Posts

Showing posts from August, 2011

Jenayah semakin berleluasa

Image
Assalamualaikum...

Tadi tengok berita macam2 kes sekarang ni. Bapak cederakan anaklah. Anak cederakan bapalah. Bapa bunuh anaklah. Anak bunuh bapalah. Sekarang ni nyawa tu macam dah tak penting je.

Mencederakan atau menyebabkan kematian orang paling dekat dengan diri sendiri tu macam perkara biasa je. Bagi aku tu bukan perkara biasa dan mungkin pihak tertentu wajar menjalankan research kenapa perkara sebegitu menjadi2 kat Malaysia ni semenjak dua menjak ni. Dah macam trend je jenayah berlaku, tapi yang tak syoknye trend tak sihat.

Orang normal sanggup ke cederakan orang tersayang? Macam kes yang bapa kelar leher salah sorang anak twins dia tu, polis dah sahkan si bapa positif dadah. Mungkin dia tengah khayal @ lalok sampai anak sendiri iaitu darah daging sendiri sanggup dicederakan. Mujurlah tidak sampai melibatkan kematian. Dan itu menunjukkan contoh yang tidak elok kepada anak2 yang kesannya mungkin trauma.

Ramai penduduk Malaysia ni sakit jiwa kot sampai sanggup buat perkara yang m…

Bila Internet buat hal

Assalamualaikum...

Adeh cam lama je tak berblog. Ni semua gara2 internet yang hampagas, mana taknye asal nak bw je hang. Sempat la singgah satu blog pastu hang. Hang sampai terpaksa off laptop dengan cara paksa lak tu. Bulan2 posa ni sakit ati den. Mentang2 la bil lambat bayar, internet pun masalah problem la ye.

Kalau internet buat hal korang yang banyak masa free tu buat apa? Ye la kalau yang dah keje dan belum berfamily tu lepas waktu keje mesti ada masa senggang walaupun sekejap je. Yang student tu kalau takde kelas dan suma assignment dah setel haruslah banyak masa senggang.

Sejak internet buat hal, masa senggang aku layan game Virtual Villages 5. Nak berblog tak boleh sudahnya layan games la.

Aku suka games macam virtual village,westward,the sim dan sebagainya yang memerlukan strategic thinking. Kita kena fikir macam mana nak selesaikan task yang diberikan. Rasa macam best lak maen game macam tu.

Dulu2 punya sengal segala jenis game layan. Menggeleng kepala orang tengok budak ya…

Kita dan Dia

Image
Kalau kita LAYAN dia baik semacam, dia akan cakap kita SUKA kat dia
Kalau sebaliknya, dia akan cakap kita ni BERLAGAK, PERASAN CANTIK
Kalau kita BERPAKAIAN cantik, dia akan cakap kita cuba nak PIKAT dia
Kalau sebaliknya, dia cakap kita ni perempuan KAMPUNG pulak
Kalau kita BERBALAH dengan dia, dia akan cakap kita ni KERAS KEPALA
Kalau kita SENYAP, dia akan cakap kita ni TAKDE OTAK lak
Kalau kita lebih BIJAK dari dia, dia akan rasa TERCABAR
Kalau dia lebih BIJAK dari kita, dialah yang TERHEBAT
Kalau kita tak CINTAKAN dia, dia akan cuba BUAT kita cintakan dia
Kalau kita dah CINTAKAN dia, dia akan cuba TINGGALKAN kita pulak
Kalau kita tak MENYERAHKAN DIRI kepada dia, dia akan cakap kita tak SAYANG dia
Kalau kita MENYERAHKAN diri kepada dia, dia akan cakap kita perempuan MURAHAN
Kalau kita berkongsi MASALAH dengan dia, dia akan cakap kita ni BERMASALAH
Kalau sebaliknya, dia akan cakap kita tak PERCAYAkan dia pulak
Kalau kita MEMBEBEL kat dia, kita akan dicop sebagai NENEK yang suka membebel
Kal…

Bahasa cacamerba

Image
Assalamualaikum...

Kemaafan dipohon disebabkan kepenatan dan kesibukan sekarang baru dapat online. Dapat online internet lak sengal. Kepada Cikji yang cakap  cheq pekat sangat speaking utara, dulu saya pernah menimba ilmu di Utara.

Aku asal Perak tapi tak cakap slang Perak tempat aku sangat. Yup betoi la tu kata2  Incik Tam sepatutnya tempat aku slang dia dah macam kelantan cikit2. Kalau hang tu bunyi dia lain cikit tak macam utara jadi ang. Nak suruh eja? Hehee tak reti camne nak eja ni.

Masa sekolah dulu aku guna bahasa standard, guna ko dan aku dengan kawan2 rapat. Tapi tetap guna hang dan aku dengan kawan2 lain, guna saya dan awak, guna nama, bergantung kat kawan tu. Kang kena kutuk tak sedar diri pulak, mengada2 slang tempat sendiri tak nak cakap. Bukan tak nak cakap tapi tak reti sangat. Sekarang boleh la cikit2.

Lagi satu dulu aku ni suka melayan Majalah Ujang. Kalau sape pernah melayan majalah tersebut, bahasa kat dalam tu kan campur2, ada negeri ni cikit, negeri tu cikit. Mu…

Saya Lapar...Uwaa

Assalamualaikum....

Uhuhu cheq lapaq ni....:( Tampaq sat gi tetiba ang gediks lak ye tuan blog. Cheq keluaq ni bawak mak cheq pi spital jumpa doktor. Pastu pi menyetelkan beberapa urusan peribadi yang len. Penat jalan2 rasa nak baring ja. Nak pengsan pun ada, tekan minyak keta pun macam tak cukup kederat (ayat meraih simpati). Kena tunggu kak cheq abeh keja dulu. Lambat lagi nak pukul 4.30 kot.

Nak makan tak boleh, tidoq sat xpa kot. Bateri netbook cheq lupa nak cas semalam. Ni dok nyawa2 ikan ja, sat g dia padam la tu. Sebelum padam menaip entry dengan sepantas yang mungkin.

Malam nanti insyaallah kalau tak dak pape cheq pi jenguk entry ampa suma na.... Tak janji sebab kang tetiba ada aktiviti len, dah kira bohong pulak. Kurang pahala posa cheq nanti.

Oke la selamat berposa untuk ampa suma. Posa molek2 na. Jaga tangan ampa, mata ampa, telinga ampa, mulut ampa dan semuanya la. Pasai pa nanti xpasai2 dapat dosa kering lak. Selamat berbuka posa in advance... :)

Qada puasa dan bayar fidyah

Image
Assalamualaikum...

Ada tak yang tak sempat ganti puasa Ramadhan tahun lepas? Alhamdullillah mesti dah ganti habiskan. Tapi mesti ada jugak yang suka ganti puasa last minit pastu tetiba tersalah bajet tarikh sebab dah tak boleh puasa. Tak payah cakap orang lain, aku pun kadang2 suka sangat last minit ganti puasa.
Kalau tak sempat ganti sehingga dah masuk Ramadhan tahun berikutnya, maka diwajibkan  menggantikannya  dan diwajibkan membayar fidyah untuk setiap hari yang tidak sempat digantikan tersebut  sebelum Ramadhan berikutnya pula. Masa aku sekolah dulu ada dua pendapat yang aku pernah dengar iaitu: 1) Wajib menggantikan semula puasa tersebut serta wajib membayar fidyah mengikut bilangan hari yang tidak sempat diganti. Kalau dah masuk tahun berikutnya lagi puasa tak berganda tapi fidyah berganda. 2) Wajib menggantikan semula puasa tersebut serta wajib membayar fidyah mengikut bilangan hari yang tidak sempat diganti serta. Kalau yang ni kedua2 berganda iaitu puasa berganda dan fidyah…

Kenangan itu indah

Image
Assalamualaikum....

Apa kenangan bersahur kawan2 semua yang paling best? Yang dok berjauhan dengan family dah sah2 la kena bersahur dengan kawan-kawan. Tak pun bersahur sorang2. Betul tak?

Kalau kat rumah selalu mak aku la jadi loud speaker kejutkan aku yang susah nak bangun sahur. Punya la mamai sampai bangun pegi basuh muka pastu boleh termenung depan makanan sahur tu. Sampai kena sound, "mak tak kejut suh bangun masak pun, mak suh makan je". Padan muka kan dah kena sound.

Tapi bila kat hostel or rumah sewa boleh je bangun sendiri, on time lak tu. Pelik tapi benar memang itulah yang berlaku. Mungkin otak dah terset takde mak dah nak kejutkan bangun sahur. Kawan2 pun tak semua yang jenis nak tolong bangunkan kita. Maklumlah kadang2 diri sendiri pun tak terurus.

Kalau masa diploma dulu memang takde masalah sebab boleh turun dining hall untuk tapau makanan sahur or makan kat situ. Degree semester pertama kebetulan terkena bulan puasa memang sengsara sebab dok umah sewa plus s…

Rezeki berbuat baik

Assalamualaikum...

Selamat berbuka puasa semua. Eh lambat lagi la berbuka..hehe. Okey la, nak taw satu cerita tak? Kelebihan berbuat baik dengan anak yang sudah tidak mempunyai bapa iaitu anak yatim.

Al kisah di sebuah rumah tinggal seorang ibu tunggal bersama dua orang anaknya selepas kematian suami tersayang. Sejak itu semua tanggungjawab terpikul di bahu si ibu. Si ibu mempunyai seorang abang yang selalu menjenguk mereka anak beranak sejak dia bergelar ibu tunggal. Sedikit sebanyak si abang dan kakak ipar memberi sokongan moral walaupun dari segi kewangan mereka tidak mampu.

Suatu hari ketika si bapa saudara bersama isteri berkunjung, anak si ibu tunggal telah menyebut teringin nak makan satey. Si bapa saudara dan isteri berbincang dan pergi membeli untuk anak saudara kerana tidak sampai hati menghampakan seorang budak. Si bapa saudara bukanlah seorang yang berada dan beliau juga mempunyai ramai anak yang ditinggalkan di rumah.

Beliau membelikan apa yang disebut anak saudara walaup…

Jom Kenali Kuih...

Kuih untuk nelayan= Kuih Sampan (limas) Kuih paling ganasr= Lompat Tikam Kuih tersexy= Puteri Mandi Kuih bajet cute= Cek Mek Molek Kuih untuk awet muda= Seri Muka Kuih teralim= Kuih Ketayap Kuih suka meminta-minta= Kuih Pau Kuih suka pukul= Kuih Lompang Kuih untuk pompuan= Kuih Gelang Kuih dalam zoo= Badak Berendam Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit Kuih orang tak mandi= Kuih Bau-lu Kuih paling tenteram= Kuih Makmur Kuih paling lembap= Kuih Siput Kuih paling miang= Putu Buluh Kuih oversea= Almond London Kuih pakai baju banyak= Kuih Lapis

**menda ni hasil dicilok dari group kat fesbuk dan ditambah serba sedikit oleh tuan blog..

Jangan lupa tunaikan Zakat Fitrah

Assalamualaikum...

Lamanya rasa tak online blog. Asyik sibuk dengan benda lain sampai tak sempat nak berblog. Tak sempat nak mengemaskini apa yang patut pun. Blog pun berpuasa entry jadinye...:)

Alhamdulillah...petang tadi masa singgah Mydin dah langsai satu hutang iaitu menunaikan zakat. Ada kaunter zakat kat depan Mydin tu, jadi memang memudahkan. Sebelum cuci mata, cuci hati dengan berzakat dulu (cuci hati?). Tunaikan siap-siap sebab benda baik tak perlulah ditangguhkan, tak gitu. Tapi bukan aku yang baya la. Tukang tengok je.

Sebelum ni mak aku yang bayakan dan kadang2 abang aku nombor dua bayakan dan kadang2 abang ipar aku yang bayakan untuk kami semua (bertiga). Tapi sejak dua tahun ni kakak yang atas aku ni amek alih bayarkan untuk diri dia, mak dan aku.
Sesungguhnya seseorang yang enggan menunaikan Zakat Fitrah dengan sengaja, maka mereka sebenarnya berdosa besar. Bahkan mereka masih tetap dituntut menunaikannya walaupun mereka terpaksa menunaikannya di penghujung hayatnya. In…

Takkan la tu pun tak tahu kot?

Image
Assalamualaikum....

Dah lama benda ni berlaku. Masa tu pergi interview untuk post jawatan yang menggunakan SPM. Ada la ujian bertulis yang memerlukan calon2 menjawab berdasarkan logik dan memerlukan kemahiran mengira yang basic.

Masa ujian tu terasa mencabar jugak soklan tu walaupun basic math je tapi ada gak soalan yang memerlukan logic thinking. Kalau terer math semata2 memang tak membantu jugak.

So masa tunggu kertas kitaorang di'mark', aku yang kebosanan ni tegur la seorang budak pompuan yang berdiri kat sebelah aku dan sembang2 la. Cara dia bercakap memang agak berlagak. Tapi sedaya upaya aku positifkan diri bahawa dia memang jenis macam tu bila bercakap. Ye la kita mana boleh nilai orang berdasarkan gaya dan intonasi suara semata2kan.

Dia asyik cakap, ''kita tak boleh pilih keje. keje je apapun dulu pastu mintak la keje yang sesuai dalam tempoh tu''.

Ok fine ada kebenaran di sebalik kata2 dia, tapi bila dia macam nak blame kan orang2 yang tak bekerja seo…

Ramadhan ke 6: Servis kereta

Image
Assalamualaikum....

Hari ni dah hari ke lapan berpuasa. Kejap je masa berlalu. Tapi story ni masa Ramadhan ke 6, tak sempat nak online blog lama2 ari tu.

Hari sabtu (6 Ogos 2011) hari tu pergi servis kereta kat Serdang. Nak buat appointment dah full, jadinya walk in je la. Seawal pukul 8.10 pagi tu dah tercangak depan perodua servis. Melangut je la tunggu 8.30 kedai tu bukak. Pastu ada yang datang nak walk in jugak, dah risau sebabnya sape yang amek nombor giliran dulu yang dikira first.

Alhamdulillah masa opis perodua servis tu dibuka, pekerja dia hulur nombor satu kat kitaorang. Kira nya jadi orang first untuk yang walk in la. Ye la yang appointment tetap diutamakan. So tunggu je la nombor giliran dipanggil.

Sebenarnya sepatutnya servis dijangka pada 6 November 2011, tapi disebabkan rajin balik kampung plus kakak aku yang asyik outstation kat jauh guna kereta sendiri, cepat je mileage cukup 42000km (sepatutnya 40000km tapi servis sebelum ni terlambat buat). Awal tiga bulan tu dari …

Ramadhan ke 4: Elakkan pembaziran

Image
Assalamualaikum...

Blog asyik ditinggal-tinggal je sejak puasa ni ye. Bukannya apa dok bz buat benda lain tu sampai teralpa sebentar aku ada blog rupanya. Huhuu.

Hari ni dah 4 hari berpuasa. Menu berbuka dan bersahur biasa2 aje, yang penting tak membazir. Tak berkesempatan lagi berkunjung ke bazar Ramadhan yang terdekat, padahal tak de la jauh mana pun kot. Tapi bagus jugak save bajet dan mengelakkan pembaziran dari berlaku.

Ye la kalau pegi bazar Ramadhan tu mahu terjojol mata tengok semua jenis makanan ada. Tinggal nak pilih yang mana berkenan dengan selera je. Dibuatkan nafsu kuda semua benda mengidam nak makan, melayang RM beli makanan berjenis2. Pastu nanti time berbuka puasa mulalah menyesal beli macam2 sebab tak dapat nak habiskan pun. Nafsu tamak haloba punya pasal dah membazir.

Kalau boleh dielakkan, silalah jangan terjerumus dengan pembaziran makanan ni. Biar berpada-pada makan tu. Mentang2 senang dapat makanan dan mampu beli, janganlah semua jenis makanan pun nak try seren…

Kelebihan bangun sahur

Image
Assalamualaikum....

Selamat berpuasa untuk semua yang beragama Islam. Sahur tak pagi tadi?

Sebenarnya aku terlepas untuk bersahur sebab tido mati. Masing2 tak sihat, kesan ubat kot nyenyak je tido. Pukul 6 pagi terjaga tu pun sebab ada col masuk. Adoyai nasib baik dah pulun minum air sebelum tido semalam.

Kurang cikit la energy sebab tak sahur, tapi puasa tetap puasa beb.

Penting ke sahur tu? Sahur bukanlah perkara yang diwajibkan tetapi perkara yang disunatkan kerana ada hikmah dan keberkatannya dengan makan sahur. Berkat disini bermaksud Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga turut mendoakannya. Bukan senang tu senang2 je didoakan.

Sahur juga membezakan puasa penganut agama lain dengan puasa muslimin kerana penganut agama lain tidak bersahur untuk berpuasa. Berbanding agama Islam, amat digalakkan untuk bersahur walaupun tidak wajib.

Sebaik-baik makanan bersahur untuk orang mukmin ialah kurma. Bukan masa berbuka puasa je makan kurma, masa bersahur pun elok ma…