Assalamualaikum....

Tengah pening-pening lalat ni mencari rumah sewa. Dah klik kat mudah.my tapi belum jumpa yang sesuai dengan harga yang dikehendaki. Susahnye nak cari sebijik rumah sewa yang betul2 sesuai.

Rumah sewa sekarang ni mahal la. Tuan rumah markup harga, harga syiling tu(macam barang kawalan le pulak), harga yang paling tertinggi so depa boleh untung lebih. Untung sungguh  sape yang ada rumah untuk disewakan tu. Katakanlah bayar bulan2 kat bank RM500, tapi letak letak sampai RM700, RM800. Tolak la yuran penyelenggaraan bangunan, bil indah water ngan cuti pintu pun still dapat untung lagi. Kalau sape yang takde hutang dengan bank dah tu, memang untung besar dah. Mok cik kaya...

Sebab tu ada yang kata, "daripada menyewa, baik beli je rumah sendiri sebab lebih untung bayar bulan2 kat bank daripada bayar kat tuan rumah".

Untuk yang dah tetap kerja tu memang la tak bermasalah sangat, tapi untuk yang belum bekerja, kejap keje kejap tak keje, status jawatan kontrak agak sukar juga nak beli rumah. Nanti tetiba kontrak tak sambung, tak dapat nak bayar monthly payment lak dah. Tu kalau pinjaman perumahan lulus, nak lulus pun bukan senang kalau status jawatan masih kontrak.

Rumah tu penting. Ramai juga yang melabur dalam housing property ni untuk future income. Kalau ada duit lebih tu, pertimbangkanlah membeli aset seperti tanah dan rumah. Harga property macam ni makin naik, bukan makin turun.

Aku: Gigih mencari rumah sewa, tapi susahnya nak dapat rumah sewa yang sesuai.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative