Pantun aku yang ntah apa-apa


jom join aku berpantun. sekali sekala mengembangkan bakat terpendam yang ada..hoho

Gendang gendut, tali kecapi
Lapar perut, sakit hati

Ada ubi, ada batas
Sakit hati, aku balas

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang aku jangan lupa bayar
Nanti tak berkat sampai mati

Berakit-akit ke hulu, berenang-berenang ke tepian
Bertatih-tatih dahulu, berjalan-jalan kemudian

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh belajar kamu  tertekan
Suruh kawin kamu mahu

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Jangan suka buat fitnah
Nanti tak boleh masuk syurga

Kalau padi katakan padi
Tidak kami tertampi-tampi
Kalau tak sudi katakan tak sudi
Aku pun tak hingin nak menanti


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kamu budak terpelajar
Kalau salah tolong betulkan

***************
Hohoho...idea menulis pantun aku punya versi dah terkeluar. Ni suka-suka je bukan berniat nak merendahkan pantun melayu ye... Pantun yang asal tetap mempunyai nilainya yang tinggi.

Kat bawah aku bagi pantun versi asal...
***************
Gendang gendut, tali kecapi
Kenyang perut, senang hati

Ada ubi, ada batas
Ada hari, aku balas

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Berakit-akit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenag-senang kemudian

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan kamu makan
Suruh mengaji kamu tak mahu

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Kalau padi katakan padi
Tidak kami tertampi-tampi
Kalau jadi katakan jadi
Tidak kami ternanti-nanti

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Comments

haha.. ni pantun sempoi namanye.. :)
cik aisha said…
hehee..sempoi abeh...:)
Nenek Kebaya said…
nenek pun nak berpantun lah..
nenek nenek si bongkok 3
siang mengantuk malam berjaga
cari cucu di mana mana
nenek jumpa cucu kat dalam blog best nie..
hehehe..
cik aisha said…
wah....nenek kebaya dah tunjuk skill berpantun...

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing