Assalamualaikum.....

Hujung minggu lepas konon2 nak menerai resepi, nak try la buat apam. Dalam resepi yang aku dapat tu ada la menda alah ni ovellete. So masa pegi pasar raya melilau la kat bahagian kek tu mencari benda alah  bernama ovelette.

Tetapi malangnya setelah ditelek satu2 tak ada benda alah yang bernama ovelette. Nak tanya orang den sogan, nak nyebut pun den tak reti. Sudahnya buat2 pandai je la membelek pastu tak jumpa den putuih asa je la. Teruih balik umah selepas membeli belah barang keperluan yang lain.

Balik rumah bersemangat search la kat tenet macam mana rope (rupa) si ovelette tu dan menatang penama ovelette tu sebenarnya. Lor rupa2nya ovelette tu juga dikenali sebagai sponge cake stabiliser. Cheh melambak kot kat pasar raya tu pelbagai jenama.

Haha nampak sangat aku ni tak biasa memasak kek2 dan sebagainya tu...Kuang3.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative