Assalamualaikum...

Ada tak yang tak sempat ganti puasa Ramadhan tahun lepas? Alhamdullillah mesti dah ganti habiskan. Tapi mesti ada jugak yang suka ganti puasa last minit pastu tetiba tersalah bajet tarikh sebab dah tak boleh puasa. Tak payah cakap orang lain, aku pun kadang2 suka sangat last minit ganti puasa.
Kalau tak sempat ganti sehingga dah masuk Ramadhan tahun berikutnya, maka diwajibkan  menggantikannya  dan diwajibkan membayar fidyah untuk setiap hari yang tidak sempat digantikan tersebut  sebelum Ramadhan berikutnya pula.
Masa aku sekolah dulu ada dua pendapat yang aku pernah dengar iaitu:
1) Wajib menggantikan semula puasa tersebut serta wajib membayar fidyah mengikut bilangan hari yang tidak sempat diganti. Kalau dah masuk tahun berikutnya lagi puasa tak berganda tapi fidyah berganda.
2) Wajib menggantikan semula puasa tersebut serta wajib membayar fidyah mengikut bilangan hari yang tidak sempat diganti serta. Kalau yang ni kedua2 berganda iaitu puasa berganda dan fidyah berganda.

Setelah terkeliru dengan dua pendapat tersebut dan berbincang dengan kawan2 tapi takde yang betoi2 pasti dengan muka konpius dan bersemangat waja (masa tu Form 2) aku pun pegi la jumpa ustaz yang ajar aku pendidikan Islam dan tanya dia.

Setelah diterangkan dengan lebih jelas, maka fahamlah aku point pertama yang wajar diikuti berbanding kedua. Erm dalam hati time tu fikir jugak kalau orang tu bertahun2 tak ganti puasa mati nak ganti dah jadi berganda2.

Contoh Situasi: Puasa pada tahun 2003 tidak sempat diganti sebanyak sehari sehingga masuk Ramadhan tahun 2004.

Situasi pertama: Sebelum masuk Ramadhan tahun 2005 diwajibkan mengganti puasa serta membayar fidyah mengikut bilangan hari yang tak sempat diganti tersebut.

Situasi kedua: Selepas Ramadhan tahun 2005, salah satu daripadanya belum dilunaskan, maka diwajibkan menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah dua kali ganda bilangan hari yang tidak sempat diganti sebelum menjelang Ramadhan tahun 2006. Dan seterusnya berganda untuk tahun2 berikutnya sekiranya masih belum berganti.
Wallahu'alam  bissawab...

Untuk rujukan:
JAIS
JAIS
darululumonline

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative