. (tak cek pulak betul ke tak fakta2 mereka tulis tu)

BABI, BODOH, SIAL, FUCK, MIDDLE FINGER dan apa lagi tah perkataan yang tak sedap didengar ataupun tak sedap mata nak baca. Adik-adik macam ni ke bahasa kamu semua? Bahasa yang kasar dan dah hilang nilai adab sopan.

Seelok-eloknya bahasa kita kenalah jaga adik-adik sekalian. Jangan jadikan bahasa kesat dan kasar seperti itu sebagai bahasa seharian kita. Itu bukan budaya kita, bukan adat ketimuran kita. 

Kalau pun kat luar memang jenis berbahasa kasar seperti tu, kat komen berlapis la sikit bahasa jangan main lepas aje macam kita bercakap. Itu memberi tanggapan yang tak baik terhadap diri sendiri jugak.

Dengan kawan-kawan memanglah perkataan bodoh, bengong, ngek tu dah menjadi perkataan biasa yang membuat persahabatan bertambah mesra. Tapi secara umum rasanya tidak wajarlah begitu. Bukan nak suruh hipokrit tapi nak suruh jaga sopan santun aje.

Aku: Kadang-kadang kemarahan menyebabkan kita mengeluarkan bahasa yang agak kesat. Maklumlah hati tengah panas, geram, menyampah-semua cukuplah, pihak ketiga iaitu syaitan pun terhegeh2 join sekali, bersorak gembiralah dia bila kebaikan ditolak ke tepi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak jari jemari menaip buruk padahnya (peringatan untuk diri sendiri).

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative