Saya sayang suami orang


Assalamualaikum.....

Semalam aku sempat gayut dengan seorang kawan. Lamalah jugak bercakap sampai tak kusyuk nak berblog pun. Nak cerita sikit kisah kawan kepada kawan aku ni tapi takleh terlalu detailkan. Cuma sedikit perkongsiaan realiti kehidupan sekarang.

Kawan kepada kawan aku tu sedang berkawan baik dengan suami orang. Sedang merancang untuk berkahwin di luar Malaysia. Kawan aku? Tentulah menentang keras. Family kawan dia aku tak pasti, tapi tak kisah kot.

Aku tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni. Suami orang tersebut atau kawan kepada kawan aku. Ye la bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau sebelah pihak je yang respon takkan menjadi gak. Mungkinkah salah keadaan?

Dalam masa yang sama rasa macam nak salahkan isteri lelaki tersebut. Kenapa tak jaga keperluan suami sendiri? Kenapa membiarkan hati seorang suami terluka dengan sikap dan perangai sehingga terkalih perhatian kepada perempuan lain? Kenapa melawan cakap seorang suami yang baik? Kenapa tak sanggup berubah untuk suami dan anak-anak? Banyak persoalan yang bermain di benak hati aku.

Nak salahkan lelaki tu jugak, kenapa tak berjaya didik isteri jadi wanita yang baik mengikut acuannya. Mungkin kot si isteri terlalu keras hati untuk berubah dan mungkin dia terlalu lembut hati untuk mengubah. Hingga lahir beberapa orang anak tapi masih tak berjaya mendidik seorang isteri.

Nak salahkan kawan kepada kawan aku, kenapa biarkan hati menyayangi suami orang. Kenapa biarkan diri terbabas dalam kehidupan orang lain. Kenapa dan kenapa.....

Nak salahkan diri orang sekeliling sebab tak mampu mengubah pendirian kawan kepada kawan aku tu. Kalaulah aku mampu bawak kawan kepada kawan aku tu lari jauh dari kehidupan lelaki tersebut.

Mungkinkah lelaki tersebut ingin memiliki sebuah keluarga yang membahagiakannya? Dan berkahwin buat kali kedua menjadi pilihan dalam merealisasikan impian tersebut. Iaitu memiliki keluarga baru untuk dibentuk dengan sebaiknya.

Tapi bagi aku seorang isteri pun dia tak mampu nak didik dan handle macam mana dia nak kawen lagi sorang. Pecah tembelang dia nanti tak ke huru hara lagi keadaan sedia ada. Kesian dengan anak-anak yang bakal menjadi mangsa keadaan.

Kesian kawan kepada kawan aku nanti yang mungkin menyesal dengan keputusan yang dibuat. Ye la sekarang semua sanggup, tapi ke depan-depan lagi kita tak tahu apa yang bakal kita hadapi dan apa masalah yang bakal menimpa. Aku masih berharap itu bukanlah keputusan muktamad.

Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia. Mungkin itu jodoh dia yang terbaikkan. Sebelum ni pun dia buat sembahyang istikharah minta petunjuk menurut kawan aku yang cerita, mungkin petunjuk tu belum muncul lagi dan perlu Istiqamah. Bukan dan2 tu gak Allah beri petunjuk kepada kita. Kadang-kadang kita tak sedar pun.

Ye la umo macam kitaorang ni orang cakap dah wajib kawen. Tapi tu bukan alasan yang kukuh sampai nak kawen dengan suami orang. Just take a deep breath, relax. Life is still go on without a man. Better tak kawen daripada kawen dengan lelaki yang nanti menyusahkan kita sendiri.

Suami orang...sometime cara diaorang treat pompuan memang so romantic. Caring gile mana la tak cair hati gegurl. Nampak lak tu sikap bertanggungjawab yang ada. Ok aku bekukan ati.

Realiti kehidupan sekarang,  ramai gadis-gadis diluar sana yang berkawan baik dengan suami orang. For gegurl outside there and for myself too, please avoid yourself daripada memilih suami orang sebagai future husband. Run away as far as you can....

P/S: Jangan nak samakan kes Salih Yaacob tu pulak. Tu situasi yang berbeza. 

Comments

Abang Long said…
Salam...kalau dah jodoh tak ke mana.
Mungkin artikel2 kat bawah ni ada kaitan...

Isteri Memaksa Jadi Curang

Hormat Suami Bila Perlu Sahaja?
tqahmisdar said…
taktaw nak salahkan siapa.. kite doakan yg terbaik je la.. =)
cucu umie said…
bagi ayielahkan kak, better aka suh kawan akak tu fikir 3 @ 4 kali tntg perkara nie..adkah lleaki itu sudah berlaku adil dengan isteri dia.. itu yg pntg.. kalo betol dah berlaku adil, tidak perlu untuk bernikah diluar negara.. itu akan menambahkan aib shje...
tamlegend said…
sebab laki yang bujang sekarang ni byk yang tak berkualiti...hehehe...termasuklah aku...tp bukan salah aku totally. mungkin rezeki takde lagi...keadaan dan persekitaran yang mendesak. jika kawin ikut syariat jer senang...bayar mas kawin je ckup dah...tapi idup skrg ni terikat dgn adat...tak leh nak kata apa...tak leh nak salahkan sape2 dlm kes kawan awk tu...
Mohd Izzar said…
klau jodoh..nk wat cmne kn..huhu..
xda nk komen sgt sbb..blom lg abis belajar..
cik aisha said…
@Abang Long
salam....ye betol tu...kalau da jodoh....
da baca entry2 tersebut,banyak pengajarannye....thnks abg long.
cik aisha said…
@tqahmisdar
ye doakan yg terbaik je...
cik aisha said…
@cucu umie
dah berkali2 ayie.kalau itu jodoh dia yg terbaik....redha je la.tp sblm tu kena elak habis-habisan gak.
cik aisha said…
@tamlegend
oowh pengakuan dari lelaki bujang ni...heheh.erm kawen wat biasa2 da la,buat pe nak grand2...yg penting after da kawen nak mulakan khdpn baru,bkn masa kawen berhabis duwet.simple suda...huhuu
cik aisha said…
@Mohd Izzar
xpe....baca just for knowledge...blaja elok2 ye dik...;p
echaRierie said…
huhu..
xpernah terpkr utk bercinta dgn suami org..mtk2 dijauhkan..amin2..
thanks for d advise sis..
cik aisha said…
@echaRierie
jgn pernah tpk...echa lari jauh2 ye...hehee.welkem dik...:)
tamlegend said…
nikah kawin ni melibatkan byk pihak...kadg ada yang tak setuju buat simple2...complicated jdnya...hehehe
cik aisha said…
@tamlegend
erm sape yg xsetuju wat simple2 tu silalah hulur duwet supaya semua berjalan lancar...boleh ke mcm 2?ye la memang rumit bab2 camgini sebab melibatkan campur tangan ramai org...;(

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing