Sangap@gila seks-muka penuh bernafsu

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan seharian kita ni, tak sah kalau tak terjumpa dengan orang yang pelik-pelik perangai dia. Yang tak boleh blah kalau terjumpa lelaki yang sangap@gila seks.

Pengalaman satu bas dengan lelaki yang sangap ni, gerun haih. Ada la sorang mamat ni, dari awal aku dah nampak kepelikan dia iaitu peramah semacam dan yang lagi pelik dia tak duduk sebelah penumpang lelaki tapi memilih duduk sebelah sorang budak pompuan ni. Aku... memang tak bagi ruang kat orang. Heheh.

Aku tengok dia rajin betol membelek paper (tak baca pun rasanya) tapi ruang dia menyelak paper tu luas sangat sampai tersentuh budak pompuan sebelah dia tu. Tapi sekadar pemerhati jelah dan dalam hati berkata2 buruknya perangai mamat ni baca paper sampai camtu sekali.

Bila bas dah mula bergerak, aku tengok mamat tu dok beramah mesra apa tah dengan budak pompuan tu. Budak pompuan tu layan camtu2 je la, takde la beria pun aku tengok. Budak pompuan tu macam tak selesa sebab lelaki tu duduk agak makan space.

Lama cikit lagi tetiba aku tengok mamat tu lentokkan kepala dia kat bahu budak pompuan tu. Budak tu macam mengelak tapi tersekat sebab dia duduk belah dalam (ni antara sebab kenapa dulu aku tak suka duduk sebelah dalam kalau penumpang sebelah lelaki). Aku dengar budak tu marah mamat tu, tapi mamat tu tak berganjak.

Budak tu macam dah blur dia pandang belakang dan tepi dan terbertembung pandangan dengan aku. Tak tahu dari mana datang keberanian aku sound mamat tu, kenapa u kacau dia? dia kawan i...dan menda tah lagi aku merepek kat mamat tu. Mamat tu menafikan dia kacau budak tu.

Last ayat aku, bia dia duduk dengan i, pastu aku bagi isyarat kat budak tu suh keluar duduk je sebelah aku. Budak tu dengan cara paksa (macam merempuh je) sebab mamat tu tak bagi ruang keluar dan duduk sebelah aku. Ye la kalau dibiarkan ntah apa pulak mamat sangap tu buat. Muka tak boleh blah je, muka penuh bernafsu. Jijik aku tengok.

Mamat tu memang tak keruan dok sorang2, macam cacing kepanasan pun ada. Tetiba dia beralih kat seat depan aku ngan budak tu duduk. Dalam hati memang cuak gile, apa mamat ni nak buat. Tangan dah get ready nak capai apa2 yang boleh dijadikan senjata. Tapi buat2 cool sebab ramai lagi penumpang lain dan siang hari (kecut perut sebenarnya).

Mujur seat belakang aku berpenghuni, kalau tak lagi bahaya kot (otak negatif gila time tu). Dia pandang2 belakang dengan nafas dia yang macam dah sangap sangat2 tu, kitaorang buat tak tahu je. Pastu dia bangun mencari mangsa lain lak. Bayangkan kecoh satu bas bila semua pompuan yang duduk sorang dia kacau.

Konduktor bas dah maki hamun mamat tu tapi dia buat tak reti. Sudahnya untuk mengelakkan kejadiaan tak diingini konduktor bas susun pompuan duduk berdua satu seat. Gaduh mamat tu dengan konduktor sebab tak puas ati. Mungkin rasa tergugat kot, akhirnya mamat tu turun kat tengah2 jalan. Alhamdulillah... aman perjalanan.
Pesanan untuk para gadis@pompuan di luar sana, jika berlaku kes seperti ini jangan panik atau blur, jerit je sekuat ati untuk menarik perhatian orang lain. Jangan biarkan diri kita tercabul...dengan sengaja atau tak sengaja.

Comments

Nens Collection said…
takutnye akak aisha..mmg sangap nk mampos la tu kalo org maki pon buat xth..mmg bengong..tahniah buat aisha sbb berani saund laki bengong tu..
aisya said…
menakutkan je.. sebab tu kalau terpaksa je naik public transport ni.. tapi tu pun xkan sorg2, mesti ade kwn.. huhu
YAYA AZURA said…
ape ke hal mamat tu..
siang hari,kat tempat ramai org, dlm bas pulak tu..semua org duk marah dia..tapi boleh dia wat derkkk aje..
memang mental la org macam tu...
tamlegend said…
gilak ah...ada jugak org mcm ni ek???patut jerit je dlm bas tu...bio dia kena rejam ramai2...
Cik Bambam said…
giler apa!! nasib baik sound.. kalau den.. dan hempuk ngan paper tuh.. (tuh pon kalau berani..hahaha).. iskkk..giler betol mamat tuh!!
Syuxer said…
gila ar laki jahanam neh..patut kena ada satu polis satu bas baru aman sikit penumpang2 lain..

agaknya laki neh tengah stim dengan dadah kot sampai takde rasa malu
Azzah said…
pun ada pengalaman..ngeri kalau nak ingat balik
berani dan bagus tindakan adik tu..kl dibiar entah apa pulak yg jadi kat budak pompuan tu kan?mcm2 je perangai manusi zaman skrg ni..
Arpiiz said…
huih, aku yang baca ni pun dah rasa panas je dengan mamat tu..
C said…
euwww , hate guys like that !!
totally disgusting . and you are so brave girl !
NuraienZ said…
takutnye... mintak2 sentiasa dilindungi...
cik aisha said…
@Nens Collection
mmg menakutkan...skt ati kot tgk kaum sendiri tercabul dpn mata.tu buat2 berani tp kecut perut.
cik aisha said…
@aisya
insyaallah kalau amek segala langkah keselamtn bolh terhindar dr perkara xdingini...terbaik dgn kwn la...;p
cik aisha said…
@YAYA AZURA
mmg sah2 mental kak....terlampau sungguh.
cik aisha said…
@tamlegend
tak terjerit sbb terblur kot...setkt kena rejam dgn kata2 konduktor tu je la ncik tam...huhuuu
cik aisha said…
@Cik Bambam
mmg layak kena hempuk pun cik bambam tapi tak hempuk le pulak (mmg xberani pun)...hehee
cik aisha said…
@Syuxer
bgs cadangan syuk tu, satu bas srg polis, krg skit jenayah mencabul dlm bas.
mungkin gak laloq sebab dadah,xtaw la syuk...
cik aisha said…
@Azzah
pengalaman x bgs mmg ngeri..;(
cik aisha said…
@Lady KichiMachiko
geram tgk kaum sendiri tercabul dpn mata,spontan je membebel kat mamat tu.tp dlm ati cuak gila.
cik aisha said…
@Arpiiz
haha baru baca tu, kalau ada kt tmpt kejadian lg panas le...
cik aisha said…
@C
yeah disgusting...berani dlm cuak...huhu
cik aisha said…
@NuraienZ
insyaallah....berhati2 je kat mana2 pun dik..:)
Mohd Izzar said…
erkk..bahaya jgk tu..hhuhu
cik aisha said…
@Mohd Izzar
kat izzar xbahaya sgt kot...heheh
haris putra said…
Bagus akak gi sound mamat tu
haris putra said…
Bagus akak gi sound mamat tu
Anonymous said…
bodo punyer jantan .... klu naik bas ngan aq tu confirm mkn kaki ... org kate bodo tu simpan skit utk kegunaan mse depan ...
Anonymous said…
kering lah aty akak ... aty kena gentel skit berani cam tu bru org takut... hehehehehehehe....
Berani sungguh .. Bgus @ kak aishah

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing