Bukan hensem yang dicari, bukan paras rupa yang menjadi priority. Itu hanyalah pelengkap pakej je. Kalau dapat yang hensem, alhamdulillah. Tapi setakat hensem, tang lain-lain hancur tak de maknanye. Lagipun definasi hensem tu terlalu subjektif. Tak hensem dimata si A, mungkin hensem dimata si B.

Habis tu kau nak yang kaya dan banyak duwet? Bukan itu juga ciri-ciri utama yang dicari. Kaya tu pun pelengkap pakej je. Duwet memang penting zaman sekarang. Tapi cukuplah sekadar dia mampu menyara diri dan keluarga. Rezeki sentiasa ada Insyaaallah tak perlu la aim lelaki kaya sebab nak cepat kaya. Lepas tu tak bahagia walaupun banyak duwet. Tak nak la macam tu.

Kau nak lelaki alim dan beragama ke? Baik kau kawen ngan tok imam or ustaz je. Beragama tu memang penting dan menjadi  keutamaan tapi taklah sampai kamu kena kawen dengan tok imam or ustaz. Yang dicari seorang yang tahu serba sedikit berkaitan agama dan tahu hukum hakam dan yang dapat membimbing seorang wanita menjadi isteri yang solehah. Lelaki yang punya motivasi (kemahuan) menambahkan ilmu agama dari masa ke semasa, yela semua tu boleh belajar kalau tak tahu, yang penting yang mahu berubah demi kebaikan.

Dari segi tanggungjawab, apa yang kau pandang? Lelaki tersebut mestilah seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bertanggungjawab terhadap orang lain. Bukan seorang yang suka melarikan diri daripada tanggungjawab sudah semestinya.

Menerima keluarga dan kekurangan diri seadanya. Walau apa sahaja keadaan keluarga, dia tetap sahaja mahu menerima dengan ikhlas dan bersedia berada dalam keluarga kamu. Walau apa sahaja kekurangan kamu, dia tidak kisah dan tidak malu serta tidak cuba mengubah kamu menjadikan kamu orang lain kecuali perubahan demi kebaikan kamu bersama.

Tidak mementingkan diri sendiri semata-mata. Peka dengan perubahan emosi seorang wanita, peka dengan keadaan emosi seorang wanita. Menjadi seorang pendengar yang setia kerana seorang suami adalah sahabat baik isterinya.

Lelaki bagaimana kamu inginkan, terpulang kepada diri kamu. Tetapi jika kamu mencari kesempurnaan, kamu takkan jumpa dalam diri mana-mana lelaki pun.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative