Assalamualaikum.....

Kalau nak diikutkan semua makhluk di dunia ni menumpang. Aku, kau dia semuanya menumpang hidup di dunia yang menjadi hak mutlakNya.

Tetapi nenumpang manusia lain tu lebih sukar dan banyak benda yang harus dipertimbangkan, dijaga dan difikirkan. Seelok-eloknya jangan menumpang sesiapa pun untuk hidup. Hidup di atas kaki sendiri tu lebih baik. Tapi amat mustahil untuk tidak langsung menumpang orang lain.

Antara saudara dan rakan-rakan, kadang2 lebih selesa menumpang rakan-rakan. Kalau menumpang saudara ni, berlaku apa2 nanti kita jugak segan dan kadang2 kes kecik pun boleh putus sedara. Bukan aku maksudkan dengan kawan-kawan ikut suka hati nak buat apapun, tapi lain situasinya. Korang bijak mesti fahamkan.

Tapi dengan saudara sendiri ni lebih secure sebab dia pun sayang kita dan nak yang terbaik untuk kita.

Kalau yang jenis tak kisah dan takde perasaan mungkin tak rasa apa-apa.

Aku: Terlalu memikirkan perasaan orang, terlalu menjaga hati orang buat diri 'makan hati'. Penat sampai kadang2 rasa nak pergi tempat yang tak ada orang kenal siapa diri ini.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative