Assalamualaikum.....

Salam hari Sabtu semua. Apa aktiviti kalian hari ni? Aku baru lepas tolong kakak bersihkan kereta. Pastu nak kemas umah dan masak dah kemalasan. Apa punya anak dara le kan. Takpe la curi masa jenguk blog dulu.

Tajuk entry pasal jiran. Apa kes tu agaknya. Ada la kes cikit tapi nak bagitaw la hidup berjiran ni sebenarnya memerlukan kesabaran dan sikap toleransi yang tinggi. Kena peka dengan keperluan jiran kita, tak boleh pentingkan diri dan sebagainyalah. Kalau tak macam kera sumbanglah. Tapi disebabkan aku ni masih bujang, makanya aku shy2 cat la nak tegur jiran2 yang dah berkahwin ni terutama lelaki. Ye la kang dituduh mengorat laki orang pulak. Tak pasal2 pulak dah.

Bila berjiran terutama dikawasan perumahan, sah2 la rumah sebelah menyebelah. Ruang rumah tepipun menjadi hak bersama. Macam kat luar rumah tu, tepi2 dinding, pagar tepi dah jadi hak bersama. Tak bolehlah nak pentingkan diri konker semua. Kadang2 kita tak sedar hati jiran kita terguris sebab kita ni terlalu menguasai ruang.

Sebaik-baiknya bagi mengelakkan ketidakpuasan hati, baik jangan guna je ruang tu dan biarkan kosong je. Dua2 tak terasa hati dan hubungan baik mampu dikekalkan. Macam jiran sebelum ni, masa tu tak duduk lagi rumah ni. So dia memang konker la semua. Tapi setiap kali kitaorang datang mesti dia akan simpan semua barang yang tersangkut kat luar antara ruang rumah dia dan kitaorang. Memang hormat jiran dan sangat friendly.

Tapi ye la sifat orang bukan sama semua, bukan semua mampu berfikir nak jaga perasaan orang sebab sesetengah orang dia jenis tak kisah, so dia akan anggap orang pun tak kisah la. Padahal dia lupa setiap orang tu berbeza.

Kadang2 bila terasa dan mulut tak ada insurans terlepas juga ketidakpuasan hati tu walaupun bukan secara berdepan. Elokkah macam tu? Mestilah tak elok tapi kita sama2 manusia yang kadang kala terlepas bicara sebab nak puaskan hati sendiri.

Wahai hati....kau ikut nafsu, mulut ikut kau..Ish2.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative