Assalamualaikum...

Aku antara peminjam yang tidak menukar perjanjian PTPTN ke ujrah. Ni angkara undecision punya pasal le, hati berbolak-balik nak sign ke tak. Nak tak nak. Padahal dah print out pun agreement baru tu. Tinggal nak isi dan sign pastu cari saksi serta beli setem hasil pastu poskan je ke pihak PTPTN.

Banyak perkara yang perlu diambil kira sebab banyak komitmen lain yang lebih utama. Ye hutang tetap hutang tapi bila rasa tak berbaloi itulah yang jadi. Win win situation tidak berlaku dalam situasi aku sekarang. Win situation still goes to PTPTN in my cases.

Apa yang aku membebel ye? Sebenarnya aku dah berjumpa perunding PTPTN tapi masih tidak berjaya mengubah hati yang berbolak-balik tu sebab rundingan membuat aku lagi buntu. Ni pendapat peribadi aku je mengenai sistem ujrah setelah membuat sedikit research dan berbincang dengan rakan2 yang lain.

  1. Bagi peminjam yang tak dapat nak bayar fix secara bulanan aku rasa macam tak menguntungkan. Sebabnya termaktub dalam clause no 8 perjanjian tu  "Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN". Aku ada tanya kat perunding PTPTN tu cara pengiraan denda tu dan jawapan dia itu nanti sistem yang kira. Oh okey. Malas nak fikir sebab asyik tak sama dengan apa yang aku anggarkan.
  2. Kalau dulu agreement 3% berdasarkan kaedah baki berkurangan tapi ujrah ni kadarnya fix. Maksudnya kalau korang nak bayar sedebuk pun nanti korang kena bayar sekali kos ujrah atau bahasa tak islamicnya interest la.
  3. Clause dalam perjanjian tu banyak yang membolehkan butiran peribadi didedahkan kepada pihak perbadanan. Serius weh aku sangat tidak selesa maklumat aku terdedah, so aku tak rela la nak sign agreemant baru. Bagi aku tu adalah hak peribadi aku.
  4. Sape2 yang masih bersisa setakat lima enam ribu tu aku rasa tak untung pun kalau korang sign agreement 1% tu weh. So kalau aku jadi korang aku continue je bayar guna agreement lama sampai abeh suma hutang piutang tersebut.
Tu antara kefahaman aku je la. Kot2 la kefahaman aku tu salah silalah bagitahu  dengan berhemah ye.

info:dah sebulan tamat tempoh nak tukar agreement aku tu...lalala

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative