Assalamualaikum...

Selamat berbuka puasa semua. Eh lambat lagi la berbuka..hehe. Okey la, nak taw satu cerita tak? Kelebihan berbuat baik dengan anak yang sudah tidak mempunyai bapa iaitu anak yatim.

Al kisah di sebuah rumah tinggal seorang ibu tunggal bersama dua orang anaknya selepas kematian suami tersayang. Sejak itu semua tanggungjawab terpikul di bahu si ibu. Si ibu mempunyai seorang abang yang selalu menjenguk mereka anak beranak sejak dia bergelar ibu tunggal. Sedikit sebanyak si abang dan kakak ipar memberi sokongan moral walaupun dari segi kewangan mereka tidak mampu.

Suatu hari ketika si bapa saudara bersama isteri berkunjung, anak si ibu tunggal telah menyebut teringin nak makan satey. Si bapa saudara dan isteri berbincang dan pergi membeli untuk anak saudara kerana tidak sampai hati menghampakan seorang budak. Si bapa saudara bukanlah seorang yang berada dan beliau juga mempunyai ramai anak yang ditinggalkan di rumah.

Beliau membelikan apa yang disebut anak saudara walaupun tidak membeli untuk anak2 beliau yang ramai di rumah. Beliau dan isteri merasa sangat wajar berbuat demikian setelah berbincang. Anak2 kemudian boleh dibelikan, utamakan permintaan anak saudara dahulu. Kesian sebab dah tak ada ayah.

Tapi rahmat Allah S.W.T yang maha pemurah dan penyayang, ketika pulang ke rumah anak sulung mereka yang telah berkahwin membeli satey untuk adik2 di rumah. Sungguh tidak dijangka mereka menjamu anak2 yatim, anak2 mereka di rumah turut dijamu dengan rezeki yang sama. Cerita ini diberitahu sendiri oleh si bapa saudara.

Alhamdulillah berbuat baik dengan anak2 yatim besar pahala dan ganjarannya. Itu ganjaran cash di dunia dah ditunjukkan. Tak semestinya dengan anak2 yatim je, berbuat baik sesama manusia dan mereka yang memerlukan adalah amalan yang mulia. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative