Assalamualaikum....

Nak mengeluh tak boleh....benda dah nak jadi. Mujur la berlaga  bontot penuh romantis dan slow motion je. Kalau tak.....

Ni pehal dok cite pasal bontot lak ni. Macam nak melucah pulak dah. Haish mana ada, blog aku bukan blog lucah la. Aku dok story ni bontot kereta da, bukan bontot manusia. Tadi bontot si Viva baru kena debush dengan si Savvy. Walaupun berlainan darjat dan keturunan terlaga juga mereka.

Lagaan manja bontot sama bontot lak tu. Mujur takde calar or kemek macam kena ari tu. Penyelamatnya ialah viper belakang si Viva. Just macam tersentuh dalam gerakan slow

Al kisahnya owner Savvy ni tengah parking, benda dah nak jadi kot, reverse punya reverse dok betulkan parking berlaga la bontot si Viva dengan si Savvy (parking tu berbukit, parking tepi). Aku daripada jauh nampak apa lagi bergegas la tengok kecederaan si Viva. Alhamdulilah tak de apa pun. Owner Savvy pun minta maaf.

Aku: Kadang2 kita dah berhati2 tapi benda tu tetap terjadi. Tak kita terlanggar orang, orang terlanggar kita. Tapi lebih baik jangan kita yang terlanggar orang. Ya Allah jauhilah segala perkara yang tidak elok dan lindungilah kami daripada musibah. Amin.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative