Assalamualaikum....


Aku percaya ramai di kalangan sahabat blogger merupakan seorang cikgu ataupun bakal bergelar cikgu. Tak pun mesti ada dalam family seorang cikgu. Ataupun bekas seorang cikgu mungkin.

Kawan2 aku sendiri pun ramai yang menjadi seorang cikgu. Ada yang masih menuntut di institut perguruan, ada yang dah mengajar, ada yang masih menjadi GSTT biasa, ada yang sedang ikut GSTT KDC, ada yang menunggu intebiu untuk tetap jawatan dan ada yang masih menunggu posting pun ada.

Kebelakangan ni ramai yang seakan2 mempertikaikan kerjaya cikgu sebagai kerjaya yang mudah berbanding kerjaya lain. Sehingga ada cadangan supaya waktu bekerja cikgu seharusnya sama dengan waktu bekerja kakitangan kerajaan yang lain iaitu cukup 8jam bekerja.

Wah bab ni tak boleh komen lebih2 nanti ada yang terasa. Apapun kerjaya sebagai seorang cikgu sekarang ni dah tak sama macam dulu (mengikut kata kawan2 yang bergelar cikgu). Kalau dilihat pun memang sukar sebab zaman sekarang, cikgu terpukul cikit pun mak bapak budak tu dah report polis. Yang lebih dasyat ada yang sanggup pukul atau tumbuk cikgu sendiri. Macam high risk je pulak dah kerjaya sebagai cikgu ni.

Dari segi lain memang untung jadi cikgu ni, terutama kalau cikgu tetap. Kalau ikut bajet 2012 pun sebahagian besar peruntukan pendidikan adalah berkaitan dengan cikgu. Kalau cikgu GSTT pun setahu aku sejak dulu, setiap tahun ada peningkatan gaji berbanding pekerja berstatus kontrak di jabatan lain.

Dan sekarang ni kemungkinan GSTT diserap pun amat tinggi. Bertuah la sape yang pernah jadi GSTT 2 tahun ke atas tu, nama tersenarai untuk masuk maktab semula amek diploma pendidikan. Ni seorang kawan bagitahu nama dia tersenarai walaupun tak pasti tapi sekurang2nya ada harapan.

Eh macam jeles je pulak dengan cikgu2 ni kan. Patutlah ramai yang tak puas ati. Tak puas ati camne pun itu adalah rezeki mereka yang bergelar cikgu. So jadilah cikgu.. Heheh..

Patut diakui tak semua cikgu tu baik, dalam seratus tu ada la sorang dua yang buat onar. Yang buat onar tu la yang merosakkan nama baik profesion perguruan. Bak kata pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Kita pun tak boleh nilaikan semua cikgu berdasarkan seorang cikgu yang bermasalah.

Macam cikgu Sejarah aku dulu, aku berani cakap aku lulus Sejarah masa SPM dengan usaha aku sendiri. Dia masuk kelas mengajar lebih kurang je, kiranya tak ngaja pun takpe la sebab sama je. Asyik melalut ke lain je masa ngaja. Dan pengakuan jujur dia sendiri, dia terpaksa jadi cikgu sebab krisis ekonomi tahun 1998 tu menyebabkan dia sukar dapat kerja lain. Dah la tu dia suka2 ati tampar student dia tanpa sebab yang kukuh. Aku memang hangin dengan cikgu tu. Tu la sorang cikgu paling teruk aku pernah jumpa. Cikgu yang lain memang oke aje.

Cikgu2 kat luar sana jangan la cepat terasa dan melatah ye. Tugas kalian amat mulia, hanya Allah SWT yang boleh menilai keikhlasan kalian. Pedulikan pandangan songsang orang terhadap anda dan jalankan tanggungjawab anda seperti biasa seihklas hati.

Ya cikgu pun manusia biasa dan ada perasaan. Kita semua pun manusia biasa dan tak sempurna. Tak de sudahnya bila berbalah dan saling terasa mengenai isu ni. Korang pulak rasa camne?

Aku: Meminjam kata2 mak aku, takde kerja yang mudah kat dunia ni. Nak makan pun kena suap, kunyah dan telan. Ye lakan setiap kerjaya tu ada cabarannya sendiri, tahap penerimaan individu terhadap cabaran tu yang berbeza2. Ada yang rasa senang, ada yang rasa sukar dan rasa tak boleh terima pun ada.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative