Positifkan diri

Assalamualaikum semua....

Pernah rasa tertekan dengan kehidupan yang semakin mencabar sekarang ni? Of cos le setiap orang ada perasaan tersebut, cuma tahap tekanan dan cara setiap orang meng'handle perasaan tersebut berbeza-beza. Ada yang masalahnye sebesar-besar alam dan ada masalahnye yang sekecik2 kuman tuh. Yang menjadi masalah apabila orang tu tak mampu handle perasaan tersebut sampai sanggup melakukan sesuatu di luar batasan seorang manusia yang normal.


Aku tidak mahu berada dalam golongan tersebut. Kalau ada anak, sanggup campak anak keluar dari tingkap rumahlah. Ada yang bunuh diri, bunuh orang pun ada. Makhluk paling gembira mestilah syaitan sebab dah menang dalam mengkacau bilaukan perasaan manusia. Tapi yelahkan kat Malaysia ni tekanan hidup makin tinggi sebenarnya. Mungkin ada yang tak sedar.
bunuh diri bukanlah pilihan yang tepat.ianya bukanlah penyelesaian kepada semua masalah malahan menambahkan lagi masalah yang ada. itu bukan penyelesaian terakhir bagi kehidupan kita.
Cubalah positifkan diri seboleh yang mungkin. Kecewa? Semua orang pun pernah kecewa. Kecewa dalam percintaan, dalam pelajaran, dalam pekerjaan dan dalam apa je la yang kita buat. Tak sama kekecewaan si A dengan si B. Lain kekecewaan si B dengan si C.

kecewa adalah normal untuk kita . sangat normal memiliki perasaan kecewa tapi jangan keterlaluan melayan kekecewaaan tersebut kerana ada pihak yang tidak nampak bakal membisikkan sesuatu yang tidak elok kepada kita.
Jangan biarkan kekecewaan membuatkan kita hilang pertimbangan. Diri kita, hanya kita yang tahu dimana kekuatan kita. Carilah kekuatan tersebut dan jangan pedulikan apa yang orang lain fikirkan mengenainya. Jangan pedulikan ni tak bermaksud ignored je semua, sebab yang baik kita terimalah dengan hati terbuka, cuma yang tak baik tu janganlah dipedulikan. Yang kita tak mampu pun kadang-kadang abaikan. Orang selagi tak pernah alami apa kita alami, dia takkan faham. Ataupun dia pernah alami tetapi dia berjaya mengharunginya, nak samakan kita dengan dia lak. Tahu bercakap dan menyalahkan je kejenye.

Kita haruslah memandang ke depan dan apa sahaja yang telah berlaku lupakan jika tidak mendatangkan kebaikan. Kita berhak untuk hidup dengan lebih baik. Kita berhak mendapat peluang yang lain.
pandang ke hadapan. pedulikan apa sahaja perlian dan umpatan orang terhadap kita. .
Kalau rasa macam hidup kita susah, sebenarnya ramai lagi yang lebih susah. Ada yang tak ada family, hidup bergelandangan, makan pun tak ada. Sekurang-kurangnya kita masih punya family, tempat tinggal dan tak pernah kelaparan.
ramai lagi yang lebih susah daripada apa yang kita alami. mungkin selama ni kita hanya memandang ke atas tetapi lupa memandang ke bawah.
Kalau rasa sakit kita paling teruk, ramai lagi yang menghidap pelbagai penyakit kronik. Ada yang dalam keadaan koma, lumpuh, tak mampu uruskan diri. Sekurang-kurangnya kita masih bernyawa, mampu bergerak dan menguruskan diri sendiri. Mungkin agak terhad tapi masih mampu meneruskan hidup.
setiap penyakit ada penawarnya. berusaha melawan penyakit bukanlah semudah yang disangka tetapi  kita harus hidup dengan baik dan mencuba selagi ada harapan, selagi masih bernafas.
Kalau rasa diri paling tak bertuah, ramai lagi yang tak bertuah. Berapa ramai yang masih mencari pekerjaan tapi tak dapat, yang tak mampu bekerja pun ada. Kita sekurang-kurangnya diberi lagi peluang untuk terus mencuba dan mencuba walaupun seringkali gagal. Gagal tu tandanya usaha belum cukup lagi dan belum rezeki kita. Sentiasalah berprasangkalah baik bahawa ada rezeki yang lebih baik menunggu kita dan kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatnya.
kura-kura pun tak bernasib baik sampai terbalik macam ni. kita pun sama je la,kadang-kadang terjatuh tapi kenalah bangun semula. jangan biarkan diri 'lumpuh'.
Banyak lagi cara dan motivasi untuk mempositifkan diri. Cuma jangan sesekali membandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan serta kekurangan yang tersendiri. Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi lebih baik walaupun dimata orang tiada apa yang berubah. Keep it up.

Comments

kjaharun said…
so, pengajaran nya kat c ni, jum kita beza kan kesusahan kita ni dgn kesusahan org yg lg susah..
:).. faham kn ape yg cube saya maksud kn?? hahahah

agak bebelit sekir..
hurmm , Tia pun kadang2 boleh hilang pertimbangan bila masalah yang dialami tu terlalu berat rasanya :(
nawal addina said…
yeah ! be positif :)

skg hdup mkin sush :(

cuaca , keadaan , perasaan , kwn , fmli , study , work ..
Kisah Hati said…
hidup harus sentiasa positif... barulah jiwa tenang... :)
cik aisha said…
@kjaharun
rasanye macam paham...kepayahn setiap org xsama,tgk kepayahan org gak tok motivasikan diri..tak gitu...
cik aisha said…
@tia @ Ini Kisah Tia
masalah dtg dan pegi...insyaallah kalau boleh handle xkn hlg pertimbangan.normal la tu kalau nak mrh n moody sket2 kn...:)
cik aisha said…
@nawal addina
semua benda wat hidup susah...yup positif2 meneruskan hidup..:)
cik aisha said…
@ Kisah Hati
jiwa tak tenang je time negatif tu.tak mudah nak positif tp kena cuba gak..:)
Abang Long said…
Salam...mungkin mudah untuk berkata "think positively" tapi mudahkah untuk berbuat begitu?

Meh share this article..
http://abanglongonline.blogspot.com/2011/01/beauty-of-positive-thinking.html
tamlegend said…
boleh nak banding2kan. tapi jgn la bandingkan kita yang miskin dgn y kaya. yang miskin banding la dengan yang fakir...pendapat jer. kutip dari buku...buku mana tak hengat dah...huhu
dari perasaan,dia terus ke akal..

dan bila hilang ptmbgn itu yg mcm2 jadi..

terutama yg negatif..
cik aisha said…
@Abang Long
salam...
dah baca link tu,sangat memotivasikan kisah jerry tu...thnks..:)
cik aisha said…
@tamlegend
buku motivasi kot...hehee.betoi la pendapat tamlegend tu..:)
cik aisha said…
@nuyui a.k.a miss NUSHA
dari akal terus ke perbuatan...xtapis2 dah, mule wat bukn2...:(
thnks nuyui...:)
dwaty said…
tu la masalahnya... setiap kali ada masah mesti bandingkan dengan org lain... huhuhu
cik aisha said…
@dwaty
nak bndg pn kena ada caranye...hehee

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing