Apakah itu Charlie?

Assalamualaikum....

Ni pengalaman aku sendiri masa blaja kat Perlis dolu. Pergh first time kena penangan si Charlie, memang marvelous la. Sebelum ni nama Charlie daku hanya ingat nama orang je. Owh glame kamu ye serangga bernama Charlie. Kenapa la nama kamu Charlie? Dulu kamu geget orang nama Charlie ek.

Oke berbalik kepada cite asal, aku perasan sometime wrong somewhere kat kulit bahagian dada pada suatu hari tu. Pastu rasa macam pedih je, rasa nak garu2 aje, rasa panas kat bahagian kulit yang dah nampak melecet merah tu. Dan kebetulan roomate aku pun kena jugak kat bahu.

So kitaorang yang kerisauan ni, pegi la klinik jumpa dokte. Nak tak nak buat muka tak tahu malu je sebab dokte tu lelaki, aisey sogan den tapi xpe la. Dokte tu senyum je sambil cakap ni keje Charlie ni. Huh aku yang tak pernah taw pasal Charlie terpinga2 je pandang dokte tu. Dengan muka kudus tanya Charlie tu apa?

Dokte pun explain la charlie tu sejenis serangga yang sebenarnya tak gigit pun tapi dia mengeluarkan asid bila rasa terancam. Dan akibatnya kulit  jadi macam aku kena tu la. Dia cakap perkara biasa je student kat Perlis ni kena asid si Charlie. Owh mana daku tahu, dulu study kat Pahang takde pulak si Charlie tu.

Menurut dokte lagi kulit sembuh bergantung sejauh mana tahap terkena asid si Charlie tu. Sebabnya ramai student bila kena dia akan garu dan itu menyebabkan asid tersebar dengan lebih meluas kat kulit. Patutlah makin teruk kulit daku. Dan noted tambahan, parut terkena asid Charlie ni susah nak hilang kata dokte tu. (part ni tak sedap halwa telinga daku mendengar)

Kawan2 yang memang dah biasa kat sana bagitaw sangatlah biasa kat Perlis, Kedah dan Penang Charlie ni sehingga aku buat kesimpulan Charlie hanya aggresif kat Utara. Sebabnya aku biasa je jumpa Charlie kat rumah aku kat Perak tapi takde pulak sampai berasid2 ni. Suka ati je buat analisis sendirikan.

Apapun, bersyukur sangat tak kena kat muka, sebab memang makan masa yang lama kesan asid Charlie tu nak baik. Dan memang meninggalkan parut yang hodoh mula2 tu dan macam xmau baik. Jenuh menyapu segala jenis cream vitamin E dan cream menghilangkan parut. Parut tu tetap bersisa jugak sampai sekarang walaupun semakin pudar dan walaupun setelah bertahun2.

Ada student yang kena kat muka, memang menangis sebab memang teruk kesan dia. Nak baik  pulak tu makan masa, sekali tengok macam kena simbah asid tapi ni asid ori dari Charlie la. Sape2 yang tak tahu apa itu Charlie meh say hi kat Charlie:

**Lepas kejadian tu aku trauma sebentar tengok serangga sebab time tu tak tahu lagi rupa sebenar Charlie. Tengok serangga aku cuak, pastu mula bising tuduh serangga tu charlie, padahal bukan. Haha kelakar2.

Comments

Nens Collection said…
ya allah glamer rupanye si charlie ni..akak dulu stady kt kolej profesional pahang..mmg byk giler charlie kt belah ostel yg menghadap ke pokok kelapa sawit..akak alhamdulillah x pernah kene..tp kawan akak kene..parut smpai skang tau..ade yg kene kat pipi..dh mcm lanun gayanye...kalo asal akak g je kt ostel belah kelapa sawit..mest kat wall dlm bilik deorg penuh dengan salotip..deorg salotip charlie tu..sbb kalo bunuh lagi ramai dtg..nk pgg takut kene asid die tu..tp mmg jahat giler charlie ni..hoho..mcm tu la rupa charlie tu..akak igt mmg org gelarkan je nama tu..rupanya mmg nama die..hoho
Umie Artoqiemie said…
grandnye nama serangga tu hahaha.
cik aisha said…
@Nens Collection
uik kat pahang pun ada ye...saya kat pahang dulu xpnh dengar pun pasal charlie ni.first time dgr lps kena asid charlie kat perlis.adoi memang tersiksa la kalau kena dan masih ada kesan parut walaupun dah pudar.kenangan tu...haha memang nakal si charlie ni.kan dah kena salotip..ngeh3
cik aisha said…
@Umie Artoqiemie
tu la pasal, macam nama org lak kan..;p
bhya gak tu ea..

tak pernah kena cmtu..
cik aisha said…
@nuyui a.k.a miss YUI
mmg bhya yui....tgk charlie lari ye;p
dwaty said…
kat rumah pun banyak spesis charlie ni... tapi bila dia mengeget tak ler sampai kena p klinik... jgn la jumpa si charlie ni...
cik aisha said…
@dwaty
kt kg pun ada benda alah ni tapi dia suka nyorok dalam buku2 lama je kot.yg sy kena ni aggresifnye pnye spesies kot...:)
shiema sufian said…
shiema tak penah tengok dan tak penah kene charlie pon. tapi kawan kawan shiema kerap kene dan merka cakap yg charlie amat menyakitkan :)
cik aisha said…
@shiema sufian
bgslah shiema terselamt drps charlie...nak kata sakit tu tak la sgt, pedih dan rasa panas xselesa.

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing