Duit kopi dan barrier

Assalamualaikum....

Semua sihat ke. Semalam  (3 Mei 2011) seharian aku merayau-rayau kat Putrajaya. Buat-buat tak sesat je. Haha.

Destinasi yang nak pegi ialah Anjung kat putrajaya tu. Dari jauh dah nampak tertera perkataan Anjung tu so dengan tak berapa konpiden masuklah ke dalam kawasan berpagar. Guard tak tahan maknanye boleh masuklah kan. Pusing-pusing mencari parking, tapi macam tak de tempat parking pun kat dalam tu.

Semua kete parking kat tepi-tepi jalan je. Aku berniat nak join parking gak tapi kebetulan memang beratur kete parking n tak de ruang aku nak mencelah parking (kalau ada pun haru biru la sebab aku tak cekap parking tepi).

Time kali kedua aku pusing tu aku nampak la sorang pak cik guard ni, so aku pun benti dan tanya lah pak cik guard tu kat mana aku boleh parking kete.

Dia jawab kat sini mana ada tempat parking. Tempat parking hanya untuk pegawai. Dia boleh bagi aku parking tapi nanti kalau pengarah datang dia yang kena. Tepi-tepi je la orang selalu parking.

Aku jawab la tepi-tepi tu penuh la pak cik. Pastu tetiba aku teringat kat tepi luar macam ada parking je tapi nampak macam jauh je.

So aku tanya la pak cik guard tu, pak cik yang kat luar sebelum masuk sini tadi boleh parking ke tak?

Pak cik tu jawab ikut tak boleh tepi-tepi kat luar pagar tu, kalau penguatkuasa buat rondaan nanti kena saman.

Aku rasa macam pak cik tu salah faham, so aku nak puaskan hati, aku tanya lagi. Pak cik bukan yang tepi-tepi kat dalam ni, yang kat luar kawasan ni. Tak boleh parking jugak ke situ? Yang sebelum masuk pagar kawasan ni.

Pak cik tu still jawab tak boleh. So aku merungut la, habis tu saya nak parking kat mana macam tu. Semua tak boleh parking.

Pak cik guard tu senyum je. Pastu dia cakap pak cik boleh bagi kamu parking kat bawah. Apa-apa pak cik jawab la nanti. Kamu bagi duit kopi je kat pak cik.

Terkejut aku pak cik tu cakap macam tu. Aku lak spontan je jawab tak pe la pak cik tak jadilah nak singgah Anjung tu. Terima kasih pak cik.

Duit kopi? Tu bukan macam rasuah gak ke? Tak baik woo bersubahat dalam memberi dan menerima rasuah.

So aku mengkaji sebentar maksud rasuah:

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. (sumber)

Rasuah memerlukan dua pihak yang korup: pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Di beberapa buah negara, rasuah sudah menjadi suatu budaya. (sumber) So bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi lah...

Duit kopi tu kira memang rasuah la. Alhamdulillah aku tak terlibat semalam. Kalau tak akulah pemberi sogokan dan pak cik guard tu la penerima sogokan.

So berbalik pada cite aku tadi, aku pun reverse la kete nak pusing kuar semula. Syok je aku reverse tetiba rasa terlanggar benda keras. Alamak aku terlanggar barrier la pulak. Jatuh barrier tu aku langgar. 

Pak cik guard tu sempat membebel kat aku tak nampak ke? Aku selamba jawab tak perasan. Pastu terus jalan. Sory la pak cik ye. Nak turun tolong banyak kete nak kuar masuk (alasan je kot). 

Dalam hati, sudah calar ke kemek belakang kete tataw la. Da la tu kete kakak aku. Alamak...

Aku drive nak keluar nampak adik guard kat pondok guard. Aku benti pastu tanya dia pulak, dik kat sini mana yang boleh parking? Kat luar tu boleh parking tak?

Dia jawab, akak keluar jalan besar pastu nanti amek simpang kiri. Akak boleh parking kat situ.

Selepas mengucapkan terima kasih aku pun keluar la dan follow la direction dia bagi. Ada rupanya parking free khas untuk pengunjung Anjung. Apasal la aku terhegeh-hegeh cari parking kat dalam siap terlanggar barrier lagi. Adoyai....

Memang parking dia penuh tapi kalau tunggu sekejap dengan penuh kesabaran, insyallah boleh dapat parking dari parking merata-rata pastu dapat surat cinta, dari bagi duit kopi kat pak cik tu.

Tu la kisah duit kopi dan divider...


Moral of story di sini jangan terima sebarang tawaran yang ke arah rasuah dan berhati-hatilah ketika memandu. :)

**Seperti dijangka memang calar pun belakang kete. Barrier plastik je tu, kalau divider fix konkrit tu mahu kemek kot. My sis tak marah aku sebab aku pemandu baru belajar walau lesen dah competen. Kui3....

Comments

Ain Shafinas said…
isk pak cik tu ! teruk betul ! baik duit kopi tu awak pegi beli kopi utk awk minum kn cik aisha ? haha :D
Melda Mohd said…
Huhu. Hati hati dengan orang, hati hati juga di jalan.=)
cik aisha said…
@ Ain Shafinas
2 la pasal...betol2 cik aisha sokong sgt2 baik belanja diri sendiri..;)
cik aisha said…
@Melda Mohd
berhati2 dgn semuanya..haha
Scya LollitA said…
kopi pown cik scya x suka , ini plak duit kopi . mnx dijauhkan lahh
cik aisha said…
@Scya LollitA
lari jauh2 cik Scya LollitA bla jmpa org mcm tu...
cik aisha said…
@Izzuddin Fauzi
duit kopi...bkn duit dan kopi...haha
nelly said…
say no to rasuah ^^
ek eley..setakat nak parking tu pon pakcik tu nak duit kopi ker...

tapi

"Pak cik tu jawab ikut tak boleh tepi-tepi kat luar pagar tu, kalau penguatkuasa buat rondaan nanti kena saman.

Aku rasa macam pak cik tu salah faham"

yang ni pakcik tu cakap betul...hehe...nnt polis datang saman kalau parking kt luar pagar tue...huhuhu


bagus!...anda berjaya menentang rasuah...ley jadi Pegawai SPRM la camni

Layari juga update terbaru

"United Mara Ke Final UCL 2010/11 4-1 (Agg 6-1) .Bertemu Barcelona...Final Ulangan 2008/09"
"Facebook Dilanda SPAM "Osama Shot Down Video"
Osama Laden Mati Dibunuh??? Korang Percaye???
FARAH LIYANA said…
rasuah. menarik2 antry nih (:
cik aisha said…
@nelly
yes so no n bye2...:)
cik aisha said…
@ DefarhanoVII a.k.a BoyPJ
yup tang tu memang pak cik tersebut berniat murni
tang duit kopi tak berapa nak murni niat dia.hehee
jadi pegawai SPRM, wah tak mahulah.nti kna byk bsoal jwb...hihi
cik aisha said…
@FARAH LIYANA
time kasih..:)
cucu umie said…
huhua..siap mintk wet kopi pakcik tu...lala btw, baik pakguard yg ag sowg, tunjukkan parkin free tu..herm, kt tmpt mcm tu pon ad yg mintk wet kopi ker?? haha
tokwan muda said…
respek sama akak...heehee,kdg2 yg kecil2 mcm ni kene elak awal2 kan kan
cik aisha said…
@cucu umie
maybe pk cik guard 2 mmg tataw pasal parking free kat lua 2..mklm dia jaga kat dlm je.yg xleh trma dia minx duwet kopi,nmpk sgt xikhls nk tolong.
cik aisha said…
@tokwan muda
ye la...kecil2an membawa kpd besar2an.manusia mmg sifat smlajdi nk yg senang n mudah je...
Ain Shafinas said…
haha :) nak nombor pakcik tu, bg belanja kopi.

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing