Assalamualaikum....

Siapa suka kucing silalah angkat tangan. Siapa tak suka kucing silalah buat2 tak tahu. Siapa takut kucing silalah angkat kaki. Entry ni tentang kucing, siapa tak suka jangan baca.

Ada orang memang tak suka kucing. Ye la renyah nak jaga kucing tambah2 kalau kucing tu suka membuang merata2, suka panjat sana sini. Jadi tak suka la sebab rasa macam menyusahkan diri je nak jaga kucing. Ada je barang pecah nanti disebabkan kenakalan kucing.

Ada orang takut kucing. Bila nampak kucing, dia akan melarikan diri sejauh mungkin dari kucing tu. Cuba test bawa kucing kat orang yang takut dengan kucing. Harus dia menjerit sambil melarikan diri. Haha jangan try buat nanti kecoh pulak satu kampung.

Ada orang pula benci dengan kucing. Meluap-luap perasaan benci tu bila nampak kucing. Bila nampak najis kucing agaknya apa jadi? Lagilah berapi2 kebencian tu dan bertukar menjadi kemarahan. Hilang kewarasan sampai sanggup cederakan hatta mencabut nyawa makhluk bernama kucing tersebut. Padahal mencabut nyawa makhluk lain bukanlah hak kita.

Sangat berbeza sebenarnya tak suka, takut dan benci tu. Korang dalam kategori mana? Harap2 setakat tak suka atau takut je. Kalau suka atau sangat suka tu lain cerita ye.

Mood: Missing my Gemuk

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative