Berhak ke menilai orang?

dicilok dr incik google images sebagai penyeri je..;p
Assalamualaikum...

Kadang2 bila baca status kat facebook orang terfikir bahawasanya betapa islamicnya dia ni. Baiknya nak menegakkan agama dan mengingatkan semua orang supaya jangan ikut perkara yang tak elok.

Tapi bila tengok kat album picture dia terfikir pulak dia ni kalau nak bagi nasihat kemain lagi pandai tapi sendiri buat maksiat tak malu pulak. Mana taknya bergambar rapat2, pegang anak dara orang tak ke maksiat tu? Erm...kat sekolah dulupun subjek pendidikan Islam ada diajar bahawa dua orang yang berlainan jantina tidak boleh bersentuhan jika bukan mahram. Dan hukumnya ialah HARAM.

Eh aku bukanlah anti kepada yang berkapel dan berpegangan tangan or berpelukan tu. Tapi bila status dia dah macam alim sangat rasa macam tak patut pulak sedangkan dia bukanlah sebaik tu (mungkin istilah yang betul ialah meluat).

Macam seorang hamba Allah ni, dia kalau bercakap pasal agama dan hukum kemain lagi. Kiranya dia jelah betul. Macam orang lain tu salah je. Yang buat orang meluat ialah dia sendiri pun tak betul. Pergi bercuti dengan girlfren dan gambar berpelukan. Takpe la sekarang dah kawen pun hamba Allah tu. Tutup la buku pasal kisah lampau dia.

Yup memang lebih senang menasihati orang daripada menasihati diri sendiri sebenarnya. Kadang2 apa yang ditulis tu mengenai kebaikan tapi kita sendiri pun tak laksanakan. Mungkin jugak sebab nak nampak baik di mata orang lain.

Tetapi dari sudut positifnya, sekurang2nya orang tu masih ingin berkongsi sesuatu yang baik dengan orang lain yang mungkin orang lain yang tersangat baik pun tak berani nak buat status islamic macam tu. Siapalah kita untuk menilai dan untuk tak berpuas ati dengan orang sebab hanya Allah SWT yang berhak menentukan semuanya. Walluhualam bi shawab.

Psstt, dalam kes macam ni kena tengok dengan mata hati jugak ke? Hurm....

Comments

ILA HonEyBuNNy said…
keh3....
apa pun kita kena fikir positif jugak kot..

tapi kalau kita nasihat org..kita pun ken ala tunjuk contoh y baik kan..;)
YAYA AZURA said…
susah jugak orang macam nie kan..
ilmu ada tapi tak amal..
cik aisha said…
@ILA HonEyBuNNy
yup kena ambil dr belah yg positif apapun...erm sbb nsht org lg snang dr ubh diri..haha
cik aisha said…
@YAYA AZURA
erm manusia xsemprna..mungkin 2 ayat yg sesuai kot..;p

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing