Mata Duitan?

"Macam mana aku nak terima dia sedangkan dia macam tak de arah pun dalam hidup ni. Nak berubah lepas jumpa aku dan sebab aku je. Ko tak rasa ke lelaki macam tu tak de matlamat dalam hidup? Aku serius tak boleh terima la macam tu."

Itu antara ayat seorang kenalan aku. Lelaki yang tak ada matlamat hidup macam mana tu? Yang berubah sebab dah jumpa wanita pilihan hati je?

Masalahnya ialah lelaki tersebut takde saving langsung untuk diri dan masa hadapan. Dah berperasaan nak kawen baru terhegeh2 nak menyimpan.

Maklumlah dia dah bekerja lebih daripada sepuluh tahun tapi sedikit saving pun takde. Macam impossible je, macam mana dia nak sara hidup orang lain tu? Boleh ke si lelaki berubah? Kekalkah perubahan kerana seorang wanita?

"Ko taw apa aku fikir? Nanti dah kawen, dah ada anak nak beli susu, pampers lagi, mahal weh sume tu. Nanti aku jugak kena kuarkan duwet. Aku takut aku dah tak boleh nak bantu family aku macam aku buat sekarang bila dah kawen. Bila aku cakap pasal duit, dia cakap aku ni mata duitan lak. Tapi nanti family aku takkan aku nak biarkan kot. Ko fahamkan perasaan aku?"

Memang macam ke depan fikir, tapi tak mustahil jugak semua tu akan berlakukan? Selama ni yang bantu family adalah kita, tapi after dah kawen bukan meringankan komitmen tapi menambahkan komitmen lagi pun ada. Ye aku faham apa yang kenalan aku rasa dan fikir. Takut nak mengambil risiko, takut itu, takut ini.

Memilih ke macam tu? Bagi sestengah orang ye tapi bagi aku itu bukan memilih tetapi itu terlalu berhati2 sebab tak nak family terpinggir di kemudian hari.

"Kalau ko kat tempat aku, ko buat apa? Ko terima ke lelaki macam tu?"

Kalau aku.... Erm... Masih berfikir lagi jawapan yang sesuai. Kalau korang?

Comments

nurathirahkaman said…
fight for uor rite..hahahaha..tak salah memilih..sebab kalau tersalah pilih KITA yang merana okeh..kita kena pilih yang terbaik diantara terbaik..:)
tamlegend said…
kalu dia nak berubah sebab pompuan tak yah la cik aisya oi...tp pasal y komitmen dengan keluarga belah pompuan tu...aku tak setuju la...igt ye, bila dah kawin, komitmen pihak pompuan dengan keluarga otomatik terputus...jd jgn takut...mana2pun ada risiko. sumenya tak pasti. selagi niatnya mencari redha takkan timbul sgt perasaan takut tu...kawin tu kan ke satu ibadah juge. tapi sama2 la tolak ansur soal kewangan. tak dinafikan mmg penting hal ekonomi rumahtgga ni...
masa kawan2 tu tgk jek cara dia berdikari... kalo mmg die jenis yg pandai berdikari, maknanya dia akan pandaikan uruskan keluarga... tp kena tgk faktor lain jugak...

Blogger penipu sudah berdiam diri..? Takkan senyap jek..?
cik aisha said…
@nurathirahkaman
takde niat pun nak menjadi terlalu pemilih...huhuu.
cik aisha said…
@tamlegend
mmg patt direjek la laki yg berubah sbb pompuan...
selepas kawen mmg kena patuh dgn suami n fmly sndri xblh cara lbh2, sbb tu risau n tkt wat keputusan...nanti apa2 masalah berkaitan fmly dah xblh membantu kalau suami tak izinkan.nanti xpasal2 jd derhaka lak.niat dah betul kot tp faktor2 lain xmembantu.;(
cik aisha said…
@Norhisham Nordin
kalau diaorg sgt hipokrit camne?ye la banyk faktor lain yg perlu dinilai.
A'IM said…
mata duitan tu hanya untuk golongan yang memilih,mengambil kesempatan dan mengunakan aset yang dimiliki untuk mendapatkan duit... kalau untuk memilih pasangan hidup itu memang dituntut.. ada 5 perkara yang dituntut .. tapi aper pun pastikan orang yang ada agama.
setuju ngan Norhisham Nordin tu, lgi satu tgk cara dia brckp ngn org tua cmne
syaz@rozelt said…
huhu..perempuan nie ssh..kalau dh syg semua sifat buruk laki tu x nampak..kena kuatkan hati kalau perlu berpisah..huhu
~~Ticer Wann~~ said…
susah bila masuk bab ni... entah2 dia saja test kawan cik aisha je kot.. mana tau saving ada tapi nak tengok sanggup atau tak kawan cik aisha tu hidup dengan dia andai kesusahan melanda.. ni cuma teori Ticer je la..

apapun istikharah la.. pohon bantuan dan petunjuk ilahi.. :)
Mohd Izzar said…
no komen..tak terfikir nak kawen lagi..ahahha
cik golek...... said…
rasanya tak perlu terima lelaki mcm tuh sbb mtlamat untuk dri dy sndri hentah ade kew x tuh kan...jodoh smuanya takdir Nya..
dwaty said…
payah tu.... ini bukan soal mata duitan... ini soal mampu @ tak... sebab kalau nak pilih bakal suami sebaik2nya pilihla yang ada kerja tetap...

tapi manusiakan cepat berubah... mungkin lelaki tu akan betul2 berubah siapa tahu...

so, buatla solat istikharah...
Nens Collection said…
wahhh..jawapan biasa..bila kite dh selesa dgn die..susah senang die kite akan terima..
cik aisha said…
@ A'IM
dlm kes ni tak ptt la dilabelkan sebagai mata duitankan?agama sangat penting...:)
cik aisha said…
@Niena Pengembara Ilahi
cara berckp dgn org tua tataw le,kwn sy xckp apapun pasal tu.:)
cik aisha said…
@syaz@rozelt
betol tu kalau da syg segala keburukan xnmpk. syukur dlm kes ni kenalan sy tu xde pape perasaan pun lg.:)
cik aisha said…
@~~Ticer Wann~~
mungkin gak nak test je....sape taw betol dia nak menguji je kan.ada betulnye teori ticer ni...:)

insyaallah semoga istikharah dpt merungkai semua...
cik aisha said…
@Mohd Izzar
haha....belom sampai masa lagi utk kau fikir soal ni izzar...;p
cik aisha said…
@cik golek......
kenalan cik aisha 2 mcm berat ati je nak terima...mungkin bukan jodoh dia,mungkin jodoh dia...:)
cik aisha said…
@dwaty
terkilan sebab perubahan tu demi seorang perempuan.kalau kenalan saya xterima dia, mungkin dia xjd kot berubah. ntah la xphm gak situasi diaorg...insyaallah smga isthikarah dapat tenangkan hti memilih yg terbaik..:)
cik aisha said…
@Nens Collection
kalau sama2 suka dan sama2 sanggup bersusah payah, mmg senang sgt kan..:)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing