Nilaikan dengan mata hati

Assalamualaikum....

Sila baca situasi berikut dan nilaikan dengan mata hati anda.

Situasi pertama:
Seorang perempuan sedang berjalan dan terjumpa kawan2 lama.
Kawan: Eh kau maintain, tetap kurus. Apa rahsia?
Perempuan hanya tersenyum sahaja. Hakikatnya, dia menghidapi penyakit yang menyebabkan metabolisme tinggi dan susah nak gemuk. Tak seindah yang orang sangkakan.

Situasi kedua:
Seorang lelaki sedang membeli barang2 di pasar raya.
Sekumpulan perempuan melihat dan bergosip, gemuknya lelaki tu. Ni mesti kuat makan, siang malam mesti makan je kejenya.
Hakikatnya, lelaki tersebut menghidapi penyakit yang menyebabkan metabolismenya rendah, walaupun tidak makan berat beliau tetap akan naik dan sukar untuk turun.

Situasi ketiga:
Seorang pompuan yang agak berusia dipimpin oleh seorang budak. Sekumpulan manusia yang melihat bercakap2 mengenainya:
Manusia 1: Eh untungnya tua2 ada cucu yang jaga, tolong pimpinkan.
Manusia 2: Ko tahu itu bukan cucu dia tapi anak dia. Tu lah dulu lambat kawen, tengok anak pun orang cakap cucu. Kesian....
Hakikatnya ajal, jodoh, rezeki dan maut itu adalah ketentuanNya. Siapalah kita untuk mempersoalkan kehidupan orang tersebut. Dah jodoh dia lambat.

Situasi keempat:
Seorang gadis telah lama menganggur serta tidak bekerja sejak tamat pengajian. Beliau menjadi bualan rakan2, orang2 kampung serta saudara mara.
Rakan2: Aku pelik kenapa ko tak kerja. Kalau akulah tak boleh mesti nak buat something. Ko janganlah milih kerja. Kerja je apapun dulu.
Orang2 kampung: Anak si polan tu dah lama abeh ngaji tapi tak kerja2 lagi. Blaja tinggi2 pun tak dapat kerja buat rugi je blaja macam tu.
Saudara mara: Kesian mak bapak kena tanggung anak yang tak kerja tu. Bila agaknya nak merasa duit anak macam tu gayanya. Menghabiskan beras aje.
Hakikatnya, gadis tersebut mempunyai alasan yang tersendiri. Mereka tidak tahu hidup gadis tersebut, kesihatan gadis tersebut. Setiap orang tak sama tahapnya. Ada yang mampu buat sesuatu perkara tu dan ada yang kurang mampu bahkan langsung tak berdaya. 

Situasi kelima:
Seorang pekerja selalu dianggap tidak berguna oleh bos dan rakan sekerja. Tidak cekap dan lambat memahami arahan bos.
Hakikatnya, jika dinilai beliau seorang pekerja yang produktif dan apabila telah memahami sesuatu beliau amat cekap. Tetapi satu kekurangan telah menutup semua kelebihan yang lain.

Tidak ada manusia yang dilahirkan tidak berguna. Kadang2 apa yang kita lihat dengan mata kasar itu, bukan seperti itu. Kita tengok orang tersenyum dan happy go lucky tapi rahsia yang tersurat dihati hanya Dia yang lebih mengetahui. Mungkin kita patut positifkan fikiran mengenai orang lain selepas ni dan lihatlah sesuatu perkara itu dengan mata hati.

Comments

MulutPayau said…
Bila mata melihat...mulut pulak akan berkata2...dan hati selalu mngiyakan...sedangkan apa yg dilihat pada mata kasar tdk sama dgn yg tersirat...
C said…
serius setuju GILA ,
selalu sangat jadi macam ni .
:')
PeRmAtA bIrU said…
hurm..betapanya mata hati itu lebih baik dalam membuat jangkaan.. kadang2 penglihatan zahir x melambangkan apa yang ada pada batin..:) sangat suka entri nih... bersahaja dan banyak unsur nasihat.
Mohd Izzar said…
dont judge book by its cover..
ble d terima tak? hehe
ILA HonEyBuNNy said…
ya..jangan lihat org dengan mata kasar kita sbb ianya belum tentu benar....ngeh3..
Run Away said…
satu pekara tu lain kita pikir...lain lak maksut nyerkan...;d
tamlegend said…
situasi 5 tu mcm kena je dgn aku...hehehe
cik aisha said…
@MulutPayau
hehee saya hati berkata2, pastu hati kecil mengiakan..hehe
cik aisha said…
@C
semua manusia pun pnh jd camni pnya la..;p
cik aisha said…
@PeRmAtA bIrU
terima kasih permata biru...semoga mesej dalam situasi tu dapat diambil sebagai iktibar...:)
cik aisha said…
@Mohd Izzar
erm...bole diterima jugak tu..heheh
cik aisha said…
@ILA HonEyBuNNy
kdg2 org yg diliht sombong tu plg mesra sebenarnya...hihi
cik aisha said…
@ Run Away
kdg2 mksudnya mmg lain dr apa kta pkkan..betol tu..;p
cik aisha said…
@tamlegend
itu mmg situasi biasa kat tmpt kerja.org yg nmpk rajin depan bos tu kdg2 tataw buat keje pun...huhuu
Arpiiz said…
hehe, benda2 yang biasa..
cik aisha said…
@Arpiiz
biasa tp org selalu terlepas pandang,tslh faham

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing