Assalamualaikum....

Lama sudah tak berblog... Balik kampung lagilah tak dapat berblog, sibuk berjalan sana sini dan internet tak oke sangat. Setakat nak login fesbuk tu lepas la. Konon2 nak post entry sebelum balik raya, tapi apakan daya lain yang dirancang lain pulak yang jadi.

Semalam (6 September 2011) baru balik ke Kuala Lumpur semula. Plan asal nak balik pagi tapi banyak pulak benda yang kena disetelkan, jadinya dekat pukul satu baru bertolak balik ke ibu kota. Ada hikmah rupanya terlambat bertolak, kat berita malam tu tengok ada lori terbabas kat Tol Duta. Agaknya kalau bertolak pagi kemungkinan besar memang terperangkap kat situ. Sampai Kuala Lumpur pun dah dekat pukul 5 petang, Alhamdulillah takde la jem sangat2.

Banyak yang dah ketinggalan sepanjang tempoh ni. Antaranya sahabat baik dan juga seorang blogger iaitu Dieya telah selamat melahirkan putera sulungnya. Tahniah untuk beliau dan suami. Sangat comel baby kamu, macam muka mummy dia. Baru ari ni menjenguk fesbuk dia, memang ketinggalan sedangkan dia da bersalin 1 or 2 september lagi (tak pasti lak tarikh dia,nanti la bertanya semula). Semoga Ikhwan Hafeez menjadi anak yang soleh. Amin.

Bak kata anak buah aku, mak su rayakan sebulan, so tak terlambat lagilahkan nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua SAHABAT BLOGGER dan PEMBACA. Segala kesilapan dan keterlanjuran menulis di alam maya ini, sejuta kemaafan dipinta. Yang tidak baik itu kekhilafan tuan blog sendiri.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative