Assalamualaikum...

Sekarang tengah bersiaran Semanis Kurma kat TV 9. Dan yang peliknya aku boleh dok depan TV dengan laptop sambil tangan ligat menaip, telinga mendengar, sambil selang seli mengunyah cekedis.

Bapak terer dalam satu masa buat banyak aktiviti. Haha tipulah kalau dengar 100%, tapi dengar la daripada tak dengar. Yang penting tangan ligat menaip dan otak pun ligat berfikir nak menaip apa. Dan mulut sedap mengunyah.

Bercakap pasal buat banyak kerja dalam satu masa, ramai je yang buat macam tu. Terutama yang student2 tu. Buku kat tangan kiri, tangan kanan menaip mesej. Kat telinga lak sumbat MP3, MP4. Lebih dasyat dok depan laptop/PC melayan games. Tamak gila. Semua benda nak buat dalam satu masa je.

Yang dah bekerja lak, selang seli main games, berfesbuk dengan buat kerja bos bagi. Aiyak silap2 hari bulan tersalah taip, sampai kat bos naya je.

Tak kisah sebenarnya kalau orang tu memang jenis yang boleh terima dan buat banyak benda pada satu masa. Tapi yang tak berapa nak boleh tu, tak payah la menyusahkan diri. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.  Santai2 boleh la nak buat macam tu, kalau serius tak boleh la, kena tumpu kat satu benda je.

Jom buat keje banyak dalam satu masa.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative