Posts

Showing posts from May, 2011

SEGMEN NOMBOR FOLLOWER CUN BERSAMA TERBELOG

Image
Assalamualaikum semua...
Wah nak join segmen lagi. Kali ni segmen oleh Terbelog lak. Dah jadi follower dia dah and dah lama nak join segmen ni tapi asyik jadi follower yang nombor tak bape cantik je. Cuma pagi semalam time kelam kabut sempat online kejap dan sempat jadi follower yang pada aku nombor dia marvelous... Terus print screen and save.
Ni hasilnye....

Tak kisahkan compilekan dua sekali?
Hanya nombor 1 dan nombor 9 je yang terlibat, kedua-duanya nombor ganjil. Memula nombor 1 menjadi pengapit nombor 9, kemudian nombor 9 pulak yang menjadi pengapit nombor 1. Cantik nombor memula dan akhir jadi pengapit ni. Korang ingat pengantin je ke ada pengapit? Har3.
Okey la, kepada sape-sape yang jumpa nombor lawa dan rasa nak menjoinkan diri, silalah klik di sini.

Mencari Blogger Wanita

Image
Assalamualaikum semua....

Ari ni melapangkan masa untuk menjoin segmen terbaru cik joker gurl. Sape-sape blogger wanita (lelaki tak terlibat ye) yang berminat nak join silalah --->http://jokegurl.blogspot.com/2011/05/mencari-blogger-wanita.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut syarat-syarat penyertaan.

Tapi kepada yang nak join cepat sebab tarikh tutup pukul 12.01AM hari Isnin 30hb May 2011.

Itukah cinta?

Image
Adakah kamu pernah rasa tapak tangan kamu berpeluh, hati kamu berdebar-debar dan suara kamu seolah-olah tidak terkeluar?
Itu bukan cinta, itu adalah rasa. 
Adakah kamu sentiasa mahu memandang matanya dan memegang tangannya? Itu bukan cinta, itu adalah nafsu.
Adakah kamu  menunjuk-nunjuk dan rasa bangga kerana dapat memiliki si dia sebagai kekasih? Itu bukan cinta, itu adalah bernasib baik.
Adakah kamu menerima seseorang sebagai kekasih kerana  mereka sentiasa berada di sisi kamu? Itu bukan cinta, itu adalah kesepian.
Adakah kamu kekal bersama si dia kerana tidak mahu menyakiti si dia ? Itu bukan cinta, itu adalah sayang.
Adakah kamu menjadi milik si dia kerana pandangan mata si dia yang membuat jantung kamu berdetak?  Itu bukan cinta, itu adalah kegilaan.
Adakah kamu memaafkan kesalahan mereka kerana kamu amik berat tentang mereka?  Itu bukan cinta, itu adalah persahabatan.
Adakah kamu memberitahu mereka setiap hari bahawa mereka adalah satu-satunya yang kamu fikirkan?  Itu bukan cinta, itu a…

Segmen bloglist Abgteror tanah tumpah

Image
Assalamualaikum semua...

Hari ni terlebih rajin menjoinkan diri dengan segmen abgteror lak. Terbuka kepada 500 penyertaan sahaja. Sape nak join sila klik sini.

Soalan-soalan yang perlu dijawab ialah:

1. Dimana anda dilahirkan?
Saya dilahirkan di sebuah kampung di negeri Perak

2. Dimana anda dibesarkan?
Saya dibesarkan di kampung bersebelahan tempat lahir saya di Perak

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Perak

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.Sebab saya dilahirkan dan dibesarkan di negeri tersebut walaupun saya tidak lagi menetap di negeri tersebut. Masih ramai saudara mara yang menetap di negeri tersebut dan kampung halaman saya memang kat negeri tersebut.
Sekian, saya yang melaporkan.
Yang Benar, Cik Aisha
**Apasal tetiba skema je ni.

segmen mencari 100 blog list utk dilawati

Image
Assalamualaikum semua....

Hari ni cik aisha nak join Joker Gurl punya segmen. Sape-sape nak join cepat sebab penyertaan terhad kepada

100 bloglist je.

Sape nak join dan nak tengok syarat penyertaan boleh la klik sini.


Sekian terima kasih...

Tak ada duit camne nak baya tol?

Image
Assalamualaikum semua...

Nak tanya ada tak antara kamu-kamu dan kamu semua yang pernah atau sedang bekerja di tol?

Ni pehal tetiba tanya soklan macam tu lak kan. Hehe sebenarnya setiap kali lalu kat tol otak aku mesti fikir, agak-agaknya kalau ada pengguna jalan raya yang betol-betol lupa nak bawa duit macam mana? Pastu dia memang takde smart tag,touch n go sume tu. Ke yang buat-buat takde duwet. Agak-agak dia lepaskan ke tak?

Nak dijadikan cerita, semalam (23 May 2011) berlaku kat depan mata apa yang aku selalu fikirkan. Masa tengah Q nak bayar tol, depan kereta aku naik tu kereta Myvi yang dipandu oleh mamat Negro.

Terdengar dan ternampak la jurutol tu sebut one ringgit sambil tunjuk satu jari.. Tapi mamat Negro tu jawab don't have sambil geleng-geleng.

Ah sudah dia sengaja tak nak bayar tol ke dia memang tak bawa duit time tu. Aku pun fikir lagi agak-agak jurutol lepas ke tak ni. Dibuatnya mamat negro tu rempuh penghadang tu camne. Keterlaluannye otak berfikir.. Haha

Tup-tup j…

Belajar memaafkan

Image
Assalamualaikum semua...

Jom baca story kat bawah ni...

Sepasang suami isteri telah berkahwin selama sebelas tahun lamanya sebelum dikurniakan seorang anak lelaki. Mereka sangat menyayangi si anak tersebut yang telah menjadi permata hati, pengarang jantung mereka suami isteri.

Pada suatu pagi, ketika si anak berumur sekitar dua tahun, si suami melihat botol ubat terbuka. Oleh kerana pagi tersebut si suami telah terlambat untuk ke pejabat, dia menyuruh si isteri supaya menutup botol tersebut dan menyimpannya di tempat yang selamat.

Si isteri disebabkan terlalu sibuk melakukan kerja rumah dan dapur, telah terlupa apa yang dipesan oleh si suami.

Si anak pula, ketika bermain-main dia ternampak botol tersebut. Oleh kerana warna botol yang menarik, si anak tadi telah meminum kesemua isi di dalam botol tersebut. Dalam kuantiti yang telah diminum sudah pasti ianya mendatangkan kesan negatif terutama kepada si anak yang masih kecil.

Si ibu hanya tersedar setelah mendapati si anak tidak sedark…

Cara mengubati sawan/epilepsi

Image
pic dicilok dari pn. google image search
Assalamualaikum semua....

Hari tu (dah lama) aku ada la dengar pertanyaan seorang penonton kat Tanyalah Ustaz bagaimana caranya nak merawat sawan.

Sebelum tu jom kita amek taw dulu apa sebenarnya sawan.

Sawan adalah keadaan di mana berlakunya renjatan elektrik di otak di luar kawal yang mengakibatkan:
Sindrom perubatan untuk sawan yang berulang-ulang tanpa diberangsangkan dipanggil epilepsi, bagaimanapun sawan boleh berlaku pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi.(wikipedia)

Sawan ni selalu berlaku dikalangan kanak-kanak terutama ketika mereka demam. Walaubagaimana pun, terdapat kes dimana orang dewasa turut menghidapi sawan. Yang aku selalu dengar orang cakap sawan babi.
Kalau kerap kena sawan memang mendatangkan kesan negatif seperti kecederaan fizikal disebabkan pergerakan yang tidak terkawal semasa sawan, kerosakan kepada otak kerana serangan yang kerap atau berpanjangan, tergigit lidah sendiri dan boleh membawa maut. 
Kalau orang dewasa …

Blog kena hack...

Image
Assalamualaikum semua...

Seriau dengar blog kena hack ni. Bagi si tukang hack ianya mesti satu kepuasan. Tapi bagi seorang blogger itu adalah satu kekecewaan bila semua hilang macam tu je.

Aku terbaca kat shoutmix aku, ada seorang blogger ni nama Mimi bagitaw blog dia kena hack.


So aku pun klik la link dia...
sila klik untuk besarkan...
Erm...baca sendirilah apa yang tertulis.... Tak tahu nak cakap camne pun..:(
**ada tak cara nak selamatkan blog dari dihack?

Nak Join Bloglist Yaya Azura

Image
Assalamualaikum semua....

Entry ni entry khas sebab nak melayakkan diri menjoin Bloglist Yaya Azura.

Syaratnya sangat mudah:

Kena la jadi folower Yaya Azura-mmg da follow so Done

Buat satu entry bertajuk Nak Join Bloglist Yaya Azura-almost Done

Sila maklumkan sama ada nak jadi: a) Abang Wafiq b) Kakak Wafiq c) Jom Masak d) Jom Terjah-Nak jadi Kakak Wafiq

Tinggalkan link kat entry Yaya Azura- Bakal Done


Tarikh tutup unknown sebab terpulang kepada penganjur.

Hadiah? Anda akan tersenarai di bloglist Yaya Azura. Menarik tu...Jom2 join. Sape yang belum follow tapi berniat nak join, follow la Yaya Azura.

Follower di'maintenance'kan...

Image
Assalamualaikum semua...

Baru nak meluangkan masa berbelog berwalking..;p Tapi tak boleh pulak nak mem'follow' blog orang.

Blogspot sedang maintenance follower ke? Ke salah, aku ni kurang pengetahuan pasal menda camni. Jangan follower hilang sudah la. Lagi parah dari entry dan komen dan widget yang hilang tu.

Button nak follow sekali follower tak muncul-muncul.... Ingatkan sebab line tenet kesengalan. Tapi okey je tenet dan masa berjalan-jalan ke blog orang, jumpa ada blog yang da merungut pasal ni. Sah la blogger wat hal la tu.

waa....aku punya folower tak muncul gak...
Sape-sape yang masih mengekalkan function blogger seperti image dibawah ni boleh la follow... Tapi risau jugak kot-kot lepas sistem okey kang tetiba tak ada dalam list follower lak kan. Tetiba memikirkan segala kemungkinan lak.

button share kat sini je yang membolehkan follow

So berehat sebentar dari mem'follow' la kot. Altenatif lain bookmark je dulu blog yang tak dapat nak difollow tu, nanti da okey …

Pemandu kat Malaysia suka jual ikan (1)

Image
Assalamualaikum semua...

Ada yang baca tajuk je dah terasa ke? Hehee sape makan cili dia la rasa pedas, takkan aku pulak rasa pedas.

Ni memang realiti kat Malaysia la. Pemandu-pemandu Malaysia ni suka sangat parking merata tempat. Tempat yang tak sepatutnya diparking.

Actually aku tak kisah sangat pun suka hati la nak parking mana-mana pun, kalau dapat surat cinta korang yang bayar pun kan, tak ada kaitan dengan aku.

Tapi yang aku tak puas ari bila orang parking merata-rata sampai menyusahkan pemandu lain. Ni antara contohnya.

Parking block kereta orang
Parking kat bahu jalan

Aku ni dah la pemandu yang tak berapa nak cekap lagi. Tak payah la nak menguji, kete korang calar or kemek memang padan muka korang. Tapi kalau kete aku bawak yang calar, apa kes?

Kadang-kadang punya la bijak ada yang parking memblock kereta lain nak keluar. Tak sayang kete parking la tengah jalan nuh... parking block kete orang buat apa, tak mencabar langsung.

Kadang-kadang fail nak adjust reverse keluar walaup…

Cara dapatkan kembali entry yang hilang. Jom try

Image
Assalamualaikum semua...

Semalam aku ada ternampak satu entry ni tapi tak sempat nak skodeng sebab lappy wat hal je.

Entry tu pasal nak mendapatkan kembali entry2 yang telah hilang masa proses blogger maintenance ari tu la. Ramai yang kehilangan entry termasuk la aku sendiri.

Aku ternampak kat blog aku & fantasiyang kemudian melinkkan aku ke tutorial sebenar camne nak dapatkan kembali entry yang hilang tersebut.

Kepada sape-sape yang hilang entry tu boleh la pegi ke blog A'IM dan mencuba tutorial tersebut. Memang akan dapat balik entry tapi komen yang hilang tak dapat diselamtkan.Baca betul-betul ye sebelum try...:)

**tak terkejar nak jengah semua entry, lappy kejap2 restart semula, kejap2 hang. blog yang berat tu terpaksa 'X' ...
**thanks kepada semua follower

Proses mencari screen termurah

Image
Assalamualaikum semua....

Sejak netbook punya screen bermasalah, dah jarang dapat online macam selalu. Maklumlah guna laptop lama ni susah sikit, keypad tak bape ok, bateri pun kong n macam2 hal lagilah. Alhamdulillah boleh jugak online kejap2 daripada terus tak boleh.

Pagi tadi aku pegi la kedai komputer, tanya berapa kos nak baiki screen netbook yang rosak tu. Orang kedai tu bagitaw kosnya minimum RM500 and above. Dia akan hantar ke factory untuk dibaiki, so kira ada banyak kos lain yang di plus-plus skali la tu kan. Mesti dia pun akan amek untung jugak tu konon-konon kos penghantaran. Ye dak?

Sebelum tu dah godek-godek kat forum dan google search cikit pasal kerosakan screen dan harga. Tapi tak jumpa pun info yang tepat pasal harga. Cuma terjumpa info yang mrnyatakan screen memang mahal dan mencecah 60% daripada harga netbook/laptop tu sendiri. Wah betul2 mahal tu.

Jumpa gak info yang menyatakan kerosakan screen tak boleh dibaiki selalunya dan perlu ditukar. Haha punah harapan nak…

Blogger unavailable, latest entry missing, screen netbook rosak...:(

Image
Assalamualaikum....

Hari ni baru aku dapat masuk website blogger.com. Ada sape-sape yang senasib dengan aku tak? Sebelum ni kejap boleh masuk kejap tak. Ada ke patut blogger unavailable. Skodeng new entry kat google reader terus spoil mood . Tak tahu la apa masalah blogger.com ni sampai take time nak maintenance.

Takpelah ari ni dah boleh masuk blogger.com. Tapi aku terkejut tengok entry terbaru aku hilang. OMG.... Apa kes ni sampai hilang.

Kalau ada yang perasan, entry aku bagi title 'Ko taw...Mak aku...'. Sebelum ni  ada nampak dah ada yang komen kat entry tu tapi aku tak leh accept pastu tetiba blogger.com unavailable.

Waaaa sedihnye aden.... Kena rewrite la entry tu semula nampaknya.. sob2.

Sebenarnya aku dah print screen blogger unavailable tu, tapi screen netbook lak rosak tak kuar apa pun Sape-sape yang pro pasal screen, korang rasa mahal tak nak baiki ke tukar ke? Kalau mahal sangat macam tak berbaloi lak.

**Sekarang ni aku guna laptop lama, sangat sengsara sebab lapt…

Be Carefull especially woman

Image
Video ni sebenarnya ada orang bagi kat email kakak aku. Aku jadikan entry sebab aku nak korang especially woman beware dengan apa yang telah berlaku dan mungkin akan terjadi kat kita kalau tak berhati-hati.
Kalau yang dah pernah tengok tu, tengok la lagi sebagai peringatan untuk diri dan orang tersayang okey...:)


Dah tengok? Dalam masa tak sampai 2 saat je pembonceng motosikal terbabit berjaya melarikan sesuatu dari dalam kereta tersebut. Dalam tak sampai 2 saat menghampiri kereta, memecahkan cermin tingkap dan melarikan barangan pemandu terbabit. Memang dasyat la peragut (ke perompak) tu kat traffic light u-turn pun boleh cari 'rezeki'.
So korang semua terutama gadis dan wanita, ingat pesan ni: Jangan letak handbag atau laptop atau apa-apa saja yang boleh menarik perhatian penjenayah  (peragut/perompak/pencuri) kat tempat duduk belakang atau depan semasa memandu. Jangan letak handbag atas riba korang pun, kalau boleh letaklah kat bawah kaki supaya tersorok dan tak nampak.Tutupla…

Tips di dalam bas

Image
(Scheduled post)

Selalu naik bas tak? Zaman bergelar student pegi mana-mana pun naik bas je. Maklumlah bas tu pengangkutan utama aku sejak dulu lagi. Sekarang pun naik je jugak lagi.
Macam-macam peel orang, macam-macam jenis orang boleh jumpa kat dalam bas. Paling tension bila ada si 'penggatal' tersesat satu bas dengan aku. Mesti ramai lagi yang pernah senasib dengan aku kan?

So kat sini aku bagi sedikit tips macam mana nak menjaga diri kat dalam bas. Kaum Adam yang baca boleh bagitaw tips ni kat Hawa kesayangan korang.

Antara tipsnya ialah... Silalah duduk disebelah luar tempat duduk bagi mengelakkan orang lain terutama lelaki duduk di sebelah kita. Letaklah beg ke apa sebelah kita kalau duduk sorang-sorang (bas xpres xdapek nak nolong).Kalau rasa tak secure, berpindahlah tempat duduk dengan mencari penumpang perempuan dan duduk jelah sebelah dia.Jika tiada pilihan silalah beri penumpang lelaki tersebut duduk di sebelah dalam. In case jadi pape kita masih ada ruang nak selam…

Perlu ke diari tu

Image
(Scheduled post) Diari ialah rekod catatan harian tentang perkara yang berlaku atau yang akan dilakukan, lazimnya di dalam buku dan disusun mengikut tarikh. Diari mengandungi pengalaman atau pemerhatian peribadi seseorang.(Wikipedia)

Diari ni kira macam tempat meluahkan segala perasaan dan apa yang berlaku. Ye la putus cinta ke, kena marah dengan cikgu or lecture ke, ada peristiwa yang memalukan ke, ada orang melamar ke dan pape lagi la.
Selalunya kalau ada diari mesti tak suka kalau orang lain baca. Siap sorok tempat yang tersembunyi dan membeli diari yang mempunyai kunci supaya lebih selamat-konon-konon la. Macam ada pengalaman je kan.
Aku seorang yang tak suka tulis diari sebab sangat risau nanti ada orang baca. Pernah ada diari masa sekolah dulu, tapi sebulan sekali pun belum tentu nak tulis. Rasa macam rahsia tu lebih selamat kalau tak ditulis. Maklum mesti ada yang curi baca punyalah. Sudahnya diari tu kosong je tanpa sebarang catatan. Pastu dah malas nak beli diari yang ada tarikh …

Rahsia Fadhilat Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah dibaca ketika solat, tapi tahu tak rahsia fadhilat surah tersebut? Ilmu ni aku jumpa masa godek-godek note kawan aku. Sumber asal tak tahu la. Dengan niat ingin berkongsi ilmu, jadilah entry Fadhilat Surah al-Fatihah.
Antara rahsia fadhilat surah al-Fatihah seperti dibawah...

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak-anak anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur. 
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut. 
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut. Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal. 
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut. Kemudian, baca surah al-Fa…

Duit kopi dan barrier

Image
Assalamualaikum....

Semua sihat ke. Semalam  (3 Mei 2011) seharian aku merayau-rayau kat Putrajaya. Buat-buat tak sesat je. Haha.

Destinasi yang nak pegi ialah Anjung kat putrajaya tu. Dari jauh dah nampak tertera perkataan Anjung tu so dengan tak berapa konpiden masuklah ke dalam kawasan berpagar. Guard tak tahan maknanye boleh masuklah kan. Pusing-pusing mencari parking, tapi macam tak de tempat parking pun kat dalam tu.

Semua kete parking kat tepi-tepi jalan je. Aku berniat nak join parking gak tapi kebetulan memang beratur kete parking n tak de ruang aku nak mencelah parking (kalau ada pun haru biru la sebab aku tak cekap parking tepi).

Time kali kedua aku pusing tu aku nampak la sorang pak cik guard ni, so aku pun benti dan tanya lah pak cik guard tu kat mana aku boleh parking kete.

Dia jawab kat sini mana ada tempat parking. Tempat parking hanya untuk pegawai. Dia boleh bagi aku parking tapi nanti kalau pengarah datang dia yang kena. Tepi-tepi je la orang selalu parking.

Aku ja…

Berbaloi-baloi dapat tandatangan burung

Image
Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni (1 mei 2011) berkesempatan pegi ke pesta buku yang berlangsung kat PWTC.  Baca kat blog Koding rasa macam nak pegi tapi tak kompen. Pastu ada yang ajak pegi, pegi je la dah last day pun. Kalau tak, tak peginye... 
Bermula journey ke PWTC. Ari ni parking kereta kat KTM Serdang. Hari minggu or cuti umum free je parkingnye. Dari KTM serdang amek tren ke Bandar Tasik Selatan. Tiketnya harga singgit aje. 
Mak aih ramai betul makhluk yang menunggu nak naik tren. Ada la dalam 10 minit tunggu tren sampai, terpaksa bersesak-sesak  berebut nak masuk dalam tren yang memang dah sedia macam tin sardin tu. Sia-sia je memang tak muat sumbat macam mana pun. Dan yang paling aku hangin bila ternampak ada lelaki yang tersesat kat ladies coach. Huh menyempit  je, tataw malu.
Nak tak nak dengan muka sadis terpaksa la tunggu next tren. Ada la dalam setengah jam lebih nunggu next tren. Kali ni atur strategi camne nak naik gak. Maklumlah ramai gile orang. Memang sah-…

Warna dan emosi

Image
Kita selalu sibuk dengan kehidupan seharian kita, banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang kadang kala membuatkan kita rasa down. Bila perasaan down wujud, kita selalu mengalami masalah seperti sakit kepala, rasa tertekan, penat dan yang sewaktu dengannya. Jom kita cuba bermain dengan warna untuk membuat emosi kita lebih stabil.
***************


WARNA  MERAH dapat HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. So kalau rasa sakit kepala, boleh la try macam ni, cuba letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata korang. Cara tersebut mampu meningkatkan peredaran serta melonjakkan adrenal korang. Ala rasa macam excited je lebih kurang macam tu la.

WARNA  BIRUdapatMENGURANGKAN TEKANAN
Rasa tertekan? Okey cuba buat macam ni, fokuskan mata korang kat benda atau objek berwarna biru. Ini kerana, ianya berupaya merangsang suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Kalau yang kejenya ngadap komp…