Kisah Burung Gagak dan Arnab

Assalamualaikum...

Mencari mood untuk menidurkan diri dan menghadapi hari esok yang mencabar. Meh kita story pasal burung gagapk dan arnab malam ni sebelum tido. Kisah ni ada pengajarannya  dan motivasinya yang tersendiri.

Begini ceritanya:

Seekor burung gagak bertenggek kat atas dahan sebatang pokok dengan tenangnya, maklumlah waktu bersantai la katakan. Seekor arnab yang comel tetiba muncul dan nampak si burung gagak yang sedang bersenang lenang me'relaks'kan diri.

Arnab comel bertanya, "Wahai burung gagak, bolehkah aku bersenang lenang dan rileks seperti yang kamu sedang lakukan?"

Burung gagak memberi jawaban, "Sudah tentu boleh wahai arnab, mengapa tidak."

Arnab comel pun duduklah kat atas tanah di bawah pohon yang burung gagak bertenggek tu. Tetapi, dengan tidak dijangka tiba-tiba muncul seekor musang yang sedang kelaparan, melompat ke arah arnab dan menjadikan arnab comel sebagai santapannya.

Sedih beb arnab comel dah mati. Dah ajal dia, cuma boleh amek pengajaran daripada cerita burung gagak dan arnab ni, "Kalau berniat nak duduk relaks dan bersenang lenang, pastikan korang berada di tempat teratas dan paling selamat macam burung gagak. Kalau tak kita mungkin tertindas (terkorban) macam arnab comel. Maklumlah ramai orang di luar sana tu (bukan korang, korang baik2) yang seperti musang kelaparan menunggu peluang mengambil kesempatan je".

Comments

Syuxer said…
fuhh agak sadis ending dia hehe tapi betul hakikatnya manusia zaman sekarang dah ramai salah fius dalam otaknya(gila)..semoga kita sentiasa berwaspada
aah,sedihh,.die baru nak leparking kot,dh kene bahan,.haishh,.

btol2 bermotivasi ni,.huhu
tertindas tanpa tahu apa2..

itu lg bahya kan..
Juliet_iRa~" said…
yap..
hidup ni mmg kena berhati-hati..
org sekeliling y ada PHD tunggu ms je nak kenakan kita..


kan3??
cikji said…
sian kat arnab comel :(
Nens Collection said…
cerita yg ade kisah disebaliknye..
kene pandai rebut peluang yg ade..jgn duk nunggu je..smpai suda x kemana..
Mohd Izzar said…
ouh okay...kena berhati2 laen kli ney..hoho
Run Away said…
nice story utk renungan..;d
ILA HonEyBuNNy said…
ya..kesian arnab tu kan...tu la..life kita neh...macam dah xselamat..macam2 leh berlaku..

sama2 la kita jaga dri kita..;)
cik aisha said…
@Syuxer
sadis cara arnab comel mati...;( betol tu syuk, memang ramai yg fius dah tercabut sekarang ni.berwaspadalah kita
cik aisha said…
@**::CIKNUURUL::**
huhuu lepak xingat diri pasal tu la...
cik aisha said…
@nuyui a.k.a miss YUI
itu memang bahaya dan teraniya...
cik aisha said…
@Juliet_iRa~"
ramai sangat ada PHD macam tu la...takleh tgk org lain lebih, mula nak kenakan..
cik aisha said…
@cikji
tak pasal2 arwah dia...
cik aisha said…
@Nens Collection
yup point teladan tambahan ni....rebutlah peluang macam musang...hehee gurau je
cik aisha said…
@Mohd Izzar
izzar jalan tgk kiri n kanan ye...hehee
cik aisha said…
@Run Away
terima kasih...sama2 renungkan..:)
cik aisha said…
@ILA HonEyBuNNy
berusaha berhati2 dan jaga diri sebaik mungkin. Kalau jadi jugak apa daya kita nak menhalang takdirkan.tp sekrgnya ada usaha..:)
C'Jai said…
Ramai musang berkepala hitam di sekeliling kita... Yg suka mengambil kesempatan dan menindas mereka yg lemah...berhati-hatilah..

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing