Tuesday, November 15

Kawan Sendiri pun Tak Jemput

sumber: mumtazbazz.blogspot.com
Assalamualaikum....

Sekarang ni dah bermula dah majlis kenduri kendara, maklumlah ramai yang memilih berkahwin time cuti sekolah ni. Banyak juga dapat undangan walimatulurus ni daripada kawan-kawan yang dikenali dan tak dikenali. Dan ada jugak yang tak undang pun ke majlis bahagia mereka.

Sebenarnya aku tak kisah pun kalau tak diundang ke majlis perkahwinan kawan-kawan. Ye la mungkin dalam ramai2 mungkin ada sorang dua tercicir nama menjadi tetamu undangan. Mungkin jugak dia tak tahu macam mana nak kontek akukan(fesbukkan ada, nombor fon pun sejak diploma tak tukar). Lagi pulak bukan kawan baik pun buat apa nak jemput akukan.

Tapi tetiba terasa hati bila orang yang tak dikenali dan tak pernah jumpapun, cuma kawan kepada kawan boleh pulak jemput kita. Kawan sendiri pun tak jemput. Pastu bila tengok nama kawan2 yang lain tersenarai sebagai undangan, bila ada kawan2 yang cakap kawan ni ada minta alamat nak hantar kad kahwin. Kat aku tak ada pun. Ye la aku tahu aku bukan kawan baik pun dan bila diundang pun belum tentu aku pegi. Tapi apa salahnya buat syarat je jemput dah la. Tak payah hantar kad pun takpe.

Walau apapun, biarlah perasaan tu dan aku tahu bukan senang nak jaga hati semua orang. Takpelah hati aku terasa daripada hati orang lain yang terasa. Kadang2 senyap tu lebih bagus, kita dapat kenal peribadi orang. Selamat pengantin baru kepada mereka2 yang bakal melangsungkan perkahwinan. Doa aku sebagai seorang kawan semoga perkahwinan kalian berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sorry ye entry agak peribadi lak.

10 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

alallaa..

sbr ea..

Totie@Tomy said...

akak pun dapat jemputan kawin dari kawan tp dia kawin kat gurun kat kedah..tak dapat nak pi..

Run Away said...

memang terasa sedih lau mcm ni..bukan nak g mu sangat kan...cume terkilan jew..

Arpiiz said...

sabar jelah ye..huhu

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@nuyui a.k.a miss YUI
tu la sabar je la...:)

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@Totie@Tomy
kat kedah tu.....awat xp?hehee

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@Run Away
terkilan la jugak asyik tercicir je....huhuu

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@ Arpiiz
sabar je...:)

tamlegend said...

hehehe...abaikan.nnt cik tam kawin t cik aisha dijemput k...insyaAllah

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

@tamlegend
ada gak sahabat blogger yang nak jemput kawen...alhamdulillah,da tetap tarikh ke.hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...