Hukum-hukum Dasar Syariat Islam


Assalamualaikum semua...

Hari ni nak cite pasal Hukum-hukum Dasar Syariat Islam. Nak share takrif hukum yang selama ni kita dok sebut tapi takrifnya kadang-kadang terkeliru jugak.

Ilmu ni aku amek dari buku hasil penulisan Dato' Ismail Kamus bersama Mohd Azrul Azlen Abd Hamid yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat. Buku penerbitan Telaga Biru ni sangat bermanfaat sebagai panduan fardu ain yang lengkap bergambar. Memang tak bosan sebab gambar berkualiti dan mudah difahami.

Takrif hukum halal, hukum haram, hukum wajib, hukum sunat, hukum makruh, hukum harus, hukum sah dan hukum batal dalam syariat:

Takrif Halal
Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan, atau mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.

Takrif  Haram
Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. Hukum ini berlawanan dengan yang halal.
Contohnya: Makanan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan sebagainya. Perbuatan haram seperti memakan harta anak yatim, bertenung nasib, bergaul bebas lelaki dan wanita bukan mahram, berjudi, membuka aurat (kecuali yang diharuskan syarak) dan lain-lain amalan yang dilarang.

Takrif Wajib
Sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila meninggalkannya
Contohnya: Amalan solat lima waktu, puasa pada bulan ramadan, dan sebagainya.

Takrif Sunat
Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya
Contohnya: Solat sunat, bersedekah, puasa sunat dan sebagainya.

Takrif Makruh
Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa apabila mengejakannya.
Antaranya: Memakan makanan yang berbau seperti bawang mentah, petai dan segala makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk sehingga mengganggu jemaah lain dalam solat.

Takrif Harus
Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.
Antaranya: Makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya.

Takrif Sah
Sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak.
Contohnya: Antara syarat sah solat ialah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.

Takrif  Batal
Sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak.
Contohnya: Solat akan batal jika bergerak berturut-turut sebanyak tiga kali.

Terdapat huraian yang lebih detail kalau baca sendiri buku ni. Tak rugipun memiliki buku ni sebagai panduan sekeluarga.

Ha sape yang dok pegang tangan girlpren or boipren or bukan mahram....pun HARAM ye... Better p peluk anjang or babi, at least boleh samak. Ni memang sah-sah takley samak. (Itu apa yang selalu orang umpamakan dan itulah kenyataan, tak berniat nak kondem sape-sape pun ok..peace)

Comments

nawal addina said…
nice sharing kak ;)
sabella mohamad said…
entry yg amat bermanfaat !
^_^
cik aisha said…
@sabella mohamad
time kasih..:)
Totie@Tomy said…
bagus takrif hukum ni..tambahkan ilmu saya tq aisha..

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing