Budak kecil itu

Bagi orang lain, budak kecil itu tidak tahu apa-apa dan tidak ingat apa-apa.

Tapi bagi budak kecil tersebut, segalanya jelas di ingatan sehingga ke saat ini. Semuanya bagaikan baru semalam berlaku.

Saat seorang sahabat baik ayah datang ke sekolah untuk menjemput pulang ke rumah. Cuma di masa itu hati tertanya-tanya kenapa perlu balik sedangkan masa persekolahan belum berakhir. Saat diri dan kakak dihantar pulang ke rumah oleh seorang guru dengan menaiki keretanya.

Bertambah hairan hati melihat ramai orang yang berkumpul di rumah seolah-olah sedang berlangsung keraian. Kelihatan sanak saudara yang jarang berjumpa turut serta. Tapi hati budak kecil yang kudus itu tidak mampu memikirkan sesuatu yang tidak elok.

Budak kecil itu masuk ke dalam rumah bersama kakaknya menuju ke bilik untuk menukar pakaian. Apabila keluar, ada yang menegur kenapa tidak memakai baju kurung. Bertambah hairan lagi si budak kecil dan tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.

Saat tersebut datuk si budak kecil telah memanggil si budak kecil dan kakaknya . Si datuk memulakan bicara dan membuka segala persoalan yang membuat budak kecil kehairanan sepanjang hari. Ya sesuatu yang sangat menyedihkan bahawa ayah si budak kecil telah kembali ke pangkuan penciptanya kerana terlibat dengan kemalangan selepas menghantar si budak kecil dan kakaknya ke sekolah.

Budak kecil dan kakaknya menangis hiba. Semua yang berlaku bagaikan mimpi. Si budak kecil masih berharap semua itu hanya mimpi. Mana mungkin ayah sudah tiada, baru pagi tadi menghantar ke sekolah.

Tetapi itulah kenyataan yang harus si budak kecil dan kakaknya terima. Itu bukannya sebuah mimpi ngeri tetapi realiti.

Si budak kecil adalah anak ayah, terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah tiada tempat bermanja seperti sebelumnya. Si budak kecil terpaksa berdikari sejak pemergiaan ayahnya.

Si budak kecil yang banyak menumpang kasih orang tidak lagi seorang budak kecil.

24 Julai 2011 genap 16 tahun sejak pemergian arwah ayah tercinta. I miss him so much. al-Fatihah.


Comments

damha said…
alfatihah juga utk arwah ayah awak drp saya.....saya juga telah kehilangan ayah ..moga2 roh mereka ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman...amin
Dianaa said…
Sedekahkan al-fatihah setiap kali rindu :')
tamlegend said…
hmmm...setiap yang hidup pasti akan mati...akupn dah merasai sebuah kehilangan indan tersayang. al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi...
Umie Artoqiemie said…
sebak baca entry ni.

AL-FATIHAH .
cucu umie said…
semoga roh ayah sis dicucuri rahmat..incya-Alah amin44x
Arpiiz said…
takziah ye, memang susah untuk melupakan orang yang kita sayang..
Nens Collection said…
al-fatihah...
budak kecik tu akan membesar dan menjadi insan jua
cik aisha said…
@damha
trma ksh...siapakah gerangan damha ni ye?kt profile xde link...????
cik aisha said…
@Dianaa
btl tu diana...trma ksh..:)
cik aisha said…
@Mohd Izzar
trma ksh..:)
cik aisha said…
@tamlegend
yup kita pun mgkn bila2 masa je...al- Fatihah...:)
cik aisha said…
@Umie Artoqiemie
menangis buat entry ni...:) trma ksh
cik aisha said…
@cucu umie
trma ksh ayie..:)
cik aisha said…
@Nens Collection
insyaallah...trma ksh...:)
cik aisha said…
@Arpiiz
trma ksh....mmg xkn lupa..:)
Totie@Tomy said…
Allah sayangkan dia..
cik aisha said…
@Totie@Tomy
ye...Allah lbh sygkan dia...:)

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing