Sakit hati dengan ibu, anak jadi mangsa

gagak dan ilmu hitam...ada kaitan ke?
Assalamualaikum....

Di zaman serba canggih, teknologi dihujung hujung jari ni pun, masih ramai rupanya yang mengamalkan ilmu2 yang tak sihat dan dilarang agama ni. Kali ni teknologi memakan diri sendiri sebab teknologi menyebabkan semakin mudah ilmu hitam ni mengenai diri.

Begini ceritanya, ada seorang kawan kepada kawan yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kita namakan kawan kepada kawan ni Mrs A. Mrs A ni seorang yang cantik, lemah lembut dan ramai lelaki yang minat nak lebih dari kawan sejak belajar lagi.

Tapi dah jodoh Mrs A ni berkahwin dengan kenalan ketika sekolah. Lelaki ni pun bukan calang2, ada asas agama yang kukuh. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung yang comel dan sihat. Tetapi itu tidak berpanjangan apabila anak mereka tiba2 menghidapi penyakit sawan. Penyakit sawan tersebut pada awalnya dianggap biasa kerana kanak2 memang sering mendapat sawan. Tetapi semakin lama penyakit tersebut semakin teruk dan kerap sehingga terpaksa dirujuk ke doktor pakar.

Perkembangan anak tersebut pun turut terjejas dimana dia menjadi lembap dan tidak aktif seperti kanak2  seusianya. Mereka suami isteri tidak berputus asa dan membawa anak berubat merata tempat sebagai ikhtiar. Alhamdulillah walaupun tidak banyak tetapi ada perubahan positif.

Sehinggalah baru2 ni mereka bertukar pengasuh baru untuk si anak. Saudara si pengasuh ada yang pandai dalam menengok2 benda yang tidak nampak. Menurut beliau terdapat benda yang menumpang si anak dan berpesan supaya mendapatkan bantuan dan berubat dengan ustaz@ustazah yang lebih arif.

Sehinggalah suatu hari si suami sendiri ternampak ada kucing di atas perut si anak dan kucing tersebut berubah2 rupa menyerupai anjing dan sebagainya. Si anak dibawa berjumpa seorang ustazah untuk berubat. Segala punca masalah tersebut diungkai satu persatu berpunca daripada seorang hamba Allah yang tidak berpuas hati dengan si ibu.

Kisahnya dahulu si ibu telah berkawan dengan seorang lelaki, tetapi sekadar kawan. Dan sebelum Mrs A berkahwin, lelaki tersebut terlebih dahulu berkahwin. Tetapi rupa2nya si lelaki masih menyimpan perasaan terhadap Mrs A. Mrs A dan isteri si lelaki memang saling berhubung. Segala masalah rumah tangga si isteri akan mengadu dengan Mrs A. Sedikit sebanyak Mrs A menasihati lelaki tersebut dan si isteri dengan sebaiknya.

Oke la berbalik kepada kisah ilmu hitam, menurut ustazah kemungkinan besar berpunca dari pasangan suami isteri terbabit (tak dapat dipastikan suami atau isteri). Dan ianya ditujukan ketika bercakap ditelefon (si isteri selalu menghubungi Mrs A) atau melalui facebook (gambar2 boleh disave/didownload dengan mudah).

Ustazah tersebut menasihatkan supaya Mrs A menukar nombor henpon dan meremove segala gambar peribadi di halaman sosial facebook. Mrs A dinasihatkan memutuskan hubungan dengan orang2 berkenaan.

Setakat yang diketahui si anak belum pulih sepenuhnya walaupun menampakkan perubahan yang positif. Erm bahayanya la bila orang dah tak puas hati dan sanggup buat apa sahaja untuk memuaskan hati sendiri ni kan. Memang tak ingat Allah dah, asal hati dia puas dan hidup orang yang dia tak suka tu hancur.

Dalam kes ni cemburu kot dengan kehidupan orang lain yang lebih baik dari kehidupan dia. Kadang2 kita rasa dah baik dengan semua orang, tapi masih ada yang 'sakit hati' rupanya dengan kita dan membalas dengan cara 'halus'. Nauzubillah min zalik...minta dijauhkan dari semua perkara yang tidak baik.

Comments

qilanisa said…
uhh takutnyee . mintak dijauhkan :)
cik aisha said…
@qilanisa
ye...minta la dijauhkan dr kita semua terkena..
cik aisha said…
@Run Away
ty.story kwn2 yg mmg berlaku.:)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing