wahai sahabat-sahabat dan kawan-kawanku sekalian.....aku sayang kamu semua...setiap kamu berbeza dan unik.thanks for being my fwen, my best fwen. tetiba je nak emo...^_^
Sahabat merupakan tempat yang terbaik untuk meluahkan apa yang kita rasa, masalah kita, rahsia kita. Tetapi adakah semua sahabat menjaga kerahsiaan apa yang kita luahkan? Menjaga rahsia sahabat waima orang lain sekali pun adalah tanggungjawab kita. Kerana di dalam rahsia itu kemungkinan melibatkan maruah (aib) sahabat kita.

Sedikit perkongsiaan mengenai menjaga rahsia sahabat:
  • Jangan sesekali mendedahkan rahsia yang dikongsikan sahabat dengan kita walaupun dengan kawan-kawan yang lain. Kecualilah  rahsia tersebut melibatkan perkara yang tidak baik dan boleh membahayakan sahabat kita. Takkan lah sahabat kita cakap 'aku nak bunuh diri, ko jangan bagitahu kat orang lain' pun kita nak rahsiakn betul x? 

  • Belajar menghormati privacy. Sekiranya terdapat rahsia sahabat yang kita dengar dari sumber lain, silalah ignore jika itu bukan keluar dari mulut sahabat kita sendiri. Buat-buat tak tahu dah la kan. Jangan nak busy body terlebih kecuali jika hal tersebut melibatkan maruah, silalah tanya dengan sopan.

  • Jangan paksa sahabat kita memberitahu perkara yang merka tidak mahu kongsikan. Jika mereka perlukan kita dan selesa berkongsi masalah dengan kita, mereka akan cari kita. Tak semua sahabat kita selesa berkongsi semua masalah, so macam tu kita rasa, macam tu jugak la diaorang rasa.

  • Jika bergaduh dengan sahabat, jangan sesekali membuka segala keburukan dan rahsia sahabat kita. Apapun yang berlaku, mereka tetap pernah menjadi sahabat kita. Rahsia tetap rahsia beb, dalam Islam pun kita dilarang membuka keaiban orang. So jangan sebab sakit hati segala benda keluar dari mulut kita. Bab kata pepatah melayu ''terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.''
Tetapi jika sahabat kita terlibat dalam perkara yang tidak elok dan meminta kita merahsiakan, seelok-eloknya janganlah bersubahat menyimpan kejahatan sahabat kita. Nasihatkan sahabat dan dapatkan bantuan jika perlu  kerana ianya untuk kebaikan sahabat kita juga. Tak gitu...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative