Assalamualaikum.....

Esok, 17 November 2011 keputusan UPSR akan diumumkan. Eh apesal aku yang nyibuk ni? Takde la ada seorang blogger tulis berdebar menunggu keputusan UPSR anak dia. Tu pasal aku taw esok result UPSR diumumkan. Kalau tak, memang tak tahu. Hehee

Bercakap pasal result, sekarang semuanya kat hujung jari. Taip2, tekan dapat taw dah result, maklumlah boleh cek online je ataupun menerusi SMS. Fuyoo canggih tu. Zaman aku mana ada macam tu. Henpon pun baling anjing mati kot.

Result gempak ke, hancus ke sah2 la mak bapak akan dapat tahu walaupun anak tu tak hingin nak bagitahu. Mana nak sorok dah? Kalau dulu boleh la renyuk2 result tu, koyak2 ke takpun sorok la kat mana2 sebab tak nak mak bapak tahu. Jenuh haih mak bapak pegi sekolah tanya kat cikgu pulak.

Sekarang? Tak payah susah-susah, klik2 je dah tahu result anak masing2. Ha mana nak sorok dah?

Apa2 pun semoga semuanya mendapat result yang terbaik la. Kepada Kak Kamsiah yang berdebar2 menunggu result anak dia, semoga anak akak mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Rileks la baru UPSR kan...(uiks ayat jahat ni)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative