Assalamualaikum semua...

Jom baca story kat bawah ni...

Sepasang suami isteri telah berkahwin selama sebelas tahun lamanya sebelum dikurniakan seorang anak lelaki. Mereka sangat menyayangi si anak tersebut yang telah menjadi permata hati, pengarang jantung mereka suami isteri.

Pada suatu pagi, ketika si anak berumur sekitar dua tahun, si suami melihat botol ubat terbuka. Oleh kerana pagi tersebut si suami telah terlambat untuk ke pejabat, dia menyuruh si isteri supaya menutup botol tersebut dan menyimpannya di tempat yang selamat.

Si isteri disebabkan terlalu sibuk melakukan kerja rumah dan dapur, telah terlupa apa yang dipesan oleh si suami.

Si anak pula, ketika bermain-main dia ternampak botol tersebut. Oleh kerana warna botol yang menarik, si anak tadi telah meminum kesemua isi di dalam botol tersebut. Dalam kuantiti yang telah diminum sudah pasti ianya mendatangkan kesan negatif terutama kepada si anak yang masih kecil.

Si ibu hanya tersedar setelah mendapati si anak tidak sedarkan diri dan bergegas membawa si anak ke klinik berhampiran. Ketika tiba diklinik, doktor mengesahkan si anak telah meninggal dunia. Si ibu sangat sedih dan terpegun. Si ibu juga sangat takut untuk menghadapi si suami.

Ketika si suami sampai ke klinik dan melihat dengan penuh kesedihan anaknya yang sudah tidak bernyawa, si suami memandang si isteri dan hanya mengucapkan empat perkataan.

Korang rasa apa dia empat perkataan tersebut?


Si suami mengucapkan......

"Aku 
          cinta 
                    kamu 
                               sayang".

Meleset andaian si isteri bahawa dia akan dimarahi oleh si suami.

Si anak telah meninggal dan tidak akan dapat dihidupkan kembali, tidak guna mencari kesalahan si isteri kerana jika si suami mengambil sedikit masa untuk menyimpan sendiri botol ubat tersebut, semuanya pasti tidak akan berlaku. Untuk menyalahkan seratus peratus isterinya sendiri, isterinya sendiri sangat sedih dan sudah tentu tidak mahu semua itu berlaku. Mereka telah sama-sama kehilangan anak tersayang. Si isteri juga perlukan simpati, sokongan dan kasih sayang si suami di waktu sukar begitu

Di dalam perhubungan, pekerjaan dan kehidupan seharian kadang-kadang kita menghabiskan masa dengan bertanya siapa yang harus dipersalahkan ataupun siapa yang patut dipertanggungjawabkan untuk apa yang berlaku.

Kita telah kehilangan nilai dalam hubungan kemanusiaan yang mana sepatutnya kita saling memberi sokongan moral. Selepas apa yang berlaku, kenapa tidak menjadikan memaafkan seseorang yang kita sayangi perkara yang paling mudah di dunia ini? Jangan menambahkan rasa sakit, kesedihan dan penderitaan yang telah sedia ada.

Insyaallah, masalah akan berkurangan jika semua orang melihat kehidupan dengan perspektif yang positif.

Lepaskan rasa sakit ati, rasa cemburu, rasa tidak mahu memaafkan, rasa egois dan rasa takut kita, dan kita akan dapat rasa perkara yang berlaku sebenarnya tidaklah secomplicated seperti yang kita fikirkan.

Pandang ke hadapan dan jangan pandang ke belakang, jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran buat diri sendiri. Jangan menolak qada' dan qadar yang telah tersurat. Carilah hikmah yang tersembunyi di atas segala yang berlaku.

**Internet yang tidak stabil dan laptop yang bermasalah menyebabkan aktiviti berblog hambar. Baru nak feel tetiba intenet lost connection, tetiba laptop teroff. Maafkan tuan empunya blog.. *_*

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative