Assalamualaikum....

Kelenjar Tiroid merupakan organ endokrin yang terletak dileher manusia yang berfungsi mengeluarkan hormon tiroid. Hormon2 ini terutamanya Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) berfungsi mengawal metabolisme badan manusia. Dah lama terbaca keburukan soya yang mana salah satunya ialah berkaitan dengan tiroid.

Mengikut penulisan tersebut soya mengandungi goitrogen yang mengakibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan hormon tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Daripada pengalaman peribadi yang memang peminum soya tegar dulu (sebab tak minum susu lain selain susu soya), pernah bermasalah dengan hormon tiroid. Dulu sangat rajin memproses kacang soya menjadi susu soya kerana fakta yang menyatakan soya mencantikkan kulit.

Akhirnya selepas terbaca artikel2 berkaitan keburukan soya, terus stop daripada mengambil susu soya. Dan diakui ada kesan positif terhadap kesihatan. Mungkin juga secara kebetulan je.

Ada di antara ibu2 mengandung yang menghidap tiroid ketika hamil. Jika difikir logik, ada antara ibu mengandung yang sangat menggemari soya kerana inginkan kulit anak menjadi putih, gebu dan cantik. Soya lagi....mungkin kebetulan juga.

Antara blog yang bercerita pasal keburukan soya: http://www.isuhangat.net/2011/10/keburukan-kacang-soya/, http://nauisnay.blogspot.com/2011/07/keburukan-kacang-soya.html. Tiada fakta yang jelas mengenai kesan soya terhadap tiroid sebenarnya. Nak percaya ataupun tidak terpulang kepada diri, dan cubalah korek kajian2 yang dibuat oleh pengkaji2 dan fakta2 yang sahih kalau rajin.

Entry lain yang berkaitan:
Soya Rosakkan Kulit Bayi?

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative