PER: PERMOHONAN PERTUKARAN KOS PENTABIRAN DARI 3% KEPADA 1% (UJRAH)

Assalamualaikum....
Awat tajuk entry macam karang surat je kan? Tu aku copy paste je sebab malas nak taip tajuk dan tataw nak letak tajuk ape. Sape2 yang masih berhutang dengan PTPTN macam aku ni ha, rajin2 la cek email kalau yang dah apply ujrah secara online.

Aku ade dua pinjaman, tapi yang tawaran ni untuk pinjaman pertama diploma punya. Degre punye tak pasti la apa cerita. Tak de masa nak bertanya dengan pihak berkenaan lagi.
Kalau baca PDF yang dia attach skali kat email aku rasa agak menakutkan je nak sign perjanjian baru ni. Banyak terms baru yang diaorang kenakan. Even 3% kepada 1% tapi rasa macam tak berbaloi je jugak untuk orang yang tak keje or tak keje tetap macam aku. Kalau yang dah tetap tu no hal la rasanye.

Nampak la tujuan diaorang buat macam tu bukan nak menolong peminjam sangat tapi nak menolong pihak yang memberi pinjaman. Ye la aku sedar ramai yang sengaja tak nak bayar PTPTN walaupun mampu. Tapi ramai jugak yang nak sangat bayar tapi kurang mampu.

Kejap bayar kejap tak biasa la tu, maklumlah selain komitmen dengan PTPTN komitmen meneruskan hidup pun kena gak amek kira. Takkan nak ikat perut kot sebab nak bayar PTPTN je. Simpanan untuk diri sendiri memang jauh sekali la, tu pun mujur kalau kerja ada caruman KWSP. Kalau tak memang takde la simpanan. Dah sengkek kadang2 family still support belanja. Hidup kat bandar duwet macam air je.

Kenapa la PTPTN tak macam MARA kan? Just bayar apa yang dipinjam je. Kalau macam tu memang senang hati nak bayar cikit2 pun sebab nampak makin surut even terstop kejap.

Antara isi kandungan perjanjian yang buat aku blur:

"8. Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN."

Means kalau terlewat bayar kena bayar pampasan la? Lagi la creepy aku nak sign agreement ni. Banyak yang perlu difahami dulu sebelum sign agreement baru ni. Aku kekurangan kefahaman dengan terms yang terkandung dalam lampiran tersebut.

Apapun hutang  tetap hutang, nak tak nak kena langsaikan jugak. Insyaallah murah rezeki setel la kau PTPTN. Tak hingin pun aku berhutang lama2, makin banyak kos pentadbiran tertunggak, sakit mata tengok, sakit otak fikir nak setelkan.

Comments

echaRierie said…
er..x cek lg..

hoho..PTPTPU ni mmg mengelirukan pminjam..
cik aisha said…
@echaRierie
yep betol tu echa,keliru gak dgn PTPTPU.cara dia mcm nak trace peminjam2 je sbnrnye bkn nk menolong sgt pun bila d pk2 kn smula.ntah la.
dh dpt surat tukar tu..

tp png lak dah tukar tmpt keje..

depa mmg tak menolong pon..

cpt2lah hbskan hutang agk mereng itu..
cik aisha said…
@nuyui a.k.a miss NUSHA
kalau boleh bayar lump sum...tak sanggup nk jd mangsa dah.huhuu.bayar pun macam tak bayar sebab tak banyak berkurang...;(
tamlegend said…
takot gak ni...kos pentadbiran dah berlambak...tak larat nak fikir la pasal beban hutang ni...
Dieya said…
tipu je ptptn ni..org anta surat ke ape ke..bukan nak layan pon..aku apply xde lak bagi respon..ayam sungguh
Nens Collection said…
xpe aisha..biar ler xth bile nk abes..janji byr walo 50 hinggit sebulan..janji x smpai surat yg x diingini sudah
Mohd Izzar said…
alamak..bila la nk abis tu kan..huhu
cik aisha said…
@tamlegend
main point...kos pentadbiran..huhuu. nmpk mcm xbnyk tp beban gak tu...huhuu
cik aisha said…
@Dieya
respons dia mmg lmbt pun...aku rasa dia trace makhluk2 yg xfix baya mcm aku le.huhuu.nk cepat taw pape col sendiri tanya.tu pun jenuh nk tgu org jwb col kot...
cik aisha said…
@Nens Collection
50-30 someting kos pentadbiran tiap2 bln,baru bayar xsampai 20 hinggit.ujrah ni xphm lg sistem dia camne...huhuu..:(
cik aisha said…
@Mohd Izzar
selagi tak kaya...tak habis le...hohoo
Mamachia said…
susah juga kan..PTPTN ingat menolong, membebankan pula..
cik aisha said…
@ Mamachia
mmg menolong utk yg dah blh fix tiap2 bulan baya...:)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing