Mr. S yang tak guna?

Assalamualaikum...

Seorang lelaki aku labelkan Mr S dan seorang perempuan aku labelkan Miss F dalam kisah benar ni telah berkenalan sejak Miss F sedang  belajar di U lagi. Ketika itu Mr S bekerja di U tempat Miss F belajar.  Masa tu masing-masing muda remaja lagi. Owh sebelum terlupa umo Mr S dan Miss F sebaya.

Ketika itu Miss F baru sahaja putus dengan teman lelaki dia. Mr S mengambil peluang mendekati dan melamar Miss F menjadi kekasihnya. Miss F tidak terus menerima tetapi setelah agak lama dia menerima jua lamaran tersebut.

Walaupun Mr S hanya belajar setakat sijil, bukan itu yang dilihat. Miss F melihat kepada keihklasan Mr S semata-mata.

Mereka berkawan dan bercinta lah sehingga Miss F tamat belajar sehingga peringkat ijazah dan dalam masa yang sama Mr S sempat bertukar-tukar kerja. Mr S memang ada menyatakan niat untuk mengambil Miss F sebagai isteri.

Biasalah adat bercinta, gaduh2 pas2 baik semula. Putus pastu sambung semula. Tetapi kemuncaknya Miss F dan Mr S pernah putus ketika Mr S bekerja di utara tanah air.

Kebetulan pula ketika itu, Miss F berkenalan dengan lelaki lain tetapi mungkin tiada jodoh dengan lelaki tersebut, mereka membawa haluan masing-masing.

Mr S masih menghubungi Miss F dan bila mengetahui status Miss F yang kembali single, dia ingin kembali memenangi hati Miss F. Setelah berfikir panjang Miss F kembali menerima Mr S di dalam hatinya. Terfikir mungkin sudah jodohnya dengan Mr S disebabkan umur mereka pun sudah selayaknya berkahwin.

Mr S bekerja di sebuah syarikat swasta ketika itu. Berkali-kali dia menyatakan hasrat ingin mengambil Miss F sebagai isterinya yang sah. Miss F menyuruh Mr S datang berjumpa family Miss F, tetapi Mr S menolak kerana Mr S ingin memiliki kereta dahulu sebelum datang bertemu family Miss F.

Mr S jugak tak pernah membawa Miss F berjumpa keluarganya. Berlainan dengan adik Mr S yang membawa teman wanitanya berjumpa family.

Mr S memberi harapan perkahwinan mereka akan tetap berlangsung pada tahun hadapannya (ketika tu pertengahan tahun).Miss F tidak berapa setuju dengan Mr S yang ingin memiliki kereta kerana gaji Mr S pun hanyalah biasa-biasa sahaja. Lagipun Miss F telah memiliki kereta dan tidak salah selepas berkahwin mereka berkongsi menggunakannya. Dan jika ada rezeki lebih barulah Mr S mengambil kereta sendiri.

Mr S tetap dengan pendiriannya, Miss F menolong dengan memperkenalkan ejen jualan kereta untuk mempermudah urusan pinjaman dengan pihak bank. Akhirnya Mr S memiliki kereta sendiri pada akhir tahun tersebut.

Melangkah ke tahun baru, Mr S semakin lama semakin sukar dihubungi dan menghubungi. Alasan Mr S henpon beliau telah rosak. Miss F cuba memahami tetapi dalam masa yang sama rasa tidak dipedulikan dan terpinggir. Mr S seolah-olah pentingkan diri sendiri dan sejak dapat kereta baru, jarang nak mesej or col Miss F. Sehingga berbulan-bulan mereka tidak berhubung.

Cuma ketika Miss F outstation ke negeri Mr S tinggal, sempat berjumpa Mr S. Rupa-rupanya Mr S telah beberapa bulan tidak bekerja kerana diberhentikan. Sebab diberhentikan tak pasti tapi Mr S memang kerap bertukar kerja.

Bayangkan selama berbulan-bulan Mr S mendiamkan diri tanpa memberitahu dan berbincang dengan Miss F mengenai masalahnya. Berbulan-bulan membiarkan Miss F tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku dan membiarkan orang membuat berbagai andaian. Membiarkan hati orang lain terluka.

Sekarang Mr S hanyalah mengikut kawan-kawan buat kerja part time. Duit kereta mungkin dibayar menggunakan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk perkahwinan. Sampainya hati Mr S buat macam tu.

Mr S baru-baru ini menghubungi Miss F untuk meminjam wang daripada Miss F kerana ingin mencari kerja. Miss F berfikir banyak kali kerana ini bukan kali pertama Mr S pernah meminjam wang daripada beliau.

Ketika Miss F masih belajar dan ketika mula bercinta, Miss F pernah meminjamkan wang kepada Mr S yang ketika itu hendak mencari kerja baru. Sampai sekarang wang tersebut tidak dibayar kembali. Walaupun mereka pernah berpisah dan bercinta kembali, Mr S seolah-olah terus melupakan hutang tersebut. Sedangkan dia tahu Miss F bukanlah berasal dari keluarga yang berada.

Dan satu lagi yang membuat Miss F terasa ialah ketika Miss F berada dalam keadaan terdesak, Mr S tidak pernah membantu beliau, orang lain dan family sendiri yang banyak membantu. Pelbagai alasan Mr S bagi ketika itu. Mungkin dia takut Miss F tak nak bayar sebab dia pernah berhutang dengan Miss F kot. Mungkin dia tak nak bersusah payah sebab tak ada ikatan yang sah lagi. Hanya dia dan Allah yang mengetahui.

Mr S juga pernah memberitahu tidak mahu melepaskan Miss F sebab masih sayang Miss F. Miss F nekad untuk melupakan Mr S kerana banyak perkara yang tak boleh diterima mngenai Mr S.

Dari satu segi memang Mr S sangat penyabar sebab Miss F pun tak sempurna. Kadang-kadang Miss F marah dan tak hormat Mr S.(Pada aku memang patut tak hormat pun laki camtu).

Kalau sayang lepaskan je la, buat apa nak seksa orang yang kita sayang macam tu. Umur masing2 masa tu dah nak menjejak 30 an. Takpe la kau lelaki wahai Mr S, tapi Miss F pompuan. Beter la doakan Miss F bertemu jodoh yang lain. Banyak masa terbuang dengan kau. Sayang tak semestinya bersatu wahai Mr S. Janganlah pentingkan diri sendiri.

Lagi satu wahai Mr S kau cakap sayang tapi kau bia-biakan je. Langsung tak jaga hati dan perasaan Miss F. Kejap kau muncul kejap kau hilang sesuka ati kau je. Muncul bila kau memerlukan bantuan Miss F.

Lebih baik Miss F  bagi duwet tu kat orang yang betol-betol perlukan. Kat mak dia ke lagi berkat kot. Nak kesian kat kau memang kesian tapi perangai kau teruk sangat la. Kalau aku la aku sepak jauh-jauh lelaki macam kau Mr S.

Kejam gile dah buat orang sayang tapi tak tahu nak hargai dan buat banyak hati terluka. Ko ingat hati Miss F je terluka? Hati family dia pun terluka sekali.

Walaupun setelah bertahun-tahun membazir masa dengan kau, tetapi Alhamdulillah  Allah tunjukkan perangai kau yang sebenarnya. Mungkin itulah hikmahnya kau dan Miss F tak kawen sejak awal. Kau memang lelaki yang pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

Cerita ini tiada kaitan dengan aku ye.. Tapi betul2 pernah terjadi suatu masa dahulu. Sedikit sebanyak mungkin aku dah tertokok tambah sebab aku pemerhati je. Aku jadikan entry sebab aku rasa banyak pengajaran daripada kisah Miss F dan Mr S ni.

Comments

cucu umie said…
ayie rase better perempuan tu tinggl shje dri dahulu..kecian kot tgok mcm gitu
RuSyDi said…
ada hikmah juga x kahwin dgn dia..
Nens Collection said…
emmm..mmg berlaku..semoga miss F tu diberi sinar dan jalan dlm kekusutan itu
NuraienZ said…
risau la...susah nak cari lelaki yang blh buat suami sekarang ni....
h A n Y S said…
bertahun bercinta, putus begitu aje? kesian si perempuan..hampir menginjak ke umur 30 thn..lepas ni nak mencari lagi, nak kenal hati budi lagi, ambil masa..hm..
Ibnushukran said…
klu dapt llki y paki duit korang sblum kahwin, xbayar pulak tu, cuba hndarkan, tak elok sbnrnya.. just berhati2 mmlih suami,bnyakkn berdoa,jodih Allah swt y terbiak.. bca kisah ni, ksian jgk sbb umur pun da jauh,bnyak buang masa kt llki tu..
MulutPayau said…
Mmng susah nak cari lelaki yg betul2 b/tjwab....Nasib baik Miss F tu tak jadi kwin ngan Mr S tu...
Mamachia said…
aduh! jangan terima lelaki cam tu..anti dah kawin lagi menjadi. moga miss F bertemu lelaki baik.
Onitsuka_hana said…
klu saling pinjam meminjam duit lain ceta plak kan.. ni miss F je yang bg pinjam.. Ini xadil

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing