Assalamualaikum.....

Tak tahu camne nak kemaskan blog aku ni. Bersepah2 je rasa, tak terkemas lak. Ingat nak mengubahsuai tapi separuh jalan je.

Yang sempat tukar header baru, tu pun ada yang tegur loading blog lambat. Jadi dalam keterpaksaan curi masa edit semula header dan compress kepada saiz yang paling minimun. Kalau perasan nampak tak sekata kaler kat header tu sebab low quality. Takpe la asal tak berat loading.

Bloglist pun tak sempat nak update. Bila nak masukkan URL aku pening nak tick, sudahnya aku remove. Pening lak bila tengok bloglist tu terbengkalai camtu je.

Ni dah ada sedikit masa la nak blogwalking dan jenguk blog kawan2. Internet pun agak sengal tapi semangat nak berblog punya pasal, lambat pun lambat la.

Korang rasa blog yang kelam kabut tu macam mana? Macam blog aku ke? Heehe. Sebenarnya lain orang lain perasaan dan pemikirannya. Mungkin tak serabut di mata dia, serabut di mata kita. Vise versa (dan sebaliknya). Tapi sekurang2nya biarlah sedap mata memandang untuk orang lain tengok.

Dan segala fungsi dalam blog seelok2nya biarlah memudahkan pengunjung (aku pandai cakap je,ntah2 blog aku pun tak berfungsi).

Kalau loading blog ni lambat silalah bagitaw ye...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative