Assalamualaikum....

Tomboy, lesbian dan pengkid apa perbezaannya? Kesemuanya adalah seorang wanita, seorang perempuan, seorang gadis juga pada asalnya. Cuma keadaan tertentu telah mengubah mereka dan ada yang memberi alasan itu naluri semulajadi mereka yang tidak dapat dielakkan. Oke la tak nak bincang pasal tu pun cuma nak bagi definisi antara tomboy, lesbian dan pengkid secara general je supaya dapat tengok perbezaan ketiga2nya.

Tomboy
Tomboy/tomboi ni daripada segi berpakaian memang sejibik (sebijik) macam lelaki. Nampak ganas semacam je kalau di tengok dari luaran. Tetapi sebenarnya hati mereka lembut dan masih seperti perempuan normal yang lain. Mereka2 ni masih berperasaan seperti perempuan normal yang lain dan masih tertarik kepada lawan sejenis mereka. Nampak je macam kasar tapi dalam hati ada taman (eh takde kaitan kot). Kebiasaannya bila sampai masanya, mereka akan berubah menjadi wanita sejati.

Lesbian
Yang ni bahaya sket sebab kadang2 tak dapat nak detect mereka2 ni lesbian. Ye la mereka ini sangat feminim dan keperempuanan mereka sangat terserlah. Malah membuatkan lelaki2 di luar sana tangkap leleh, cair beb. Ayu, lemah lembut macam perempuan melayu terakhir la. Tapi disebalik tu, naluri mereka lebih cenderung kepada kaum sejenis. Mereka tak heran pun dengan lelaki2 yang kacak bergaya. Putih mata je la lelaki yang ''tangkap cintan'' dengan mereka.

Pengkid
Yang ni memang dasyat la sebabnya mereka2 pengkid ni akan mencuba menampilkan diri mereka seolah2 seorang lelaki sejati. Cara mengayat awek, cara melayan awek memang romantik habis la. Kadang2 kalah lelaki sebenar mungkin sebab mereka asalnya perempuan, mereka lebih mengenali perempuan. Cara berpakaian, pergaulan memang sejibik macam lelaki. Dan sah2lah mereka menyukai kaum sejenis, hingga sanggup bergaduh dengan lelaki sejati untuk berebut seorang awek.

Adakah korang atau orang terdekat korang termasuk dalam kategori ni? Hey dulu ada sorang pengkid ni masa kat U, memang sangat romantik dengan awek dia. Aku pun terpegun sebab dia sangat gentleman dengan pompuan. Terdetik hati tersuka kejap, tapi dia tetap pompuan la walau macam mana sekali pun. So hye2 bye2 je la... Haha.

Selamat hari raya aidiladha walaupun dah agak terlambat nak ucap. Terlebih makan rendang ting tong nak berblog pun..

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative