Assalamualaikum....

Tengok kulit orang licin macam kulit telur terasa kejelesan sedikit. Haha jeles cikit je sebab dulupun pernah merasa kulit licin gak. Tapi kini tak lagi dan makin menjadi2 masalah kulit. Produk kecantikan penyelesaian kepada masalah kulit, meh nak bagi komen sikit berdasarkan pengalaman orang yang rajin mencuba produk.

Masa sekolah dulu pernah try baby face sebab tengok kulit muka kawan marveles je. Harga boleh tahan jugak bagi seorang student pokai cam aku ni. Pastu tup2 baby face ada bahan berbahaya terus aku stop. Tahap menggelupas baby face memang tinggi dan ada kawan2 yang kulit sehingga kini tetap licin hasil produk baby face walaupun dah bertahun2 stop guna. Mungkin sesuai la dengan kulit diaorang kot.

Sebelum masuk U pernah join PKSN, balik dari kem tu muka teruk gila dengan burn dan jerawat dan bintik hitam. Mana taknya kena berkawad la, pastu denda lak kena amek selut paya buat mask muka. Tu la hasilnya. Masa balik umah kakak terkejut tengok muka. Stat daripada situ muka memang bermasalah teruk tanpa sekatan.

Dah masuk U rajin mengabiskan duit cuba pelbagai produk kat pasaran tapi dah tak lut dengan kulit. Masa guna produk Natasya muka pernah licin sekejap tapi muka merah la. Tu pun bertahan selama lebih kurang 3 bulan, pastu dah tak lut dengan kulit.

Pastu tengok kawan yang guna Novelle Visages marveles muka, sebelum ni muka dia teruk. So try la jugak tapi tak berkesan malah makin teruk muka. Dengan jerawat naik satu muka, bintik hitam tetiba melata, parut jerawat jadi hitam. Masa tu belajar lagi, balik kampung nenek sedara tegur muka kenapa accident ke? Sebab lebam kot nampak. Malu gila time tu. Pastu stop NV lama cikit try Sendayu Tinggi pulak untuk hilangkan jerawat dan parut2 yang hitam dan cela2 di muka kesan NV.

Sendayu tinggi berjaya merawat la jugak tapi tak sepenuhnya. Tapi memang alah dengan penyegar dia, gatal2 satu muka. So stop pakai segala produk dan biar muka natural je. Trauma la konon2 nak try produk2 dah. Pastu guna Safi je. Ok la jugak plus jaga makan dan minum air secukupnya. Cuma baru2 ni gedik try pencuci muka neutrogena. Pastu asyik makan merapu je, seafood suma belasah amek kau worst sangat.

Sebenarnya tak semua produk kecantikan tu sesuai dengan semua jenis kulit. Dalam proses try and error nak cari yang sesuai mau rosak kulit teruk dulu kot. Dalam kes Natasya dan NV tu kalau yang sesuai memang betul2 cantik kulit. Dalam kes pencerita, memang tak ada la kesesuaian. Kena healing secara natural je la kot. Bagi sesetengah orang yang sesuai dengan kulit dia, memang itulah penyelesaian.

Tepuk dada, tanyalah hati mau cantik ke tak mau?  Meh aku jawabkan mestilah mau....*_*

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative