Assalamualaikum....

Pagi semalam mak aku terjumpa seekor burung yang tidak berdaya untuk terbang dekat kebun tepi perumahan ni. Aku tak kenal spesies burung, so tak tahu la tu burung apa. Mak aku pun tak pasti tapi mungkin burung pekaka kot mak aku cakap.

Kalau tak amek takut kena baham dengan kucing or anjing yang berkeliaran kat perumahan ni pulak. Amek tak taw plak apa nak buat.

Setelah dibelek bawah kepak dia ada kesan luka. Ubat yang aku jumpa hanyalah minyak gamat, jadi sapulah kat tempat terluka tu. Aku rasa dia kelaparan dan kehausan. Tapi dia tak nak makan dan tak nak minum. Keadaan dia semakin lemah.

Aku tak tahu nak bagi dia makan macam mana, sebab kalau tengok paruh dia yang panjang tu pemakan ikan burung ni. Aku tataw nak buat apa.

Mungkin dia ketakutan kot. Pernah dengar tak, kadang2 ketakutan yang menyebabkan kematian bukannya kecederaan. Mungkin metabolisme dia dah makin naik hingga memudaratkan diri dia. I just want to help you...bird. Tapi dia faham ke apa aku cakap. Psikologi seekor burung yang ketakutan..:(

Ni la rupa si burung yang dimaksudkan. Warna sayap dia sangat cantik. Indahnya ciptaan Allah SWT.
Update: Burung tu dah mati, setakat tu kehidupan dia kat dunia ni. Uwaaaa

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative